Manisan Belimbing Buluh, Rasa Macam Kismis, Boleh Cuba Buat

Share

 

Pokok belimbing buluh, kalau berbuah memang banyak buahnya, kan? Merimbun di dahan-dahan. Ada kala sampai berguguran. Antara hidangan yang terkenal dibuat daripada belimbing buluh ini adalah sambal hitam. Namun kini, belimbing buluh turut boleh dijadikan manisan.

Melalui facebook Gon Hamali Kamali, diberikan resipi Manisan Belimbing Buluh. Daripada masam, belimbing buluh ini direndam dalam rebusan air gula dan dikeringkan. Ermmm… mesti sedap, kan? Rasanya macam kismis. Jom try buat.

MANISAN BELIMBING BULUH

BAHAN-BAHAN
1 mangkuk belimbing buluh
1 sudu kapur sirih
3 cawan gula
1.5 liter air

CARA MEMBUAT
1. Belimbing buluh dibersihkan dan ditoskan.
2. Kapur sirih dimasukkan dalam air. Rendam belimbing buluh selama 2 jam.
3. Bersihkan belimbing buluh daripada sisa rendaman kapur sirih.
4. Rebus air dalam periuk.
5. Masukkan gula. Kacau sampai gula hancur.
6. Biarkan air menjadi suam. Masukkan belimbing buluh dan biarkan semalaman.
7. Toskan belimbing buluh. Jemur di bawah sinaran matahari selama tiga hingga empat hari.

Kredit : Gon Hamali Kamali

IKLAN