Makaroni Bakar Cheese Meleleh Menu Sarapan Mewah, Kenyang Hingga Tengah Hari!

Share

Mencari hidangan sarapan yang bukan sahaja lazat, tetapi juga memuaskan selera dan tahan lama sampai tengah hari? Tidak perlu cari jauh-jauh! Resipi Makaroni Bakar Cheese Meleleh ini adalah jawapannya. Dengan keju cheddar parut yang melimpah dan sos spageti prego yang wangi, hidangan ini bukan sahaja menggamit selera malah mudah disediakan untuk keluarga tersayang.

MAKARONI BAKAR CHEESE MELELEH

Bahan-bahan:

  • 2 cawan makaroni (direbus)

  • 1 tin sos spageti prego perisa tradisional

  • 1 labu bawang besar (cincang)

  • 3 ulas bawang putih (cincang)

  • 1/2 mince meat (daging cincang)

  • 1/2 tin cendawan (potong dadu)

  • 1 biji carrot kecil (potong dadu)

  • 1/2 biji capsicum (potong dadu)

  • Cheddar cheese parut dan kepingan cheddar slice

  • Lada hitam dan sedikit garam secukup rasa

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga wangi.

  2. Masukkan carrot dan mince meat, masak hingga daging empuk dan carrot lembut (sekitar 3 minit).

  3. Tambah cendawan, capsicum, dan kacau rata.

  4. Masukkan sos prego dan makaroni yang sudah direbus, kacau hingga sebati.

  5. Perisakan dengan lada hitam dan garam sedikit kerana sos prego sudah ada rasa.

  6. Pindahkan campuran makaroni ke dalam bekas aluminium atau loyang.

Bahan-bahan sos putih:

  • 2 cawan susu segar

  • 2 sudu besar tepung gandum

  • 4 sudu besar butter

  • Sedikit garam

Cara memasak:

  1. Sediakan sos putih dengan memasak susu, tepung gandum, butter dan garam hingga pekat dan creamy.

  2. Tuangkan sos putih ke atas macaroni, ratakan.

  3. Taburkan cheddar cheese parut, kemudian lapiskan cheddar slice atasnya.

4. Bakar pada suhu 160°C selama 20 minit sehingga cheese cair dan sedikit keperangan.

Tips Pro:

Jika anda inginkan rasa lebih kaya, tambah sedikit olive oil semasa menumis dan taburan lada hitam kasar ketika menghidang.

Kredit: Jija Mycomel

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
muaz