Makan

Mak Mertua Sampai Puji, Resipi Kuah Soto Ayam Ni Memang Sedap

Share
Suka makan Soto Ayam? Boleh cuba resipi kuah soto yang satu ni juga. Katanya bukan setakat kuah biasa tu, kuah yang ini berbeza kerana lebih pekat, rasa berempah memang sedap. Sudah empat tahun empunya resipi jamu keluarganya dengan resipi ini.
Suami tak pernah jemu makan malah mak mertua pun puji melambung! Wah… Kena cuba ni. Sangat ringkas dan mudah. Jom lihat bahan-bahannnya.

RESIPI KUAH SOTO AYAM SEDAP & MUDAH MASAK


BAHAN-BAHAN:
Isi ayam
Serai – ketuk
2 paket kecil Perencah Kurma – beli online disini
1 paket kecil Perencah Sup – beli online disini
1 bungkus Sup Bunjut Tulang – beli online disini
2 kiub pati ayam – beli online disini

Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar/bawang Holland
5-6 biji bawang kecil
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Kunyit hidup – boleh guna serbuk kunyit
BAHAN PELENGKAP:
Nasi Impit – beli online disini
Taugeh
Isi ayam rebus carik
Kacang tanah goreng
Daun sup
Bergedil – jika ada
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis rempah 4 sekawan yang sedia ada dalam paket sup bunjut.
2. Kemudian masukkan bahan kisar dan serai. Tumis sampai pecah minyak.
3. Kemudian masukkan rempah sup dan rempah kurma. Boleh tambah air kalau takut hangus. Masak sampai sedikit pecah minyak.
4. Lepas sudah pecah minyak, masukkan isi ayam dan masak lagi sampai kecut.
5. Bila ayam sudah kecut, masukkan air dan sup bunjut. Sukatan air ikut selera masing-masing sama ada nak kuah yang cair atau pekat.
6. Bila kuah sudah menggelegak, masukkan kiub pati ayam. Masak lagi hingga isi ayam matang sepenuhnya.
7. Keluarkan isi ayam dari kuah, biarkan sejuk seketika sebelum dicarik halus. Ketepikan.
8. Perasakan kuah dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya mengikut selera masing-masing.
9. Boleh tambah air jika perlu. Jika sudah cukup rasa, tutup api. Siap!
10. Hidangkan kuah soto bersama bahan pelengkap, cili kicap dan juga bihun keropok.

BAHAN-BAHAN CILI KICAP:

Bawang Putih
Cili Burung @ cili api secukupnya (campuran hijau & merah)
Kicap Lemak Manis – beli online disini
2 sudu makan gula
Sedikit garam
Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Goreng sekejap cili padi dan bawang putih.
2. Kemudian masukkan ke dalam pengisar bersama semua bahan-bahan lain.Kisar halus.
3. Cili Kicap Pedas siap!
BIHUN KEROPOK SOTO:

Bihun (tak perlu basuh. Biarkan keras je)
Minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali sampai betul-betul panas.
2. Masukkan sedikit Bihun dan goreng hingga ia kembang seakan keropok.
3. Angkat dan teruskan goreng baki bihun hingga habis. Hidangkan bersama Soto.


Kredit resipi & foto: Ezah Hazreen  ايزه هزرين

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

IKLAN