photo-1593853761096-d0423b545cf9

Mempunyai ruang dapur mini atau kecil bukanlah alas an untuk andan jadi malas nak memasak. Ada caranya buatkan keadaan yang sempit dan semak mata ini bertukar jadi ruang yang anda ingin berlama di sini.

Mungkin tip and trik ini boleh buat anda mengolah lebih banyak resipi bila keadaan selesa dan mudah untuk memasak.Peralatan memasak yang disimpan tidak tersusun jadikan dapur kelihatan lintang pukang.

Apalagi nak memasak, cari kuali, periuk segalanya pun ambil masa,penat menggeledah ceruk dapur.Semak tip ini ya kawan-kawan.

Mahu Ruang Dapur Mini Kemas & Sejuk Mata Memandang , Ikut 8 Cara Ini

1. Gantung Peralatan Memasak

Tip menyusun dapur mini pertamanya ialah memanfaatkan sudut dinding di dapur dengan menggantungkan peralatan memasak.Gantungkan peralatan seperti kuali, periuk dan peralatan lain yang boleh digantung.
Anda boleh membeli rel mengantung yang banyak tersedia di online mahupun di kedai barangan rumah. Bentuk dan modelnya juga pelbagai. Carilah hingga bertemu dengan cita rasa dan kesesuaian ruang dapur anda.

Mahu Ruang Dapur Mini Kemas & Sejuk Mata Memandang , Ikut 8 Cara Ini

2. Gunakan Rak Piring di Dapur Mini

Selain sudut dinding,di atas rak cuci juga boleh dimanfaatkan. Letakkan rak piring minimalis di atas rak cuci.
Fungsinya untuk menitiskan air dari piring setelah dicuci. Air yang menitis dari piring basah akan menitis ke rak cuci, sehingga dapur Nampak selalu rapi dan bersih.

Mahu Ruang Dapur Mini Kemas & Sejuk Mata Memandang , Ikut 8 Cara Ini

IKLAN

3. Gunakan Rak Vertikal
Dapur mini memang memerlukan kreativiti dalam menyusun atur peralatan dapur.Apabila ukurannya tidak terlalu luas dan ruang penyimpanan yang terbatas kenalah kreatif memikirkan cara yang terbaik.

Untuk mengatasinya, gunakan moden rak vertikal supaya ruang dapat dimanfaat sepenuhnya.Rak tersebut dapat digunakan untuk menyimpan peralatan makan dan bahan masakan. Selain itu, bahan makanan kering juga dapat disusun rapi di rak untuk memudahkan bila anda memerlukannya. Rak ini sangat sesuai digunakan untuk reka bentuk dapur kecil.

4.Manfaatkan Bahagian Bawah Dapur Mini

Ramai juga yang mengabaikan bahagian bawah ruang cuci, sehingga area ini biasanya dibiarkan kosong begitu saja.Padahal anda boleh memanfaatkannya dengan menjadikan area ini tempat penyimpanan yang praktikal.

Buatlah almari atau rak kecil di bawah singki.Simpan peralatan kebersihan di dalamnya, seperti cairan pembersih lantai, sabun cuci piring dan peralatan memasak berukuran besar. Selain itu, anda juga menyimpan sekaligus menyembunyikan tempat sampah di bahagian bawah singki, agar tidak kelihatan langsung oleh orang.

5. Manfaatkan Pintu di Dapur Mini
Jika dapur mini memiliki pintu, manfaatkan area tersebut menjadi kabinet atau rak penyimpanan.
Oleh kerana ruang dapur tidak terlalu besar, elak menyimpan banyak keperluan di sebalik pintu.

IKLAN

Mahu Ruang Dapur Mini Kemas & Sejuk Mata Memandang , Ikut 8 Cara Ini

6. Susun Peralatan Memasak Secara Bertindih

Salah satu tip mengatur peralatan dapur adalah dengan menyimpan peralatan dapur berukuran besar, seperti kuali, periuk dan sebagainya dengan cara bertindih. Mulakan dengan ukuran yang paling besar hingga kecil. Cara penyusunan sebegini berguna untuk manfaatkan ruang dan membuatnya Nampak lebih kemas dan tersusun.

Mahu Ruang Dapur Mini Kemas & Sejuk Mata Memandang , Ikut 8 Cara Ini

7. Susun Peralatan Berdasarkan Keperluan
Menyimpan peralatan di dapur juga memerlukan trik. Caranya, susunlah peralatan yang disesuaikan dengan keperluan. Letakkan di sudut tersembunyi untuk peralatan yang jarang digunakan.
Sementara peralatan yang sering digunakan boleh disimpan di tempat yang mudah dijangkau. Cara menyusun peralatan di dapur ini akan membuat dapur nampak lebih kemas.

8. Pilih Peralatan Memasak

IKLAN

Tip terakhir adalah memilih barang dan peralatan memasak.Periksa keseluruhan peralatan yang dimiliki dan buang barang yang sudah tidak dipakai lagi.Pilih barang-barang yang betul-betul anda mahukan dan ingin gunakan saja, sehingga ruang dapur terasa lebih luas.

Semoga artikel ini memberi manfaat bersama.

INGIN MEMBELI AIR FRYER, BOLEH LIHAT DI SINI.

https://www.rasa.my/hasrat-untuk-menjadikan-dapur-nampak-sempurna-di-mata-cara-ini-boleh-membantu/

Buat Sendiri Rak Barang Dapur Gaya Inggeris Guna Barang Kedai Eco.

DIY Kabinet Dapur Dengan Bajet RM250 Sahaja. 2 Minggu Dah Siap.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI