Macam Ni Rupanya Cara Buat S’mores Dip Homemade Yang Sedap

Share

Wah…S’mores Dip ni nampak sedap. Ada diklangan anda yang pernah cuba? Rasanya manis dan bercoklat. Bagi yang biasa menonton filem luar negara terutamanya dari negara Barat atau menonton rancangan masakan dari sana, pasti pernah lihat hidangan ini. Bahannya cukup mudah malah cara memasaknya juga simple. Guna 2 bahan sahaja iaitu coklat dan marshmallow. Sebaiknya guna marshmallow yang bersaiz besar supaya mudah disusun dalam bekas. Nak cuba? Saudari Zetty Riam

ada kongsikan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESIPI S’MORES DIP YANG MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN:
350gm coklat cip beli online disini
150gm marshmallow beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Ambil bekas atau loyang yang sesuai untuk menyediakan S’mores Dip. Sebaiknya bekas yang tahan panas dan boleh dimasukkan ke dalam ketuhar.
2. Masukkan coklat cip ke dalam loyang. Ratakan dan kemudian cairkan secara kaedah double boil.
3. Setelah coklat cair, susun kepingan marshmallow diatasnya hingga menutupi permukaan coklat tadi.


4. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200C selama 8-10 minit sehingga permukaan marshmallow kelihatan sedikit hangus.


5. Keluarkan dan nikmati panas-panas bersama kepingan biskut atau mengikut cita rasa masing-masing. Nampak sedap kan? Selamat mencuba!

Kredit resipi & foto: Zetty Riam

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN