Seperti hari sebelumnya Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung gamat dengan suasana penyediaan menu untuk berbuka puasa.Episod hari ini Dynas berkunjung ke Bagan Lalang, kampung halaman rakan tetamunya iaitu Lisdawati.
Suasana kampung yang indah dengan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan Dynas rasa teruja tatkala sampai di sana.Tambah meriah bila ibu Lisdawati turut sama turun padang memasak bersama. Memasak di luar rumah lebih santai dan berangin.
Rupanya ibu Lisdawati orang Minang jadi menu pertama yang dimasak untuk berbuka ialah Gulai Ayam Masak Minang.Resipi ini adalah turun temurun keluarga Lisdawati.Tambah sedap bila dilengkapkan dengan TUMIX® Perencah Pati Ayam dalam rencah masakan ini.
Bulan puasa ni, berbuka tanpa pemanis mulut bagaikan tidak lengkap. Jadi untuk menu kedua berbuka ialah Pengat Pisang. Sambil bercerita sambil memasak, tahu tahu dah siap masakan.Memang nampak terliur ,lemak manis secukup rasa bila ditambah AJI-NO-MOTO®.
Ads
Jadi buat anda yang rasa nak cuba masakan ni, dikongsikan resipinya.
GULAI AYAM MASAK MINANG
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam, dipotong dan dibersihkan
1 helai daun kunyit, dimayang 3 helai daun limau purut, dibuang urat tengah ½ cawan santan pekat
½ cawan santan cair 2 keping asam keping
2 sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam
½ sudu besar gula Minyak secukupnya
Bahan-bahan (A): dikisar
2 inci lengkuas 2 inci halia 2 inci kunyit hidup 2 biji bawang besar (sederhana besar) 3 ulas bawang putih 2 biji buah keras 4 biji cili merah (tambah cili padi sekiranya mahu pedas)
2 biji cili hijau 3 batang serai
Cara memasak:
1.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kering airnya.
2.Masukkan ayam dan biarkan mereneh sehingga air ayam tadi kering.
3.Tambahkan santan cair, garam dan asam keping dan kacau sehingga mesra. Kemudian tambahkan santan pekat dan biarkan mendidih.
4.Masukkan daun limau purut dan daun kunyit.
5.Masukkan TUMIX® Perencah Pati Ayam dan gula secukup rasa.
6.Sedia untuk dihidang.
PENGAT PISANG
Ads
Bahan-bahan:
6-7 biji pisang tanduk
3 cawan santan cair
1 cawan sagu, bersihkan
2-3 keping gula Melaka
1/3 cawan gula
2 helai daun pandan
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1 sudu kecil garam
4 cawan santan pekat
Cara memasak:
Ads
1.Buang kulit pisang tanduk dan hiris setebal 1-2 cm.
2.Rendam dalam air kapur selama ½ jam (optional).
3.Bilas pisang dan masukkan ke dalam periuk. Masak pisang bersama santan cair, sagu, gula melaka, gula, daun pandan, AJI-NO-MOTO® dan garam secukup rasa di atas api yang perlahan. Kacau dengan kerap dan perlahan supaya santan tidak berketul.
4.Masukkan pula santan pekat dan kacau seketika. Apabila kuah mula mendidih, tutup api dan siap untuk dihidangkan.
TIP:
Pisang boleh direndam dengan air kapur seketika supaya isi menjadi kenyal dan tidak hancur.
Kuah santan harus dikacau dengan kerap di atas api perlahan supaya kuah tidak berketul.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Hari ini dalam episod ketiga Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung menyaksikan adegan mencuit hati penyanyi, pelakon dan pelawak, Acong Sweetchild bersama ibunya, Hanipah yang berkongsi sajian-sajian berbuka yang menyelerakan.
Tambah gamat, episod kali ini ditemani pengacara Dynas Mokhtar yang mencungkil kisah Acong di kampung. Rupanya, bukan main manja lagi Acong dengan ibunya! Budak baiklah katakan.
Sebelum memasak, Acong membawa Dynas ke kebun ubi di belakang rumahnya. Wah, bukan main besar lagi ye ubi yang ditanam. Berpeluh Acong nak mencabutnya.
Dua resipi istimewa yang dikongsi kali ini iaitu menu Terung Berlado Ikan Bilis dan Bubur Chacha. Fuhh, memang nampak sedap dan menyelerakan tau. Maklumlah bulan puasa kan.
Rupanya mudah je tau nak masak resipi yang dikongsi ibu Acong ni. Memang sesuai untuk mereka yang mencari juadah lauk yang cepat dimasak tetapi cukup lengkap rasa.
Jadi, jangan lupa cuba ye menu yang mereka kongsikan ini. Rasa sedap tapi mesti puas hati.
TERUNG BERLADO IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
4 biji terung, saiz besar (5 biji jika saiz sederhana) 1 sudu kecil Rasa Sifu Penambah Perasa Semua Dalam Satu 3 sudu besar tepung gandum Secukupnya minyak masak 3 sudu besar air asam jawa
BAHAN-BAHAN (A): DIKISAR KASAR
8-10 biji cili merah 7-8 biji cili melaka (padi) hijau + merah 2 mangkuk besar ikan bilis (anggaran 150-200gm) 4 biji bawang besar 3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Belah dua terung dan kemudian potong menyerong selebar 2 cm. Gaulkan terung dengan ½ sudu kecil Rasa Sifu dan tepung gandum. 2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terung sehingga lembut. Angkat terung dan ketepikan. 3. Buang sedikit minyak gorengan terung tadi, tumis bahan (A) yang dikisar kasar sehingga pecah minyak dan naik bau. 4. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan Rasa Sifu. 5. Tuangkan sambal ke atas terung yang digoreng tadi. Sedia untuk dihidang.
BUBUR CHACHA UBI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan cha-cha kering (anggaran 170-200 gram) 3 mangkuk santan segar pekat (anggaran 500gm) 3 sudu besar sagu (200gm) 2 helai daun pandan | dicarik & disimpul 50 gm gula melaka 100gm ubi keledek 100gm ubi kayu ½ sudu kecil AJI-NO-MOTO 4 sudu besar gula ½ sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
1. Rendam sagu selama 10 minit. 2. Rebus cha-cha kering sehingga lembut dan toskan airnya. Kemudian bilas dengan air sejuk untuk menghentikan proses pemanasan dan masakan. 3. Masukkan santan segar pekat, daun pandan dan cha-cha yang direbus tadi ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan, dan kacau dengan kerap supaya santan tidak berketul dan cha-cha tidak melekat. 4. Apabila mendidih masukkan sagu, gula melaka, ubi kayu, ubi keledek, gula dan AJI-NO-MOTO. Jika kuah terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air. 5. Teruskan kacau sehingga bubur masak sebati. Angkat dan hidangkan.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kali ini giliran Achey dan Cat Farish pula yang akan masak bersama.
Bukan main lagi tau gelagat Achey dan Cat Farish dalam episod kali ini. Siap masuk sungai lagi nak tangkap ikan patin tau! Tapi apa yang kelakarnya, ikan patin yang ditangkap dah siap disiang rupanya. Ajaib kan!
Tapi mereka berdua ni nak masak apa ye dengan ikan patin? Haa, Cat Farish kongsikan resipi Tempoyak Ikan Patin! Memang sedap bila tengok hidangan ni. Habis tertelan air liur tau.
Untuk hidangan pencuci mulut pula, Cat Farish kongsikan cara nak buat Puding Karamel. Senang sangat sebabnya hanya perlu sejukkan di dalam peti sejuk je.
Tapi Cat Farish tak keseorangan memasak dengan Achey, sebaliknya turut ditemani adiknya iaitu Dina.
Jom kita tengok resipi dan cara-cara memasak dalam episod kali ini. Jangan lupa cuba tau resipi yang sedap dan mudah ini.
TEMPOYAK IKAN PATIN
BAHAN-BAHAN:
1 kg ikan patin | dipotong 2 keping asam keping Air secukupnya Tepung gandum secukupnya 1 sudu kecil AJI-NO-MOTO® ½ sudu besar garam 2 sudu besar gula (bergantung pada tahap masam tempoyak)
BAHAN-BAHAN (A): DIKISAR
10 biji cili padi 2 inci kunyit hidup @ 2 sudu besar serbuk kunyit
BAHAN-BAHAN (B):
1 cawan tempoyak 2 batang serai | diketuk ½ helai daun kunyit 1 batang timun tua | dipotong memanjang anggaran 4 inci
CARA MENYEDIAKAN:
1. Bersihkan ikan patin dan rendam bersama asam keping selama 15 minit. 2. Bilas dan tabur dengan tepung gandum dan biarkan seketika sebelum dibasuh bersih. 3. Satukan bahan-bahan kisar (A) dan bahan-bahan (B). Gaul rata. 4. Tuang 1 liter air sedikit demi sedikit mengikut kepekatan cita rasa. 5. Setelah mendidih, masukkan ikan patin dan perlahankan api. 6. Reneh sehingga keluar minyak ikan dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, garam dan gula secukup rasa. 7. Sedia untuk dihidangkan.
PUDING KARAMEL
BAHAN-BAHAN: GULA KARAMEL
1/4 cawan gula 1 cawan air
BAHAN-BAHAN: PUDING
5 biji telur saiz B 1 tin susu cair 150 ml air ¼ cawan gula 1 sudu kecil esen vanilla
CARA MENYEDIAKAN: GULA KARAMEL
1. Panaskan gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata. 2. Tuang dalam loyang berukuran 6 inci dan ketepikan.
CARA MENYEDIAKAN: PUDING
1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan panaskan. Gaul sebati menggunakan whisk sehingga gula cair dan jangan terlebih pukul sehingga adunan berbuih. 2. Tapiskan adunan ke dalam loyang gula karamel. Tuang dengan berhati-hati supaya lapisan bawah karamel tidak terjejas. 3. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak bertakung sewaktu dikukus. 4. Kukus selama 30-35 minit minit, atau sehingga puding menjadi pejal. Boleh juga menggunakan kaedah waterbath dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 170°C, selama anggaran 40-45 minit.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung.
Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Menarik juga ya menu Rendang Pucuk Ubi ni! Selalu makan rendang ayam atau daging je. Kalau korang teringin nak rasa kesedapan Rendang Pucuk Ubi ni bolehlah cuba resipi Sheera Iskandar ni dan yang paling penting sekali ramuan rahsia dalam rendang ni semestinya ada AJI-NO-MOTO barulah menjadi rendang ni. AJI-NO-MOTO ni kira pelengkap rasa dalam masakan kita, masak apa pun mesti menjadi!
Seronok betul lah bila dapat petik sendiri pucuk ubi tu di halaman rumah, kalau teringin nak makan pucuk ubi, boleh petik je tak payah runsing ke kedai yang belum tentu ada pucuk ubi tu.
Kalau takde pencuci mulut masa berbuka rasa macam tak lengkap je kan? Jeli Cocktail pun sedap ni kalau dapat buat. Cara penyediaan pun mudah, bahan pun mudah dan yang paling penting buat lebih sebabnya gerenti jadi rebutan menu ni. Saya kongsikan resipi lengkap untuk menu Rendang Pucuk Ubi dan Jeli Cocktail ni dan jangan lupa cuba di rumah tau!
RENDANG PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
250 gm Daun pucuk ubi
Secukupnya Garam
½ kg Santan segar
2 batang Serai, diketuk
½ mangkuk Ikan bilis
4 biji Bawang merah, dihiris
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO
Secukupnya Gula
Bahan-bahan (A): dikisar
15 biji Cili api
1 inci Kunyit hidup
CARA PENYEDIAAN:
Asingkan daun pucuk ubi yang lembut dari tangkainya. Basuh, rendam dengan sedikit garam dan toskan. Ketepikan.
Masukkan santan, serai, ikan bilis, bawang hiris dan bahan-bahan kisar (A) ke dalam kuali. Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa.
Setelah kuah agak kering dan pecah minyak, masukkan pucuk ubi. Gaul rata dan masak sehingga pucuk ubi kering dan garing.
Perasakan dengan AJI-NO-MOTO, gula dan garam secukupnya. Gaul rata.
Sedia untuk dihidang.
JELI COKTAIL
BAHAN-BAHAN:
1kg atau 2kg Jeli sumi
2 tin Koktel buah
2 tin Susu cair
½ tin Susu pekat
Secukupnya Air suam
2-3 mangkuk Ais batu
CARA PENYEDIAAN:
Campurkan ke semua bahan-bahan ke dalam bekas besar dengan ais bagi pencuci mulut yang segar.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.