Letak Daun Pandan. Ini Rahsia Masak Nasi Ala Kak Wok Yang Sedap & Beraroma

Share

Nasi Kak Wok, menu berasal dari Kelantan tetapi kini popular dikalangan penduduk di kawasan Lembah Klang. Lauk pauknya mudah sahaja. Ia berupa nasi putih yang dimakan bersama ayam goreng garing, gulai ayam serta sambal belacan. Makan panas-panas memang sedap. Untuk nasinya, masaklah guna 2-3 helai daun pandan. Memang enak, lebih beraroma dan buat jadi lebih berselera. Anda nak rasa? Resipi Nasi Ala Kak Wok perkongsian saudari Mazliza Ahmad ni boleh dicuba.

 

RESIPI NASI ALA KAK WOK YANG ‘SIMPLE’ TAPI SEDAP

 

AYAM GORENG

BAHAN-BAHAN:
7-8 ketul ayam – potong kecik
1 sudu teh serbuk kunyit  beli online disini
1 sudu makan rempah kari daging beli online disini


1 sudu makan tepung bestari pedas beli online disini
Garam & perasa secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan semua bahan dengan ayam. Perap sekejap minimum 1/2 jam kemudian goreng garing.

2. Angkat, toskan minyak dan ketepikan.

 

GULAI ALA KAK WOK

BAHAN-BAHAN:
Segala tulang & kaki ayam – cincang
2 biji bawang besar – hiris nipis
4 ulas bawang putih – hiris
1 inci halia
2 paket kecil rempah kari daging babas beli online disini
1/2 paket kecil rempah kerutub adabi beli online disini
1 biji terung – potong kecil
3-4 tangkai kacang panjang – potong pendek
1/2 kotak kecil santan beli online disini
2 keping asam gelugur beli online disini
1 sudu makan gula merah beli online disini
1 sudu makan gula putih
Garam dan perasa secukupnya

1 mangkuk air

CARA MEMASAK:
1. Satukan rempah kari daging dan rempah kerutub. Bancuh dengan sedikit air dan jadikan pes.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris hingga garing dan naik bau

.
3. Masukkan pes rempah tadi dan tumis hingga garing.
4. Masukkan air, tulang ayam dan juga sayur.
5. Bila ayam separuh masak, masukkan gula merah, gula, garam dan perasa dengan secukupnya.
6. Masukkan juga asam gelugur dan santan.
7. Seimbangkan rasa dan masak hingga dapat kepekatan kuah yang disukai.

8. Padamkan api dan gulai siap dimasak.

 

SAMBAL BELACAN

BAHAN-BAHAN:
15-20 tangkai cili padi
1 inci belacan beli online disini
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 biji limau kasturi – belah 2 dan buang biji
Garam, perasa dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Goreng semua bahan menggunakan sedikit minyak hingga layu (kecuali limau dan bahan perasa)
2. Kemudian tumbuk bahan yang digoreng tadi bersama garam dan perasa dengan secukupnya.
3. Bila sudah lumat, baru masukkan gula dan perahkan jus limau kasturi. Seimbangkan rasa ikut selera.
4. Masukkan 3-4 keping kulit limau ke dalam sambal dan gaul rata. Siap!

5. Untuk menikmatinya, masak nasi putih seperti biasa tetai tambahkan 2-3 helai daun pandan untuk aroma.
6. Hidangkan nasi bersama ayam, gulai dan sambal. Enak dimakan panas-panas.

Kredit resipi & foto: Mazliza Ahmad

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN