
Bila menggoreng atau menumis biasanya bukan saja dapur, malah ruang tamu sekali akan berbau masakan. Lagi pula jika rumah tiada kitchen hood.
Nak hilangkan bau ini memang ambil masa juga. Selain beli pewangi, ada cara semula jadi boleh kita gunakan untuk nyahkan aroma masakan yang memenuhi ruang rumah selepas memasak.
Caranya, cuma rebus empat bahan berikut dan gunakan sebagai semburan. Waktu merebus bahan ini pun rumah dah berbau harum.
Tip hilangkan bau masakan untuk rumah tiada hood

Bagi rumah yang tiada kitchen hood boleh gunakan tip ini untuk hilangkan bau selepas memasak. Selesai memasak, waktu mengemas dapur boleh terus rebus empat bahan ini.
Bahan-bahannya;
-Lemon
-Rosemary (yang kering pun boleh)
-Cengkih
-Kayu Manis
Rebus dalam 10-15 minit, guna api yang kuat agar wap naik ke seluruh rumah. Kemudian tutup api biar sejuk.
Air rebusan tapis kemudian masuk dalam botol semburan dan boleh digunakan sebagai semburan satu rumah. Baunya segar.
Selamat mencuba.
Sumber: Sharifah Nursakinah
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ini 4 Cara Mudah Santan Tak Mudah Basi, Wajib Baca Ni !

Anda menghadapi masalah masakan dan kuih muih bersantan cepat basi? Sebenarnya masalah santan mudah basi disebabkan oleh kualiti santan yang kurang baik, tidak segar dan diproses dengan cara tidak bersih. Tapi sekarang jangan bimbang lagi, tip dan petua mudah ini boleh membantu anda mengatasi masalah masakan cepat basi ini.
- Pilih kelapa: Pilihlah kepala yang baru dikupas dari sabutnya dan betul-betul tua dan isinya putih. Tidak berbau masam atau busuk. Atau jika anda kekedai, minta kelapa yang masih belum dibelah dan pastikan isi kelapanya putih dan tidak berbau semasa sebelum diparut.
- Jenis kelapa sesuai dengan jenis masakan: Jika anda ingin membuat rendang, kari atau opor dan gulai, sebaiknya pilih kelapa tua. Untuk pastikan kelapa cukup tua mudah diparut dan mempunyai kandungan minyak yang banyak.
- Teknik memerah santan: Teknik memerah santan juga mempengaruhi santan cepat basi, guna cara tradisional, kupas dan parut kelapa ikut arah melintang. Kalau anda membeli santan segar yang sudah diperah segar, pastikan santan yang diperah menggunakan air masak atau air bersih bagi memastikan santan tahan lebih lama dan tidak cepat dibasi dan tahan lebih lama bila disimpan.
- Cara simpan santan: Sebaik anda membeli santan segar dari kedai, simpannya dalam peti sejuk dahulu sebelum digunakan. Atau simpan dalam freezer jika belum sedia digunakan untuk beberapa harai. Sebenarnya santan boleh disimpan lama hingga tiga bulan, jika disimpan dalam freezer yang bertutup rapat. Cairkan pada suhu bilik bila sebelum menggunakannya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Minyak Zaitun Lain Jenisnya, Lain Pula Kualiti Dan Kegunaannya.

Minyak zaitun adalah makanan sunnah yang terbukti manfaat kesihatannya. Dalam hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a, sabdanya “Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati.”

Minyak zaitun kaya dengan antioksidan dan lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan. Ia juga kaya dengan kandungan polifenol yang bermanfaat untuk pesakit jantung dan hipertensi. Kita biasanya mengenali jenis minyak zaitun sebagai ‘dressing’ salad sahaja atau dimasukkan dalam hidangan barat seperti pizza dan spageti.
Tapi sebenarnya ia boleh aje digunakan dalam masakan tempatan, tapi minyak zaitun ni ada banyak jenisnya mengikut cara ia diproses. Lain jenis lain pula kualiti dan kegunaannya. Jom ambil tahu…
1. EXTRA VIRGIN OLIVE OIL

Minyak zaitun jenis ini adalah hasil dari perahan pertama sari buah zaitun. Kandungan polifenolnya sangat tinggi. Selain itu jeis ekstra virgin ini adalah pilihan paling sihat kerana tidak melalui proses pengolahan yang terlalu banyak.
Sesuai untuk dressing, sos salad, dicelupkan pada roti secara langsung atau sebagai suplemen kesihatan untuk mengurangkan risiko kanser, melambatkan penuaan dari dalam, mengurangkan kolestrol jahat (LDL) dan sebagainya. Rasanya sedikit pahit dan pedas.Minyak ini boleh juga disapukan kepada kulit untuk mereka yang mengidap ekzema.
2.VIRGIN OLIVE OIL

Seperti juga minyak zaitun extra virgin , ia juga tidak melalui proses penyaringan. Bezanya dari yang ekstra adalah ia lebih ringan dan tahap keasidannya lebih tinggi. Ia biasanya digunakan untuk dressing salad dan juga menggoreng makanan yang berlemak rendah.
3. REFINED OLIVE OIL

Ia adalah minyak zaitun jenis virgin yang melalui proses penapisan dan penyaringan. Biasanya minyak jenis ini memang dikhususkan untuk memasak makanan. Rasa dari buah zaitunnya sangat ringan dan tidak terasa. Bagaimanapun proses penyaringan juga mengurangkan kandungan anti oksidan di dalamnya.
Disebabkan kandungan anti oksidan yang kurang , daya tahannya lebih lama. Minyak zaitun ‘refine’ (penapisan, penyulingan) ini biasanya juga ditambah dengan vitamin E dan sesuai untuk memasak secara ‘deep fry’ (minyak penuh)
4. PURE OLIVE OIL

Perkataan ‘pure’ dan klasik sering memberi tanggapan ia adalah perahan asli dari buah zaitun. Hakikatnya minyak zaitun yang dilabel perkataan ‘pure’ ini sebenarnya adalah campuran dari refine olive oil dan virgin olive oil. ‘Pure’ di sini maksudnya ia dicampur dengan minyak zaitun juga dan bukan jenis minyak lain
5. LITE @ LIGHT OLIVE OIL

Usah salah anggap, label ‘light’ merujuk kepada kekuatan rasa dalam minyak dan bukan jumlah kalori di dalamnya. Minyak zaitun jenis light ni sudah melalui tahap penapisan yang lebih banyak untuk menghilangakan warna, aroma dan rasanya Minyak ini lebih sesuai untuk memasak kaedah deep fry dan juga memanggang.
6. OLIVE POMACE OIL
Biasanya dijual dengan harga lebih murah dan kualitinya rendah berbanding dengan jenis lain. Ia sebenarnya adalah produk sampingan (by product) daripada buah zaitun yang di estrak kali kedua dan telah melalui proses penapisan. Sebenarnya ia lebih kurang sama dengan kategori seperti minyak jagung, minyak canola dan minyak bijian yang lain.
Ia adalah baki minyak pada buah zaitun 5- 8 % yang masih ada setelah ia diperah sebelum ini dalam penghasilan minyak zaitun. Dari baki minyak itu ia akan melalui proses di mana pelarut kimia dimasukkan dan proses penapisan dilakukan untuk menghasilkan Olive Pomace Oil.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
3 Cara Makanan Yang Korang Goreng Tak Berminyak.

Makanan bergoreng memang sedap dan rangup, tapi ia sebenarnya mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi. Dah tentu-tentu ia tidak baik untuk kesihatan terutama masalah jantung dan tekanan darah tinggi. Kalau anda sukar mengelakkan makanan bergoreng, ini ada tiga cara boleh diamalkan untuk mengelakkan makanan bergoreng berminyak, seterusnya mengurangkan kadar kolestrol dalam makanan.

Guna Minyak Bersih
Penggunaan minyak baru yang bersih menjadikan kadar kolestrol makanan yang digoreng adalah selamat dimakan kerana kadar kolestrolnya tidak terlalu tinggi.

Masukkan Makanan Bila Minyak Betul-Betul Panas
Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan makanan yang hendak digoreng. Dengan cara ini makanan yang digoreng lebih cepat garing dan masak. Masa yang sama makanan tidak akan menyerap banyak kolestrol dari minyak gorengan.

Tapis Makanan
Gunakan penapis semasa mengangkat makanan yang digoreng supaya minyak yang melekat pada makanan tiris ke bawah dan makanan tidak berminyak. Kemudian letakkan makanan atas tisu dapur supaya baki minyak meresap pada tisu sebelum makanan sedia dihidangkan.
Mudahkan!Sekarang anda boleh manfaatkan tip ini.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

