Lempeng Pisang Kampung Sedap & Wangi. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi

Share

Adunan Lempeng Pisang perkongsian saudari Eniza M. Salim  nampak sedap dan gebu. Makan panas-panas di waktu pagi atau petang, memang terbaik.  Bahan-bahannya ringkas sahaja malah nak masaknya pun cukup mudah. Boleh guna pisang emas. Namun jika tiada, anda boleh sahaja guna mana-mana jenis pisang yang ada. Paling penting, masak sempurna. Barulah sedap lempeng anda masak nanti. Terasa nak makan Lempeng Pisang yang sedap, wangi dan beraroma? Nah..resipi ni sangat sesuai anda cuba. Pasti puas hati dengan hasilnya.

 

CARA MASAK LEMPENG PISANG MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 1-2 cawan tepung gandumbeli online disini
  • Gula (ikut selera anda,jika mahu manis letakkan banyak) beli online disini
  • Sedikit garam
  • Sedikit kelapa parut
  • Sedikit minyak atau mentega beli online disini
  • 7-8 biji pisang emas (boleh juga guna pisang lain)
  • Air secukupnya  (adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik)

 

CARA MEMASAK:

1.Pertama sekali, penyekkan atau lenyekkan pisang.

2.Setelah pisang dilenyek/dilecek, masukkan tepung gandum, gula, garam dan kelapa parut. Sebatikan.

3.Kemudian tambahkan air sedikit demi sedikit dan cuba pastikan adunan tidak menjadi terlalu cair.

4.Masa untuk menggoreng! Letakkan sedikit minyak dan letakkan adunan tadi.

5. Bila lempeng sudah masak. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Kredit resipi & foto: Eniza M. Salim

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

IKLAN