Lempeng Kelapa Keju Yang Lembut & Membuka Selera

Share

Lempeng Kelapa memang antara sajian yang menjadi pilihan untuk bersahur. Hidangan yang mudah dan ringkas. Nak lagi sedap, tambahkan Serunding Daging dan Keju Cheddar Chesdale. Gabungan rasa pedas serunding dan lelehan keju ni memang cukup serasi. Sekeping confirm tak cukup!

Keju Cheddar Chesdale yang digunakan diperbuat dengan susu dari New Zealand; tinggi dengan kalsium dan protein. Bukan itu sahaja, ia juga meningkatkan rasa makanan menjadi lebih enak dan berperisa. Memang banyak khasiat untuk anak-anak. Cubalah buat nanti.

LEMPENG KELAPA KEJU

BAHAN-BAHAN:

  • 500gram tepung gandum
  • 250ml Susu UHT Fernleaf
  • 100ml air
  • 6-8 keping Keju Cheddar Chesdale
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • ½ sudu teh garam halus
  • Serunding Daging secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk; satukan tepung gandum, Susu UHT Fernleaf, air, kelapa parut dan garam lalu gaul sebati.
  2. Panaskan kuali non-stick yang telah disapu sedikit mentega/minyak. Sendukkan bancuhan tepung lalu letakkan di dalam kuali. Masak menggunakan api sederhana hingga keperang-perangan di kedua-dua bahagian lempeng.
  3. Letak 1-2 keping Keju Cheddar Chesdale di bahagian atas lempeng lalu masak Keju Cheddar Chesdale beberapa minit hingga sedikit cair.
  4. Angkat lempeng dan letakkan di atas pinggan. Taburkan serunding daging secukupnya dan hidangkan segera.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

https://www.rasa.my/dumpling-soup-homemade-halal-modal-bawah-rm10-boleh-dapat-40-biji/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN