Lebihan Roti Jangan Dibuang, Boleh Buat Roti Sedap Seperti Resipi Ini

Share

Waktu pandemik ni kita kenalah sentiasa berhemah dalam mengendalikan perbelanjaan rumah. Mana yang boleh jimat, kita jimat. Contohnya ada makanan yang tidak habis dimakan, boleh diolah semula menjadi hidangan yang enak buat seisi keluarga.

Jika ada roti yang kebetulan nak luput tarikhnya, jangan pula dibuang. Potong dadu dan kepal-kepal lalu digoreng. Boleh juga dibuat kudapan untuk anak-anak makan sambil layan kelas online.

ROTI SEDAP
Bahan-bahan:
12 keping roti
1 biji bawang merah- dipotong dadu
2 ulas bawang putih- dicincang
daun sup – hiris halus
2 biji telur
3 sudu makan secukup rasa
bread crumb*-BELI ONLINE DI SINI
3 batang sosej- potong dadu*

TONTON DAPUR RASA LIVE: Resipi Roti Pintal Kurma

Cara buat:

1.Satukan semua bahan dan kepal-kepal membentuk bulat.


2.Kemudian digaul ke dalam bread crumb. Kalau tak nak pun boleh terus goreng saja. Tapi kepal hingga padat.

Kalau tak nanti tersengih pulak roti-rotinya.


3.Kemudian dah boleh goreng hingga warna perang.

 

4.Bolehlah nak cicah dengan sos, mayo ke semua sedap.

Yang bertanda * tu just option. Nak letak boleh, tak letak pun tak apa. Nak letak daging cincang ke, isi ayam cincang ke boleh je.

Kredit: Shida Idayu

INGIN MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH BELI DI SINI.

https://www.rasa.my/resipi-sushi-wanpaku-sandwic-yang-sedap-dan-padat-isi-kenyang-sampai-ke-tengah-hari/

IKLAN