Lebihan Doh Pizza Buat Roti Sarang Lebah, Gebu Jadinya

Share

Semalam ada buat pizza sebab anak-anak nak. Lebihan doh pizza pun masih ada jadi bolehlah kita buat roti sarang lebah untuk makan petang ni.Gerenti jadi rebutan anak-anak juga ni. Semerbak harum bau bila roti dibakar, buat tak sabar nak makan.


ROTI SARANG LEBAH
Bahan-bahan:


2 cawan tepung gandum atau highprotein
Sedikit garam
½ peket yis
1 sudu besar susu tepung
1 cawan gula
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar mentega
1 biji telur
½ cawan air (tak cukup nanti masuk je sikit-sikit sambil uli)
1 sudu kecil bread softener

Cara membuat:
1.Masuk semua dalam bread maker kecuali air.
2.Biar sebatikan dulu.
3.Bila dah sebati baru masuk air.
4.Uli hingga jadi doh tak melekat.


5.Perap 30 minit.
6.Bila nak uli untuk canai,masuk minyak jagung sikit.
7.Bulat-bulatkan dan susun dalam loyang.
8.Biarkan seketika.
9.Sapu kuning telur.

10.Tabur kuaci,badam atau kismis
11.Masuk oven dengan suhu 175.Bakar dalam 25minit.
Siap


Untuk sos
1.Cairkan 3 sudu besar mentega.
2.Masukkan 1 cawan gula perang.
3.Kacau hingga gula larut.
4.Masuk whipping cream atau susu cair pun boleh
5.Kacau hingga didih.
6.Akhir masuk esen vanilla dan sedikit garam.
Siap
Boleh la curah atas roti tu.


Kredit: Ieda jahaya

IKLAN