Sedapnya makan tepung pelita kalau sejuk-sejuk, terasa lemak manisnya di tekak. Sayangnya malas nak ke bazar sebab panas. Jomlah kita buat sendiri, tak perlu daun pisang, guna je acuan dessert. Mudah dan kalau nak sedekah pada jiran-jiran pun cantik. Paling penting cara membuatnya senang.
TEPUNG PELITA
BAHAN-BAHAN:
Ads
LAPISAN HIJAU (BAWAH):
1 cawan tepung beras
3/4 cawan gula pasir
1 sudu tepung Hun Kwe
5 cawan air
½ cawan air pandan
LAPISAN SANTAN (LAPISAN ATAS):
1 cawan tepung beras
3 cawan santan
3 cawan air
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1 helai daun pandan
Ads
CARA MEMBUAT:
1. Mulakan dengan lapisan atas, campurkan semua bahan.
2. Kacau rata hingga tidak ada yang bergentel.
3. Renehkan atas api perlahan hingga meletup-letup.
4. Tutup api, sudukan ke dalam acuan yang telah disiapkan.
Ads
5. Seterusnya sediakan bahan atas.
6. Campurkan kesemua bahan, kacau rata hingga tak bergentel.
7. Renehkan atas api perlahan hingga meletup-letup.
8. Tutup api dan sudukan ke atas lapisan hijau.
9. Setelah siap masukkan dalam peti sejuk.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Masakan yang menggunakan rempah giling yang baru dibuat memang mempunyai rasa yang lebih enak. Memang berbeza rasanya jika dibandingkan dengan pes yang dibeli di kedai. Salah satu rempah yang anda boleh hasilkan sendiri ialah pes tomyam homemade ini. Tak susah pun. Malah rasanya lebih sedap dan puas hati kalau dibuat sendiri. Jom lihat resipi perkongsian saudari Norashikin Bt Hasan ini. Berbaloi untuk dicuba, lebih-lebih lagi untuk anda yang gemarkan masakan Thai.
Menggunakan pes tomyam homemade memberi banyak kelebihan kepada masakan anda. Selain lebih segar, anda boleh mengawal sendiri tahap kepedasan, kemasaman dan kemanisan mengikut citarasa. Tidak seperti pes segera, versi homemade ini bebas bahan pengawet dan lebih sihat untuk seisi keluarga.
Selain itu, aroma rempah yang digiling sendiri menjadikan kuah tomyam lebih wangi dan menyelerakan. Jika anda pernah cuba sekali, pasti sukar untuk kembali kepada pes segera.
2. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar sehingga pecah minyak menggunakan api perlahan. Proses ini penting untuk memastikan pes tahan lebih lama.
3. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan gula perang. Kacau hingga sebati dan kuah menjadi sedikit pekat.
4. Padamkan api dan masukkan garam secukup rasa. Laraskan rasa mengikut selera anda.
5. Masukkan pes tomyam homemade ke dalam botol bersih. Setelah pes sejuk, tutup dan simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama.
6. Pes ini sudah boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan seperti tomyam seafood, tomyam ayam atau sup pedas Thai.
Untuk memastikan pes tomyam homemade tahan lama, pastikan anda menggunakan bekas yang bersih dan kering. Simpan di dalam peti sejuk dan gunakan sudu kering setiap kali mengambil pes. Ini dapat mengelakkan pencemaran dan memanjangkan jangka hayat pes.
Pes ini juga boleh dibekukan dalam kuantiti kecil supaya mudah digunakan bila diperlukan. Dengan cara ini, anda sentiasa mempunyai stok pes berkualiti tinggi di dapur.
Ramai yang beranggapan membuat pes tomyam homemade adalah rumit, tetapi sebenarnya sangat mudah jika ikut langkah yang betul. Dengan bahan yang mudah didapati dan proses yang ringkas, anda boleh menghasilkan pes berkualiti restoran di rumah sendiri.
Rasa yang dihasilkan juga jauh lebih asli dan pekat berbanding pes segera. Jadi, tidak hairanlah ramai yang sudah beralih kepada versi homemade selepas mencubanya sendiri.
Jika anda peminat masakan Thai, resipi ini wajib ada dalam simpanan. Sekali cuba, pasti anda akan ulang lagi!
Ada macam-macam jenis mi. Kali ni RASA nak berikan 4 jenis masakan berasaskan mi yang dimasak daripada mi sanggul, mi kuning, mi segera dan yee mee.
BAHAN A (tumbuk halus)
2 inci halia
1 sudu besar lada hitam
Sedikit jintan putih
Sedikit jintan manis
2 ulas bawang putih
BAHAN B
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kulit kayu manis
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
1 kiub pati ikan bilis
1/2 biji lobak merah (potong nipis)
1/2 cawan kacang pis
Sedikit cendawan (potong kecil)
1/2 biji bawang besar (hiris nipis)
2 cawan air
2 ekor ketam bunga (siang dan bersihkan)
Garam secukup rasa
1 bungkus mi sanggul
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumis Bahan A dan Bahan B sehingga naik bau.
2. Masukkan pati ikan bilis, lobak merah, kacang pis, cendawan dan bawang besar. Masak selama 2 minit.
3. Masukkan air. Biarkan mendidih dan masukkan ketam. Biarkan ketam masak.
4. Masukkan garam. Kacau dan biarkan mendidih seketika. Matikan api.
5. Celur mi dalam air panas. Toskan.
6. Masukkan mi dalam mangkuk. Tuangkan kuah dan ketam. Hiaskan dengan bawang goreng dan hirisan cili.
BAHAN TUMBUK
6 biji cili padi
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
4 sudu kecil lada hitam
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
100 gram sotong
100 gram udang
Setengah cawan air
3 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukupnya
1 biji tomato (potong kiub)
200 gram mi kuning
Garam dan gula jika perlu
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan sotong dan udang. Masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan sos tiram dan kicap manis.
4. Masukkan sayur dan mi. Gaul sebati.
5. Boleh tambah garam dan gula jika suka. Biar seketika dan matikan api.
BAHAN TUMBUK
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
100 gram sotong
100 gram jejari udang
3 sudu besar pes tomyam
Tomato ceri secukupnya
1/2 batang lobak merah (potong kecil)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
100 gram yee mee
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan sotong, jejari ketam dan pes tomyam.
3. Masukkan sayur dan masak selama 2 minit.
4. Masukkan air dan garam. Kacau seketika.
5. Masukkan yee mee dan goreng sehingga yee mee lembut.
6. Sedia dihidang.
BAHAN HIRIS
4 biji cili padi
4 helai daun kobis
1 biji lobak merah
2 pokok daun ketumbar
1 biji bawang holland
2 biji tomato
BAHAN LAIN
Air untuk mencelur
4 ekor sotong (potong bulat)
4 ekor udang besar
4 batang jejari ketam
2 peket Maggi perasa tomyam
1 biji limau nipis (perah jusnya)
2 sudu besar kicap sotong
Gula secukupnya
CARA MEMASAK
1. Didihkan air secukupnya ke dalam periuk.
2. Masukkan sotong, udang dan jejari ketam. Celur sebentar dan toskan.
3. Kemudian masukkan Maggi ke dalam air rebusan tadi. Celur sehingga lembut. Angkat, toskan dan masuk ke dalam mangkuk.
4. Gaul Maggi bersama sotong dan udang, bahan hiris dan perencah Maggi. Perasakan dengan jus limau, kicap sotong, dan gula secukupnya. Gaul sebati.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Makaroni goreng paling sempoi yang boleh dijadikan menu makan malam atau sarapan pagi yang patut anda semua cuba, ia ringkas, senang dan mengenyangkan. Paling penting pasti seisi keluarga suka. Menu barat yang telah difusionkan ikut tekak orang Malaysia.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan cili kering.
3. Seterusnya, masukkan rempah kari dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
4. Masukkan hirisan ayam, kacau lagi.
5. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, garam dan gula secukup rasa.
6. Tambahkan sedikit air jika sedikit kering.
7. Akhir sekali, masukkan makaroni dan semua bahan hirisan. Kacau rata.
8. Tutup api dan hidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Khasiat santan bukan sekadar menyedapkan masakan. Ketahui 5 manfaat santan untuk kesihatan termasuk membekalkan tenaga, vitamin, mineral, antioksidan dan membantu penyerapan nutrien apabila diambil secara sederhana.