
Sambal tempe ikan bilis ni kena buat manis-manis sikit. Selain sedap dimakan dengan nasi, boleh juga ratah macam tu je. Ada yang buat kering dan rangup dijadikan sebagai kudapan. Resipi yang dikongsikan ni sangat senang, tapi tetap sedap. Tempe ni kesukaan masyarakat jawa. Jadi kalau ada yang nak cuba, RASA berikan resipi di sini. Mudah untuk korang cuba masak sendiri. Try tau.
SAMBAL TEMPE IKAN BILIS

sambal tempe fb.
BAHAN-BAHAN
• Minyak masak
• Tempe (dipotong nipis)
• Ikan bilis (digoreng garing)
• 3 ulas bawang putih (cencang halus)
• Cili kering (dikisar dapatkan 4 sudu besar)
• 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
• Garam secukupnya
• 3 sudu besar gula
• 1 sudu besar gula merah
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng tempe, ketepikan.
2. Goreng ikan bilis, ketepikan.
3. Kurangkan minyak masak tadi. Tumis bawang putih sampai kuning. Masukkan cili kering. Tumis sampai garing.
4. Masukan bawang besar, garam, gula, gula merah. Masak sehingga bawang besar layu dan tumisan nampak warna gelap.
5. Tutup api. Biarkan sambal ni betul-betul sejuk.
6. Akhir sekali, gaulkan tempe dan ikan bilis dengan sambal sehingga rata. Siap.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Asiah Jafar dari Telegram KakiMakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jemu Makan Daging Aje, Ni Haa 4 Variasi Siakap Gerenti Lazat.

Ikan siakap atau dikenali juga dengan nama ikan kakap memang lazat dimasak apa sahaja. Bisanya dikukus, goreng, panggang isinya yang manis dan lembut memang menjadi kesukaan siapa sahaja.
Kali ni min kongsi empat resipi istimewa yang boleh dicuba untuk masak siakap. Masak seekor atau keluar isi ikan jadi ‘fillet’ pun tersangatlah enaknya. Jom cuba, jom tukar lauk, hidang ikan pulak lebih berkhasiat kan…
1. JADE PESTO STEAMED SEA BASS WITH FILIPINO SIZZLING SOY VINAIGRETTE

BAHAN-BAHAN :
- 190 gm fillet /isi ikan siakap
Bahan jade pesto :
- 1 sudu makan minyak kacang
- 11/2 sudu makan sos tiram
- 11/2 sudu teh air
- 1/4 cawan daun bawang | dicincang kasar
- 1/4 cawan daun ketumbar | dicincang
- 3/4 sudu teh halia | ditumbuk
- 3/4 sudu teh bawang putih | ditumbuk
- Garam secukup rasa
- Serbuk lada hitam secukupnya
Bahan soy vinaigrette :
- 3 sudu makan lada benggala merah | dicincang halus
- 2 sudu makan lada benggala kuning | dicincang halus
- 2 sudu makan lada benggala hijau | dicincang halus
- 2 sudu makan daun bawang (bahagian hijau sahaja) | dicincang halus
- 2 sudu makan daun ketumbar | dicincang halus
- 2 sudu makan lobak putih (daikon)
- 2 sudu makan bawang besar warna putih (sweet onion) | dicincang
- 1/2 sudu makan halia | yang diparut/cincang
- 1/4 cawan minyak kacang
- 2 1/2 sudu makan jus limau nipis
- 7 sudu makan kicap soya
- 1 sudu makan jus lemon
- 1/4 cawan air
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
*Nasi kukus sebagai hidangan bersama sajian ikan
CARA MEMASAK :
Cara menyediakan pesto :
1. Satukan minyak kacang, sos tiram dan air dalam mesin pengisar. Masukkan pula daun bawang, daun ketumbar, halia serta bawang putih , kisar hingga halus menjadi puri.
Cara menyediakan vinaigrette :
2. Satukan lada benggala, daun bawang, daun ketumbar, lobak putih, bawang dan halia di dalam mangkuk atau periuk. Panaskan minyak kacang di dalam kuali hingga berasap.
3. Tuangkan minyak panas ke atas sayur-sayuran tadi sehingga berdesir.
4. Gaulkan rata, dan tambahkan halia, kicap soya, jus lemon dan 1/4 cawan air , jus limau.
5. Perasakan dengan garam dan lada hitam , dan ketepikan.
Cara penyediaan masakan :
6. Sapu rata setiap belah kepingan siakap dengan pesto dan letakkan dalam bekas yang muat dalam pengukus.
7. Biarkan air mendidih dalam pengukus , kemudian masukkan bekas berisi ikan tadi.
8. Kukus 4 hingga 5 minit hingga masak, alihkan ke dalam pinggan.
9. Letakkan nasi kukus di atas atau di bawahnya
10. Siramkan dengan vinaigrette sajian itu.
Saiz hidangan : 1orang
Masa penyediaan : 5 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Sajian Filipina
Keistimewaan : Sos vinaigrette yang masam dan pesto berperisa, gabungan rasa melazatkan sajian
Info Chef : Bahan asas vinaigrette adalah minyak yang dicampur dengan jus lemon dan limau/cuka. Resipi aslinya adalah wain beras, tetapi boleh diganti dengan jus limau untuk rasa masam dan berperisa lazat.
2. SIAKAP KUKUS DENGAN TOFU JEPUN

BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor @ 450gm siakap | dibersihkan dan lapkan kering
- Garam secukup rasa
- 50gm halia | dihiris halus
- Daun bawang secukupnya | dihiris halus
- 140gm tofu Jepun (sebungkus) | dihiris bulat
- 200gm pistachio panggang | buangkan selaput dan kulit
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK :
1. Perasakan ikan siakap dengan garam.
2. Letakkan halia, daun bawang dan tofu di atas pinggan, letakkan ikan siakap di atasnya.
3. Baki halia dan daun bawang ditaburkan lagi atas ikan.
4. Panaskan air di dalam kuali hingga mendidih.
5. Letakkan redai di atas air mendidih, tutupkan dan stimkan selama 8-10 minit. Padamkan api
6. Buangkan lebihan air yang jatuh di atas ikan
7. Campurkan dengan kicap soya, gula dan sedikit minyak dan tuangkan atas ikan.
8. Taburkan dengan kacang pistachio panggang.
Saiz hidangan : 4- 5 orang
Waktu memasak :20 minit
Cara memasak : Stim
Jenis masakan : Ikan kukus
Keistimewaan : Sajian mudah dibuat dan enak
Info sihat : Pilih ikan yang berdaging pejal untuk sajian yang enak. Khasiat ikan dan pistachio menjadikan ia sajian yang dipercayai dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan tekanan darah tinggi.
3. FILLET SIAKAP MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap (ambil isi /fillet sahaja) | dilumur garam, kunyit dan tepung jagung
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 4 ulas bawang putih | diketuk
- 3sm halia | dihiris halus panjang
- 1 sudu makan pes cili kering
- 1 biji bawang besar | belah empat atau potong membulat
- 1/2 biji cili benggala hijau | dipotong kasar
- 1/2 biji cili benggala merah |dipotong kasar
- Sepotong nenas | dipotong kiub
- 1/2 cawan sos tomato
- 1 sudu teh sos ikan
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan air tepung jagung
BAHAN HIASAN :
- 8 biji cili padi merah dan hijau
- Sedikit daun bawang | dihiris halus
- Sedikit daun sadri | dihiris halus
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan isi ikan dengan garam dan kunyit. Kemudian lumurkan dengan tepung jagung.
2. Panaskan minyak dan dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga kekuningan, Masukkan pes cili kering dan tumis hingga cili masak
4. Masukkan pula sos tomato, sos ikan, garam, gula dan sedikit air. Masukkan air tepung jagung. Sesuaikan rasa dan kepekatan.
5. Akhir sekali masukkan bawang yang dibelah empat , cili benggala merah dan hijau, cili padi dan nenas.
6. Tutup api dan tuang sos masam manis ke atas ikan. Tabur daun bawang dan daun sadri. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 4- 5 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan : Rasa masam manis yang seimbang adalah penentu kelazatan sajian
INFO CHEF : Selain siakap anda boleh juga menggunakan ikan kerapu, bawal dan juga jenis ikan lain yang bersesuaian.
4. SIAKAP BAKAR SAMBAL OLAHAN BARU

BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ikan siakap saiz sederhana
Bahan sambal ikan bakar :
- 220 gm biji cili merah /buang biji dan potong kecil
- 2 sm belacan bakar
- 150 gm bawang kecil
- Garam secukupnya
- 2 sudu teh sos ikan
- 2 1/2 sudu teh gula /atau secukupnya
- 3 biji limau kasturi/ perah jusnya
- 2 batang serai /dihiris halus
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 4 sudu makan minyak masak
Pencicah sambal belacan dan bawang :
- 5 biji cili merah
- 2 biji cili padi
- 1.5 sm belacan
- 2 biji bawang kecil/dihiris nipis
- Gula secukupnya
- Garam secukupnya
- 1/2 cawan air asam jawa
CARA MEMASAK :
1. Sambal ikan bakar : Sediakan sambal dengan mengisar cili, bawang, belacan dan serai dalam pemproses makanan.
2. Pastikan ia halus dan bahan-bahan dikisar rata.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis pes sambal tadi hingga naik bau dan pecah minyak.
4. Pastikan cili benar benar masak dan garing.
5. Perisakan dengan garam, gula dan sos ikan. Ketepikan.
7. Cara masak sambal belacan bawang : Rendamkan biji asam jawa dalam air untuk 15 minit dan ambil jusnya.
8. Di dalam pemproses makanan kisarkan cili merah, cili padi, belacan bakar.
9. Tambahkan jus asam jawa, gula, garam dan hirisan bawang. Kisar rata dan ketepikan.
10. Memanggang ikan :Bentangkan daun pisang dan griskan permukaannya dengan minyak masak.
11. Letakkan ikan di atas daun pisang dan sapu rata-rata 2-3 sudu makan sambal adi atasnya.
12. Letakkan ikan di atas gril (rak atas dengan kepanasan ‘indirect) dan tutup gril. Tunggu dua belas minit dan balikkan ikan. Tambahkan 2-3 sudu makan sambal di belah ini.
13. Masak lagi 5 minit dan alihkan ikan ke rak bawah dengan kepanasan langsung ‘direct heat’ untuk 2 minit.
14. Keluarkan dan hidangkan bersama sambal belacan dan bawang.
Saiz hidangan : 7-8 orang
Masa memasak : 25 minit
Cara memasak : Tumis dan gril/panggang
Jenis masakan : Sambal, hidangan sampingan
Keistimewaan : Ikan bakar sambal yang pedas makin sedap dimakan bersama pencicahnya
INFO CHEF : Sambal ikan bakar ini boleh sahaja dibuat lebih sebagai stok untuk disimpan dalam peti sejuk. Apabila teringin nak makan ikan atau makanan laut bakar, sambalnya sudah tersedia.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Bibimbap Sedap Guna Bahan Mudah & Ikut Selera Orang Malaysia

Terasa nak cuba rasa Bibimbap macam yang dalam drama Korea? Saudari Zurina Zulkefli ada kongsikan resipinya. Istimewanya resipi ini, ia diolah mengikut selera orang Malaysia dan juga menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di kedai sahaja. Paling penting dalam Bibimbap ini ialah sos pedas manis, masin rumpai laut, kuning telur yang cair dan tekstur rangup sayuran yang berkhasiat. Nah..Bolehlah cuba masak sendiri. Jom cuba!
CARA BUAT BIBIMBAP SEDAP SECARA HOMEMADE

BAHAN SAYURAN BIBIMBAP:
1 timun jepun – hiris bulat dan goreng 2 minit
1 lobak merah – hiris panjang dan goreng 2 minit
Cendawan blackfungus/shitake – rendam, hiris panjang dan goreng 2 minit – beli online disini
Bayam hijau – rebus dan tos
Telur ayam – goreng mata
Daging ayam – potong kecil memanjang, gaul bersama lada hitam dan goreng
(untuk mendapat aroma yang lebih, gunakan minyak bijan untuk goreng bahan diatas)

BAHAN NASI BIBIMBAP:
Beras sushi Sumo – beli online disini
Kepingan rumpai laut – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Masak beras sushi Jepun mengikut arahan pada paket. Sekiranya tiada, boleh guna beras biasa dan pastikan nasi dimasak sedikit lembut.
2. Hancurkan kepingan rumpai laut ke atas nasi. Saya beli rumpai laut panggang berperisa BBq di kedai RM2 atau 7-Eleven.

RESEPI SOS PEDAS MANIS:
Original menggunakan pes cili Korea Gochujang atau boleh guna sos pedas Adabi, tapi sekiranya tiada juga anda boleh ganti dengan
1 genggam cili kering – beli online disini
2 labu bawang putih – buang kulit dan cuci bersih – beli online disini
Sedikit air suam
4 sudu besar gula – beli online disini
1 sudu besar garam – beli online disini
1 sudu sos cili – beli online disini
2 sudu besar kicap – beli online disini
1 sudu besar bancuhan tepung jagung – beli online disini
Sedikit biji bijan – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Cili kering dibasuh bersih, potong kecil dan rendam dalam air panas. Kemudian tos.
2.Campurkan cili kering dan bawang putih ke dalam blender.
3. Masukkan sedikit air suam, gula, garam, sos cili dan kicap. Kisar sehingga hancur.
4. Setelah dikisar, masak semula di dalam kuali sehingga kering air dan masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sehingga mendidih.
5. Akhir sekali taburkan sedikit biji bijan. Sos merah siap.

CARA SUSUNAN BIBIMBAP:
1.Ratakan nasi bercampur rumpai laut di dalam mangkuk.

2. Letak telur mata ke atas nasi.

3. Susun sayuran dan ayam yang dimasak ke atas bahagian putih telur. Jangan lupa letakkan 1 sudu besar sos pedas manis.

4. Sekiranya ada, boleh titiskan minyak bijan ke atas kuning telur. Taburkan biji bijan yg di sangai mengikut citarasa.
5. Bibimbap siap dan sedia dimakan.
6. Cara nak makan, cuma kacau kacau sahaja Bibimbap dan makan.

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Tosei, Idli & Chutney Kelapa Homemade Yang Mudah, Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Koleksi Pengat Tradisional Yang Sedap & Menyelerakan

Sajian pengat memang sedap lebih-lebih lagi jika menggunakan santan segar. Pekat, manis dan berlemak. Hmm…memang tak puas rasanya. Lebih istimewa lagi jika disediakan menggunakan resipi tradisional. Malah bahan yang digunakan pun mudah diperolehi. Asasnya hanyalah santan, gula melaka, sagu dan daun pandan yang dimasak bersama ubi kayu, labu, keladi dan nangka. Memang sedap! Jom cuba.
1. PENGAT UBI KAYU BERSAGU

BAHAN-BAHAN:
- 300gm ubi kayu
- 1 liter air
- 200gm santan pekat – beli online DISINI
- 1 ketul gula Melaka – beli online DISINI
- 2 sudu besar gula pasir atau secukupnya – beli online DISINI
- 100gm sagu mata ikan – beli online DISINI
- 1 helai daun pandan
- 1/2 sudu teh garam – beli online DISINI
CARA MEMASAK:
- Masukkan air di dalam periuk, rebus ubi kayu bersama daun pandan hingga empuk.
- Setelah itu, masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Kacau sebati dan masak sehingga kuah agak memekat.
- Angkat dan sedia untuk dihidang.
Info chef: Untuk kuah pengat yang cantik, sentiasa kacau agar santan tidak berketul.
2. PENGAT LABU

BAHAN-BAHAN:
- 300gm labu
- 1 liter air
- 200gm santan pekat
- 1 ketul gula Melaka
- 2 sudu besar gula pasir atau secukup nya
- 100gm sagu mata ikan
- 1 helai daun pandan
- 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Rebus labu bersama air secukupnya, gula melaka dan daun pandan hingga labu empuk.
- Setelah itu, masukkan gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Masaklah sehingga kuah agak memekat.
- Angkat dan sedia untuk dihidang.
Info chef: Jangan masak labu terlalu lama untuk menggelakkan ia terlebih lembik.
3. PENGAT KELADI

BAHAN-BAHAN:
- 300gm keladi
- 1 liter air
- 200gm santan pekat
- 1 ketul gula Melaka
- 2 sudu makan gula pasir atau secukupnya
- 100gm sagu mata ikan
- 1 helai daun pandan
- 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Di dalam periuk, masukkan air bersama keladi. Rebus Keladi bersama daun pandan hingga empuk.
- Masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam secukup rasa dan santan. Kacau sebati.
- Masak sehingga kuah agak memekat.
- Angkat dan sedia untuk dihidang.
Info chef: Rendam sagu mata ikan sehingga kembang dengan sedikit air untuk menghasilkan sagu mata ikan yang benar-benar jernih apabila masak.
4. PENGAT NANGKA

BAHAN-BAHAN:
- 6 ulas nangka yang dihiris
- 1 liter air
- 100gm gula pasir atau mengikut selera
- 200gm santan pekat
- 100gm sagu mata ikan
- 1 helai daun pandan
- 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Masak air, nangka, gula, daun pandan hingga menggelegak.
- Setelah itu masukkan sagu mata ikan, garam dan santan. Masak selama 5 minit atau sehingga kuah agak memekat.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Manis bubur terpulang kepada selera masing-masing. Jika mahu kurang manis, ubahsuai jumlah gula mengikut citarasa.
Anda mencari PERIUK KACA? Boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Cara Mudah Buat Dadih Homemade Yang Sedap & Tak Perlu Guna Dadih Segera
Nikmatnya Kalau Dapat Makan Puding Oreo Sejuk-Sejuk. Hanya Guna 4 Bahan!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

