
Sedapnya Lasagna Daging. Anda gemarkan hidangan ini? Biasanya untuk menjimatkan masa, ramai yang menggunakan sos Bolognese segera sebagai sos utama. Namun sebenarnya kalau buat sendiri di rumah, rasanya jauh lebih enak dan puas hati.
Hanya menggunakan sos tomato, sos cili dan beberapa bahan mudah lain, hasilnya memang sangat sedap. Kuahnya lebih kaya rasa, daging lebih juicy dan sos putih pula sangat creamy.
Jom cuba resipi perkongsian saudari Noratiqah Nordin ini. Memang sesuai dijadikan menu makan malam bersama keluarga atau hidangan istimewa hujung minggu.
Panaskan minyak masak dan masukkan bawang merah serta bawang putih yang dicincang kasar.
Tumis hingga naik bau dan sedikit kekuningan supaya rasa sos lebih sedap.
Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata sehingga semua bahan sebati.
Masukkan tomato yang telah dipotong dadu bersama lobak merah.
Seterusnya masukkan daging cincang dan kacau hingga sebati. Biarkan daging separuh masak sebelum dimasukkan bahan lain.
Masukkan campuran Italian herbs seperti oregano, parsli dan basil untuk menaikkan aroma masakan.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Jika suka sos lebih berkuah, boleh tambah sedikit air.
Apabila kuah menjadi sedikit pekat dan daging masak sempurna, sos Bolognese siap digunakan.
Masukkan susu full cream ke dalam kuali dan panaskan menggunakan api sederhana.
Tuangkan bancuhan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak berketul.
Masukkan kepingan keju cheddar dan kacau sehingga cair sepenuhnya.
Tambahkan sedikit garam dan teruskan mengacau sehingga tekstur sos putih menjadi pekat dan creamy.
Panaskan air dan masukkan sedikit minyak masak supaya kulit lasagna tidak melekat.
Rebus kepingan lasagna kira-kira 5 minit atau sehingga lembut.
Ambil bekas yang sesuai dan susun kulit lasagna di bahagian dasar.
Masukkan sos Bolognese secukupnya sehingga rata di atas permukaan lasagna.
Kemudian tuang sos putih dan lapiskan semula dengan kulit lasagna.
Ulang langkah yang sama sehingga loyang penuh. Empunya resipi menggunakan tiga lapisan lasagna sahaja.
Akhir sekali, taburkan keju mozzarella dengan secukupnya di bahagian atas.
Bakar Lasagna Daging pada suhu 180 darjah Celsius selama kira-kira 30 minit atau sehingga keju cair, berbuih dan keperangan.
Apabila siap dibakar, lasagna sedia untuk dinikmati panas-panas.
Memang puas hati dapat makan Lasagna Daging homemade begini. Rasanya lebih kaya, cheesy dan jauh lebih sedap berbanding menggunakan sos segera.
Kredit resipi & foto: Noratiqah Nordin
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: