
Isi Kandungan
ToggleJual benda biasa sahaja iaitu ayam goreng tapi cita rasanya sedap luar biasa. Restoran Ayam Goreng Thor ini terletak di hadapan Hospital Pakar Metro Sungai Petani, Kedah. Mula dibuka jam 11 pagi dan tutup jam 7 petang setiap hari. Cuti setiap hari Rabu.
Kalau lapar, ayam goreng yang sedap ni pasti buat anda puas hati makan. Makan panas-panas lagilah sedap. Bukan sahaja ayam goreng, tapi turut ada pelbagai menu lain yang pasti menyuntik selera.
Pelbagai menu ada dijual. Dan semestinya sesuai bagi anda yang memang tengah lapar untuk menikmati hidangan mengenyangkan dan sedap. Puas hati sesangat kalau makan di sini.
Namun, pada ketika berdepan dengan Covid-19 ini, anda disarankan membeli dengan cara menggunakan perkhidmatan penghantaran.Ini semua demi mengurangkan contact dengan orang awam.
Restoran Ayam Goreng Thor menyediakan khidmat penghantaran ke kawasan berikut. Sungai Petani, Bedong, Semeling, taman Lembah Bujang, UITM Merbok, Tikam Batu dan Kuala Ketil. Jika anda order sehari sebelum, anda boleh nikmati hidangan pada waktu yang anda mahukan. Jika order pada hari yang anda mahukan, anda boleh nikmati hidangan dalam masa sejam pesanan dibuat.
Jom Layan Gambar

Team runner Restoran Ayam Goteng Thor sedia memberi perkhidmatan terbaik.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Macam mana nak order?

Yang berada di sekitar lokasi penghantaran, bolehlah order ya.
Selamat menjamu selera!
Kredit: Mohd Zaki Bin Salleh & facebook Ayam Goreng Thor
Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Korang mesti suka artikel ini juga:
https://rasa.my/nasi-lemak-kukus-ikan-siakap-goreng-menu-luar-biasa-di-restoran-ngeteh-santai/
https://rasa.my/nak-petua-bantu-masalah-angin-dalam-badan-jom-buat-dua-jus-kesihatan-ini/
Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Restoran Aroma Hijrah Pikat Pelanggan Dengan Sajian Arab Lazat Dan Dekorasi Mempesona.

Sudahlah sedap hidangannya, boleh pulak menikmati dekorasi indah ala Timur Tengah, pastinya membangkitkan lagi selera bila menjamu disini. Lebih 20 sajian Arab tersedia di sini dengan resipinya berasal dari Yaman, Jordan dan Arab Saudi.
Restoran Aroma Hijrah yang terletak di Taman TTDI Jaya, Shah Alam Selangor ini diusahakan oleh pasangan suami isteri Tn. Hj Aminudin Resad, 51 tahun anak kelahiran Selangor dan isterinya Hjh. Rohani Hassan, 50 tahun, berasal dari Labuan, Wilayah Persekutuan.
Hj Aminuddin adalah bekas jurutera yang pernah terlibat dalam projek pembangunan di Putrajaya. Isterinya pula adalah dari latarbelakang kewangan dan insuran dan bekas Setiausaha di bank terkemuka. Demi minat dalam bidang masakan keduanya menyahut cabaran membuka perniagaan restoran pada 2012 setelah mengambil keputusan bersara pada 2008 dan bermula dengan perniagaan dari rumah.
Sajian Arab dipilih kerana adanya permintaan yang tinggi dan mereka menyedari citarasanya cukup sesuai dan serasi dengan selera rakyat Malaysia. Istimewanya Hj Aminudin selaku Pengurus Operasi yang juga‘Master’ Chefnya turut belajar secara langsung dari pakar masakan Arab Chef Ustazah Habsah dan Chef Selebriti Ammar al-Ali yang berasal dari Jordan
.
“Saya belajar masak sebelum membuka restoran, saya memasaknya sendiri dengan dua orang pembantu dapur, kini saya sudah melatih tiga commis. Staf kini adalah seramai 20 orang termasuklah empat chef yang ada darinya dari Palestin dan Pakistan.
Bagi saya bisnes restoran ini risikonya agak rendah, yang penting kualiti dan rasa makanan perlu dipantau sentiasa. Saya puas dapat memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati makanan bermutu dalam suasana selesa dan bersih,” luahnya kepada RASA.
Min yakin anda pasti terpukau dengan hiasan lampu berwarna-warni, deretan permaidani , lukisan landscape padang pasir dan pisau belati Arab yang terhias indah di dinding restoran.
Idea dekorasi adalah dari pengalaman kerja Hj Aminudin dan juga permerhatian semasa bercuti di negara Timur Tengah.
Kerusi meja bersih berkilat dan staf yang berpakaian kemas, jelas ketara tempat ini sajiannya betul-betul halal toyibban. Terdapat juga ruangan makan bersila ala Timur Tengah dengan hiasan langsir yang boleh ditutup jika mahu.
Min turut diajak Hj Aminudin ke dapur, sah dapurnya juga nyata benar-benar bersih dengan dapur lantai yang kering dan bahan masakan tersusun.
Menu paling hangat di sini adalah Kabsa Lamb, dan Kambing Panggang. Betul-betul lembut dan empuk dagingnya. Langsung tak berbau hamis, kaya dengan rempah ratus. Sajian nasi arabnya juga sangat popular. Nasi Mandy, Kabsah dan Maqlubahnya memang terbaiklah.
Di samping itu terdapat juga Ayam Masyi dan ayam panggang serta pelbagai menu Arab yang lain. Datanglah rasa sendiri baru puas hati.


Restoran Aroma Hijrah
No 8, Jalan Opera H U2/H, Taman TTDI Jaya,Shah Alam, Selangor
Waktu operasi : Jam 11 pagi hingga 10.30 malam (Tutup Isnin)
Menu harus cuba : Nasi Mandy, Kasbah, Maqlubah, Ayam dan Kambing Panggang, Kambing Kabsah
Homemade Nasi Kandar Eksklusif, Buka Hanya Sehari Dalam Seminggu. Wajib Kena Rasa Ni!

Isi Kandungan
Toggle“Pelanggan saya datang awal lepas Subuh, 6.30 pagi depa dah sampai,” kata Rogayah
Sejak 15 tahun lalu, selepas kedua ibu bapanya, Ali dan Rashidah tidak lagi mengusahakan kedai nasi kandar di SS13, Subang Jaya kerana sukar membawa masuk pekerja asing, atas permintaan pelanggan-pelanggan setia, perniagaan itu dibawa pulang ke rumah.

“Home-made nasi kandar” yang diusahakan Rogayah secara bersendirian selepas ibu dan bapanya meninggal dunia itu, hanya diketahui oleh “mereka yang mengetahuinya.” Pelanggan setia Rogayah bukan sahaja terdiri daripada orang Melayu ataupun “mamak”, tetapi juga dari kaum lain seperti Cina dan India.
Kebanyakan mereka berasal dari Pulau Pinang, pernah makan dan mengenali ibu bapa Rogayah yang pernah berniaga di negeri itu pada tahun 1970-an sebelum mereka berhijrah ke Kuala Lumpur. Yang menariknya, gerai nasi kandar di rumahnya di USJ 11 di Subang Jaya itu hanya dibuka pada hari Ahad bermula jam 6.30 hingga 9.30 pagi.
“Saya buka seminggu sekali supaya ada eksklusif, tetapi jika mereka mahu pada hari lain, mereka boleh pesan daripada saya,” kata wanita berusia 62 tahun itu yang turut menawarkan khidmat katering untuk pelbagai juadah makanan Pulau Pinang selain nasi kandar. “Pelanggan saya tahu tentang nasi kandar saya dari mulut ke mulut dan ada juga yang makan di sini dari kecil sehingga dewasa.”
Apabila ditanya apakah nama sebenar gerainya, Rogayah berkata: “Ada orang panggil kedai Pak Ali, ada yang panggil Warung Seri Pinang, ada yang panggil Nasi Kandar Gayah, terpulanglah kepada mereka.” Ismail Kamal Abdul Rahman, 52, yang dianggap Rogayah seperti keluarganya tidak pernah gagal untuk hadir bersama keluarganya setiap hari Ahad.
“Yang paling special ialah kari ikan. Kerana kari ikan ini ditumis selama dua hingga tiga jam untuk pecahkan minyak. “Saya tahu kerana saya juga memasak, apabila kita makan Nasi Kandar Pak Ali ni, kita akan rasa keikhlasan masakannya,” kata bekas kakitangan Malaysia Airlines itu.

30 Tahun Makan Masakan Rogayah
Bagi Leonard Tan, 50, beliau sendiri sudah lebih kurang 30 tahun makan masakan keluarga Rogayah. “Jika ada orang boleh datang sini, selama 30 tahun, apa anda fikir tentang makanan di sini? “Tidakkah anda fikir ini merupakan perkara terbaik pernah berlaku di dunia ini?” kata Tan.
Pesara tentera Kung Boon Chin, 69, juga antara pelanggan setia nasi kandar keluarga Rogayah selama hampir 30 tahun. “Nasi kandar di sini, tidak sama seperti nasi kandar yang ada dekat kedai. Sesetengah nasi kandar yang ada dekat kedai, dia punya bau rempah kuat. “Di sini, saya tak tahu macam mana dia buat, mungkin dia buat sendiri, kisar (rempah) sendiri, jadi rasa nasi kandarnya berbeza. “Lauk dia, dia punya daging, tak keras macam komando, ikan pun segar. Kalau ikan tak segar, dia lembut tak sedap,” katanya.
Mustapha Kamal Abdul Rahman, 67, berkata masakan Rogayah tidak berbeza dengan masakan ibunya dahulu. “Saya kenal Pak Ali (ayah Rogayah) dari Pulau Pinang. Waktu dia berniaga belakang Imigresen. Jadi sudah lebih 40 tahun saya makan masakan keluarga mereka,” katanya. “Rasa nasi kandar Pak Ali ni lebih kepada citarasa Pulau Pinang, tak macam yang lain-lain. Berbanding dengan Nasi Kandar Kudu tu semua, sini lebih sedap kerana ia ‘home made nasi kandar’,” katanya.
Sementara Nur Hajar Fatehah Ismail, 24, sudah makan nasi kandar masakan keluarga Rogayah sejak “mula belajar makan” kerana dibawa keluarganya sejak kecil. “Kat sini semua sedap terutamanya kari ikan dan sambal udang. Saya suka juga Nasi Kandar Kudu di Kuala Lumpur, tapi tak boleh lawan di sini,” katanya.
Pelanggan yang datang selepas 9.30 pagi akan pulang dengan kecewa kerana nasi kandar dan lauk pauknya sudah licin “dikerjakan” pelanggan-pelanggan yang datang lebih awal.

Bersedia Turunkan Resepi Pada Yang ‘Sanggup’
Rogayah tidak kedekut untuk mengajar resepi masakan keluarganya kepada yang sanggup belajar dan mempunyai kesabaran. Ini kerana Rogayah bimbang jika resepi masakan keluarganya itu tidak diteruskan kerana setakat ini, dalam kalangan keluarga terdekatnya, tiada siapa yang sanggup dan sabar untuk belajar. “Anak-anak buah saya semua tak mahu belajar. Mereka tak sanggup. Mereka lihat saya bangkit pukul 2.00 pagi untuk buat semua ni, untuk potong bawang, depa kata tak payahlah. “Saya bimbang juga tiada siapa yang warisi resepi masakan keluarga kami selepas saya tiada. Rogayah tidak keberatan untuk mengajar sesiapa sahaja memasak asalkan mereka sanggup. “Sesiapa sahaja boleh. Bukan susah pun, tetapi mereka mesti ada minat, mesti kena sabar dan juga pembersih. “Tak ada rahsia-rahsia dalam resepi keluarga saya, saya bersedia untuk berkongsi dengan sesiapa saja,” katanya.
Sumber & gambar: The Malaysian Insight
Kay’s Steak & Lobster Lebarkan Sayap ke Elmina Temu, Sajikan Hidangan Premium Halal

Kay’s Steak & Lobster yang sudah sedekad mengukuhkan kedudukan sebagai restoran ‘semi fine dining’ yang menyajikan menu stik dan udang kara premium kini melebarkan sayap menerusi pembukaan cawangan keempat di Elmina Temu, Shah Alam.
Lokasi strategik ditambah permintaan pelanggan menjadikan Elmina sebagai pilihan terbaik terutama buat penggemar hidangan enak di pinggir Lembah Kelang.
Pengarah Urusan Kays Steak & Lobster, Muhammad Aizuddin Mohd Khalid berkata Elmina menjadi pelengkap sasaran lokasi di Lembah Klang yang mensasarkan bahagian Utara Lembah Klang seperti mana tiga cawangan sebelum ini.
“Putra Height adalah untuk bahagian barat Lembah Klang, cawangan di Putrajaya di bahagian barat serta Ampang untuk sekitar kejiranan bahagian tengah Lembah Klang.Outlet baharu di Elmina yang boleh memuatkan 50 pelanggan dalam satu masa merupakan cawangan terkini apabila beroperasi sejak Julai tahun lalu. Melihatkan sambutan, nyata pemilihan lokasi ini sangat bertepatan.
Kami percaya, selain hidangan aneka makanan barat yang enak sekali gus menjadi tanda dagang Kay’s Steak & Lobster serta layanan enam bintang, pelanggan juga mendapat kemudahan tambahan iaitu parkir kereta yang banyak,” katanya.
Aizuddin berkata demikian ketika majlis perasmian Restoren Kay’s Steak & Lobster Elmina yang menyaksikan kehadiran lebih 100 jemputan termasuk wakil media, pempengaruh serta rakan niaga.
Menurutnya, hebahan mulut ke mulut daripada pelanggan yang pernah merasai kelazatan hidangan istimewa terutama Beef Wellington di restoran terbabit antara penggalak orang ramai meminta mereka beroperasi di situ.
“Kami tiada formula khas untuk kekal bertahan, sebaliknya terus disokong ramai pelanggan setia serta pelanggan baharu yang kembali semula menikmati makanan kami sama ada bersama keluarga mahupun rakan.
KUALITI JADI KEUTAMAAN
“Istimewanya, selain menu utama seperti udang kara hidup diterbangkan hidup dari Maine, Boston dan Kanada selain stik dan aneka pasta, Beef Wellington yang juga signature Kays Steak & Lobster merupakan pilihan pelanggan bahkan mendapat sijil halal Jakim.
“Daging stik juga diimport dari ladang terbaik di Australia iaitu daging jenis premium dari pembekal Stanbroke yang terbukti tinggi kualitinya serta sangat juicy serta tidak dibekukan dan paling penting dijamin halal,” ujarnya.
Hidangan premium stik di Kay’s Steak & Lobster masih dikira mampu milik dengan harga bermula RM130 untuk stik ribeye manakala bagi hidangan lobster adalah antara RM300 dengan berat lobster sekitar 800 gram.
Kay’s Steak & Lobster juga adalah lokasi makan seisi keluarga termasuk mereka yang mempunyai anak kecil dan seringkali menjadi lokasi untuk sesetengah pelanggan meraikan detik gembira seperti hari ulang tahun kelahiran atau ulang tahun perkahwinan.
“Dekorasi dalam setiap premis turut menjadi keutamaan kami bahkan cawangan Elmina dilengkapi ruang privasi buat mereka yang ingin menikmati hidangan dalam suasana private,” tambahnya.
Menjelang Ramadan, Aizuddin dan pasukannya bakal menyajikan hidangan tambahan istimewa iaitu nasi lemak lobster berempah Dan Nasi Lemak Rendang Short Rib berempah selain menyajikan menu sedia ada.
Sementara itu, katanya Kay’s Steak & Lobster turut dalam perancangan membuka satu lagi cawangan baharu di KLGCC Kuala Lumpur pada Ogos ini dengan konsep berbeza.
Seterusnya adalah mengintai untuk memasuki pasaran Johor Bahru dan Pulau Pinang pada suku tahun pertama 2026.
Bagi anda yang berminat untuk mengetahui menu hidangan atau membuat tempahan dapatkan maklumat lanjut di kaysteaklobter.com.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official