Langkah Demi Langkah Cara-Cara Perap & Panggang Ayam Yang Comfirm Sedap!

Share

Ayam panggang biasanya ramai yang suka beli kerana disangka susah nak buat, isi dalam kurang masak tapi luar dah garing dan banyak lagi. Jangan susah hati, ni ada resipi yang kalau anda cuba, pasti jadi. Menurut Puan Salimah Olie, resipi ni memang sedap! Jadi anda bolehlah cuba ya!

 

AYAM PANGGANG ALA KENNY

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam – bersihkan
  • Ubi kentang – dibelah empat
  • Mix herbs secukupnya
  • Sedikit minyak zaitun

BAHAN PERAPAN AYAM:

  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar lada hitam tumbuk
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan perap
  • Sedikit mentega

 

CARA MEMASAK:

1. Campur kesemua bahan perapan dengan sedikit air dan kisar.

2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.

3. Perap selama 1 1/2 jam. Lagi lama lagi enak.

4. Sapu sedikit mentega pada keseluruhan ayam hingga rata.

5. Susun hirisan ubi kentang diatas tray yang telah dialas dengan aluminium foil.

6. Tuang sedikit minyak zaitun, tabur mixed herbs dan letak ayam diatas ubi kentang.

7. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. ( RASA: Boleh guna suhu 220C. Masa dan suhu mungkin berbeza ikut saiz ayam dan ketuhar.)

8. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis dari ayam. Ini bertujuan untuk elak ayam dari terlalu kering.

Kredit resipi & foto: Salimah Olie
Resipi asal: blog Azlita Masam Manis

IKLAN