Stew, biasanya dalam mana-mana resipi western stew, tak kiralah menggunakan daging. Satu bahan utama ialah cooking wine atau lebih tepat red cooking wine. Red wine banyak digunakan dalam resipi berasaskan daging yang berkuah (salah satu contohnya ialah stew). Manakala white cooking wine biasanya dalam penyediaan resipi yang lebih ringkas seperti salad, ikan dan makanan laut.
Dalam resipi ini, Chef Sue gantikan beberapa bahan yang tidak halal kepada beberapa option yang boleh digunakan. Red wine boleh digantikan dengan pomegranate (delima) juice, red or white grape juice, cranberry juice, apple juice dan lemon juice. Juice ni semua boleh beli di pasaraya (dalam botol atau kotak). Selain itu, bacon dalam resipi asal, digantikan dengan beef streaky (pun boleh beli di pasaraya di bahagian daging).
Sediakan periuk yang bahagian bawahnya tebal (cast iron Dutch oven is the best option). Panaskan periuk lalu goreng beef streaky hingga perang. Tak perlu letak minyak sebab beef streaky akan keluarkan minyak sendiri. Setelah perang, keluarkan beef streaky dari periuk dan ketepikan.
Tabur sedikit garam dan lada hitam kisar ke atas lamb shank lalu ratakan. Tabur juga tepung gandum dan gaul rata ke atas lamb shank. Masukkan lamb shank ke dalam periuk bekas goreng beef streaky tadi (ada lebihan minyak). Goreng sekejap dikedua-dua bahagian hingga lamb shank agak perang. Angkat lamb shank dan ketepikan.
Tambah 2 sudu makan minyak sayur ke dalam periuk yang sama. Tumis bawang Holland dan bawang putih hingga layu dan perang. Tuang pomegranate juice, beef broth dan biarkan mendidih sebentar (dalam 10 minit).
Masukkan semula lamb shank, beef streaky, pes/puri tomato, ubi kentang, lobak merah, tomato, celery, bay leaf, rosemary, thyme dan cendawan ke dalam periuk. Kacau rata. Tambah garam dan lada hitam kisar secukup rasa. Tutup api.
Tutup periuk tadi dan masukkan dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada suhu 190-200C dan masak dalam ketuhar selama 45-60 minit. Keluarkan dari ketuhar dan tabur cincangan parsley secukupnya. Boleh dimakan begitu saja atau dengan bun/roti.
*beef broth boleh guna yang dalam kotak beli di pasar raya atau boleh guna air rebusan daging yang dibuat sendiri.
Ads
*cendawan yang sesuai ialah cendawan butang. Tadi saya guna cendawan shimeji.
*beef streaky boleh ganti dengan Turkey streaky. Kalau tak ada, cuma panaskan 2 sudu makan mentega untuk goreng lamb shank pada permulaan cara memasak tadi.
*selain lamb shank, boleh juga guna daging lembu atau daging kambing yang dipotong cube agak besar.
Kambing masak beriani ni memang power. Rasanya berempah dan secukup rasa. Boleh cuba buat untuk dimakan dengan nasi, nasi impit ataupun roti. Cubalah. Pasti korang tak menyesal. Sedap sungguh.
KAMBING MASAK BERIANI
BAHAN TUMIS
Minyak masak
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
BAHAN TUMBUK
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
BAHAN LAIN
4 sudu besar rempah beriani | bancuh dengan sedikit air
1 kg daging kambing | potong kecil, basuh dan toskan
3 biji kentang | potong kecil
3 biji tomato ranum | kisar dengan 2 cawan air
3 sudu besar tomato puri
2 biji tomato | belah 4
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar | belah 4
1 pokok daun ketumbar | potong kasar
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan masukkan Bahan Tumis.
2. Masukkan Bahan Tumbuk. Tumis sehingga wangi.
3. Masukkan rempah beriani dan daging kambing.
4. Kacau dan biarkan sehingga naik minyak.
5. Masukkan kentang, kisaran tomato dan tomato puri. Masak sehingga kentang lembut.
6. Masukkan tomato, cili merah, cili hijau, bawang besar dan daun ketumbar.
7. Masukkan garam. Biarkan seketika dan matikan api.
Resipi Daging Malbari antara yang cukup popular selain hidangan rendang. Enak dimakan bersama ketupat dan lemang, Daging Malbari juga sedap dimakan bersama nasi panas. Tidak perlu banyak-banyak lauk. Cukup dengan menu Daging Malbari boleh membuatkan anda makan bertambah-tambah. Nak ini resipi cara membuat Daging Malbari seperti yang dikongsikan oleh Saba Natasha
RESIPI DAGING MALBARI
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging (potong kecil) 1/2 botol kicap manis kipas udang (botol kecil) 3 bungkus kerisik – beli online Gula merah- (masak dengan sedikit air tapis) – beli online
BAHAN KISAR:
1 batang kulit kayu manis – beli online 3 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih – beli online 3 sudu besar rempah ketumbar 1 sudu besar jintan putih – beli online 2 sudu besar jintan manis – beli online Segenggam cili kering 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 2 biji bawang besar 2 inci halia
CARA MEMBUAT:
1. Semua bahan untuk dikisar goreng tanpa minyak sehingga wangi dengan api perlahan.
2. Kemudian kisar semua bahan-bahan yang telah digoreng tadi.
3. Masukkan bahan kisar bersama daging dan masukkan kicap, kacau sebati dan perapkan daging 1 – 2 jam.
4. Setelah diperap, masukkan sedikit minyak ke dalam kuali kemudian tumis daging yang diperap tadi, masukkan sedikit air.
5. Masak sehingga daging lembut, tambahkan lagi air untuk lembutkan daging.
6. Apabila daging sudah lembut, masukkan kerisik, garam, gula dan air gula.
7. Masak sehingga kuah pekat dan sebati dengan daging. Tutup api dapur dan bolehlah dihidangkan.
Sajian masakan Terengganu asli, bukan semua yang handal membuatnya. Air tangan orang yang memasaknya turut menyumbang pada kelazatan. Di Kafe Masakan Terengganu Asli di perkarangan Masjid Bandar Kinrara, ia cukup terkenal dengan menu nasi dagang, pulut nyor/nyior, nasi kerabu, resipi asli keluarga pemiliknya yang berasal dari Terengganu
Buat pembaca RASA, Nor Haini Mamat sudi berkongsi 3 aneka resipi mudah dari negeri pantai timur ini.
1. GULAI KUNYIT UDANG TERENGGANU
BAHAN-BAHAN :
1/2 kg udang
1/2 kg santan pekat
Segelas air
2 sudu makan ketumbar/ ditumbuk
1 sudu makan jintan manis/ditumbuk
1 sm halia/ditumbuk
1 sm lengkuas/ditumbuk
1 sm kunyit hidup/ditumbuk
4 sudu cili kisar
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
Ambil periuk dan nyalakan api.
Masukkan semua bahan yang ditumbuk bersama pati santan dan sedikit air.
Apabila mendidih masukkan udang.
Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Biarkan mereneh seketika
Gulai kuning udang siap untuk dihidangkan.
INFO CHEF : Gulai kuning atau gulai kunyit lengkuas memang cukup popular di negeri pantai timur.
Saiz hidangan : 4 orang
Cara memasak : Reneh
Keistimewaan : Bahan ramuan lengkuas menyebabkan gulai kunyit tampil berbeza keenakannya dengan negeri lain.
2. IKAN KEMBONG PERCIK
BAHAN-BAHAN :
BAHAN DIKISAR :
5 ekor ikan kembong sederhana
1 sudu teh kunyit serbuk
Garam secukup rasa
BAHAN DIKISAR
2.5 sm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
7 biji bawang kecil
4 sudu makan pes cili kering
1 sudu teh halba
3 batang serai /diketuk
2 sm lengkuas /dihiris nipis
1/2 kg santan pekat
2 keping asam gelugur
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumurkan garam dan kunyit pada ikan dan panggang atau bakar hingga masak ke dua belah.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar serta serai hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan lengkuas, halba, serbuk kunyit, asam gelugur & santan. Biarkan mereneh sambil dikacau selalu hingga kuah pekat.
Bila ikan dah masak, curahkan sedikit kuah percik dan panggang sekejap lagi. Terbalikkan dan curahkan pula sebelah lagi kuah.
Bila masak bolehlah diangkat ikan dan semasa hidang boleh curah lagi kuah percik di atas ikan.
Ikan percik siap dihidangkan
INFO CHEF : Lebih sedap jika sambil bakar dijirus sedikit kuah di atas ikan. Langkah ini dilakukan jika dibakar atas bara.
Saiz hidangan: 8 orang
Cara memasak : Tumis dan panggang/bakar
Keistimewaan: Keenakan ikan panggang yang beraroma dan berperisa
3. SINGGANG DAGING
BAHAN-BAHAN :
300 gm daging
2.5 sm kunyit hidup/ditumbuk
2.5 sm lengkuas/ ditumbuk
5 ulas bawang putih/ dihiris nipis
1 sudu teh lada hitam/ ditumbuk halus
1 sudu teh ketumbar/ ditumbuk halus
4 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK :
Masukkan air dan rebus daging bersama bahan-bahan tadi di dalam periuk. Nyalakan api sederhana.
Biarkan mendidih hingga daging empuk. Kemudian biarkan api kecil seketika.
Perasakan dengan garam dan gula.
INFO CHEF: Sajian singgang daging atau disebut juga daging singgang , tanpa tumis ini sesuai bagi mereka yang tidak gemar masakan berminyak.
Saiz hidangan : 3 orang
Cara memasak : Rebus dan reneh
Keistimewaan : Sajian tanpa santan dan tumis menjadikan ia pilihan menu lebih sihat
RESIPI : NOR HAINI MAMAT
TERIMA KASIH : KAFE MASAKAN TERENGGANU ASLI, Dalam perkarangan Masjid Bandar Kinrara 5, 47100 Puchong, Selangor
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.