Laksa Indonesia Lebih Popular Daripada Laksa Malaysia?

Share

Bila sebut Malaysia, ramai pelancong luar menganggap antara negara yang kaya dengan kepelbagaian makanan yang asli dan menyelerakan. Malah Malaysia juga disebut ‘syurga’ makanan. 

Sebut sahajalah apa-apa jenis makanan yang dipaparkan dalam media sosial hari ini, pastinya mendapat sambutan.

Namun begitu, sayang seribu kali sayang apabila makanan Malaysia gagal menempatkan diri dalam senarai 10 Hidangan Mee Paling Popular Pilihan TasteAtlas

di Asia Tenggara, yang dikeluarkan pada 24 Disember 2022.

Sebaliknya, Laksa Indonesia dan Char Kway Teow Singapura tersenarai dalam kedudukan 10 menu mee paling popular di Asia Tenggara.

Manakala Pho Vietnam mendahului di kedudukan pertama dan Pad Thai  Thailand di tempat kedua.

Meskipun begitu, kita sepatutnya berbangga kerana Malaysia masih tersenarai dalam senarai 50 Hidangan Paling Popular TasteAtlas di Asia Tenggara.

Buat pengetahuan pembaca RASA, laman sesawang TasteAtlas memaparkan panduan kembara dan pengalaman yang mengumpulkan makanan tradisi, resipi asli, ulasan pengkritik makanan dan juga artikel penyelidikan tentang bahan serta hidangan popular dari seluruh dunia.

Jom kita lihat senarai ‘top 10’ hidangan mee di Asia Tenggara

dan di manakah kedudukan Malaysia tercinta kita:

1. Pho (Vietnam)

2. Pad Thai (Thailand)


3. Laksa (Indonesia)


4. Pancit (Filipina)


5. Char Kway Teow (Singapura)


6. Khao Soi (Thailand)


7. Curry Laksa (Singapura)


8. Beef Pho (Phở bò) (Vietnam)


9. Grilled Pork Meatballs with Vermicelli Noodles (Bún chả) (Hanoi, Vietnam)


10. Quang-Style Noodles (Mì Quảng) (Vietnam)

20. Laksam

22. Mee Hokkien

24. Mee Kolok

28. Asam Laksa

29. Pan Mee

38. Laksa Penang


39. Mee Rebus


44. Mee Siam


45. Lor Mee


49. Mee Goreng Mamak

Kredit gambar: TasteAtlas.com

IKLAN