Lain Orang Lain Cara, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Pau Naik Gebu

Share

Resipi sama, tapi mungkin lain orang lain caranya. Ada yang menjadi resipinya bila buat, namun ada juga terkandas di tengah jalan.

Menerusi perkongsian daripada Yong Anisah Yaacob ini, dia berharap dengan resipi pau dan sedikit kemahiran yang ada, dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan.

 

RESIPI PAU CANTIK GEBU

BAHAN-BAHAN:

2 sudu makan air suam
1 sudu makan gula
1 sudu makan yis – beli online di sini
5 cawan tepung gandum cap ros – beli online di sini


3 sudu makan marjerin (saya guna Pelangi) – beli online di sini
5 sudu makan susu pekat – beli online di sini
240ml air (ikut kesesuaian tepung)

TONTON Makan Di Mana Eps 17: Menu Simple, Harga Baik, Wajib Try… 

TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk

CARA-CARA:

1. Campurkan air suam, gula dan yis di dalam satu bekas. Kacau bagi sebati dan biarkan kembang dalam 10 minit.


2. Kemudian, campurkan tepung gandum, marjerin dan susu pekat. Ramas-ramas hingga jadi seperti serbuk roti.


3. Masukkan yis yang telah kembang ke dalam tepung dan 240ml air (ikut kesesuaian tepung)

. Uli hingga tepung sebati dan tidak melekat di tangan (dalam 10 min).

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

4. Timbang doh 40gm dan buat rounding. Bubuh inti dan rounding atas tapak tangan dan lapikkan dengan kertas. Saya guna alas cup cake.


5. Biar doh kembang lebih kurang 30 min (bergantung pada banyak mana yis yang digunakan dan faktor cuaca persekitaran).

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

6. Sedia untuk dikukus. Sebelum tu, panaskan dulu kukusan dengan api yang sederhana hingga mendidih.
7. Balut penutup kukusan dengan kain untuk mengelakkan air kukusan jatuh atas doh. Kukus selama 5-6 minit. Siap.

Kredit resipi: Yong Anisah Yaacob

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN