Percaya atau tidak, rasa buah yang terlalu masam memang membantukan selera makan. Jangan cepat putus asa, ada cara senang kurangkan rasa masamnya hanya dengan menggunakan garam je.
Selama ni tak tahu, rupanya sangat mudah. Anda hanya perlu taburkan sedikit garam pada buah yang masam seperti buah mangga muda, buah kedondong, limau dan banyak lagi. Selain rasa masam berkurangan, ia menimbulkan sedikit rasa manisnya. Inilah rasionalnya mengapa orang makan mangga muda dengan garam.
Ads
Selain itu, dengan sedikit taburan garam pada buah, ia membantu buah dari berubah warna dan lebam, sangat sesuai untuk buah-buahan seperti apel dan belimbing. Oleh itu, selepas potong buah-buah ini kemudian rendam seketika dalam air yang dicampurkan dengan sedikit garam. Garam membantu mengurangkan asid dalam masam buah yang anda makan. Selain itu, segala bahan kimia yang melekat pada buah juga boleh hilang dengan merendam dengan air garam.
Ads
Macam mana? Senangkan petua ni, lepas ni bolehlah amalkan. Sesiapa yang tak berani jamah buah masam boleh cuba ye…
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Peti sejuk ibarat penyelamat kepada makanan-makanan agar tetap segar ketika dimakan dan boleh disimpan untuk jangka waktu yang relatif. Namun, sayangnya ada beberapa bahan makanan tertentu yang ternyata tidak bertahan lama. Atau, bahan makanan tertentu akan menimbulkan bau yang menyengat sehingga merosakkan makanan lain.
Okay, supaya kita tidak terus membazir, ambil tahu dulu cara menyimpan yang sebenar agar lebih tahan lama dan rasa makanan tersebut tetap asli dan terpelihara.
Biarkan daging, ikan, dan unggas tetap dalam pembungkus. Kalau buka bungkusan boleh meningkatkan risiko terdedah kepada bakteria Jika daging tidak dibungkus masa di beli,masukkan dalam bekas agar kandungan airnya tidak menitis dan terkena makanan yang berada di bawahnya.
Sebaiknya, gunakan kertas atau surat khabar lama sebagai alas atau sebagai pembungkus agar tomato dan timun sentiasa kering sehingga lebih awet di dalam peti sejuk.
Ketahanan jenis kekacang yang disimpan dalam peti sejuk sangat tergantung pada jenisnya. Sebaiknya, bungkus dengan rapat dalam plastik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk agar dapat bertahan hingga 3-5 hari ke depan.
Cuci bersih bawang setelah dikupas atau diiris, simpan dalam bekas plastik kedap udara sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk agar gas dan baunya tidak mencemari bahan makanan lain. Bawang boleh bertahan hingga 4 hari atau lebih.
So ada tak korang buat macam ni? Jangan kata tak payah. Cuba dulu. Selain petisejuk kemas, kita juga boleh mengelakkan pembaziran.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kes dapur jenis kaca (tempered glass atau induction stove) pecah berderai sewaktu memasak memang biasa kita baca di media-media sosial yang dikongsi oleh empunya sendiri. Sedikit sebanyak ia menimbulkan rasa gerun dan takut dikalangan kita untuk membeli dapur jenis ini.
Dapur kaca yang direka dengan bentuk dan rupa yang menarik, tidak dinafikan memberikan ‘mood’ dan pesona elegan pada ruang dapur lebih-lebih lagi jika dapur anda berkonsepkan moden. Berbanding dengan dapur gas ‘stainless steel’ macam mak-mak di kampung pakai, kurang gaya dan nampak tidak popular.
Namun hakikatnya begitulah. Yang cantik tidak semestinya tahan lasak. Lebih-lebih lagi jika dapur yang dibeli, tidak dikendalikan dengan berhati-hati.
Dikongsikan buat anda cara-cara untuk mengelakkan dapur jenis kaca ini dari pecah. Moga boleh dijadikan panduan.
PANDUAN ELAK DAPUR KACA MUDAH PECAH
1. ELAK LAP DAPUR GUNA KAIN BASAH KETIKA MASIH PANAS
Selepas aktiviti memasak, pasti terdapat sisa-sisa makanan yang tertumpah atas dapur. Bagi mereka yang menggunakan dapur gas kaca ini, jangan terus serta merta mengelap dapur anda selepas menggunakannya. Terutamanya jika anda menggunakan kain basah kerana ia amat berbahaya. Tunggu permukaan dapur gas sejuk terlebih dahulu barulah lap.
2. ELAK MASAK GUNA PERIUK ATAU KUALI BERAT
Difahamkan dapur gas sebegini tidak mampu untuk menampung berat yang melampau. Oleh itu anda perlu mengelak dari menggunakan periuk atau kuali yang besar. Dengan kata lainnya juga, anda tidak digalakkan memasak dalam kuantiti yang banyak menggunakan dapur ini kerana dikhuatiri akan merosakkan dapur. Biasanya dapur gas kaca ni ‘ ditanam’ dalam kabinet jadi mana boleh tampung berat yang melampau sangat.
3. ELAK LETAK PERIUK ATAU KUALI DI ATAS DAPUR DALAM TEMPOH MASA YANG LAMA
Bila selesai masak, alihkan kuali dan periuk dari dapur. Elakkan dari tinggal perkakas masak anda di atas tungku. Malah kalau nak masak pun, tidak digalakkan masak dengan terlalu lama Dapur jenis ini mempunyai tahap limit penggunaanya. Apabila anda masak terlalu lama dapur akan menjadi over heat dan boleh menyebabkan ia meletup.
4. PASTIKAN DAPUR KACA BERKUALITI
Bila membeli barangan, kita biasanya akan pilih yang harganya tak mahal dan nampak cantik. Kalau boleh, jika ini membeli dapur kaca pastikan anda memilih jenama yang berkualiti dan diiktiraf. Harganya mungkin agak mahal namun berbaloi jika boleh dipakai lama. Anda juga boleh ‘survey’ pendapat rakan-rakan yang pernah guna dapur jenama tersebut untuk rasa lebih yakin.
5. RUANG PADA BAHAGIAN BAWAH DAPUR KENA ADA Dapur kaca jenis ini direka khas mengikut saiz kabinet agar terdapat ruang pengudaraan di bahagian bawahnya. Oleh itu amatlah berbahaya jika anda letakkan di atas kabinet sebegitu sahaja tanpa ada ruang udara pada bahagian bawah dapur. Bahang panas memasak yang terkumpul dan ia boleh menyebabkan kaca retak kerana suhu yang panas.
Anda suka makan makanan pedas kerana merasa lebih nikmat ketika makan? Tapi bagaimana dengan orang yang tidak tahan dengan pedas. Sebenarnya jika rasa pedas menyerang, kita sering mengulangi kesilapan yang sama dengan meminum air tetapi rasa pedas hanya hilang sekejap sahaja. Ini kerana dengan meminum air akan mempercepatkan lagi rasa pedas merebak di dalam mulut anda. Jadi jangan minum air untuk menghentikan rasa pedas dalam mulut anda sebaliknya pilih 7 bahan di bawah ini untuk meredakannnya.
1. Produk Tenusu
Minum segelas susu atau yogurt untuk menghilangkan rasa pedas adalah pilihan yang terbaik. Di dalam susu terkandungi protien yang akan menghilangkan capsaicin dan mengurangkan haba pedas. Coklat susu juga boleh menghilangkan rasa pijar.
2. Minyak Zaitun
Dengan mengambil beberapa sudu minyak zaintun akan mencuci rasa haba pedas di lidah anda. Minayk zaitun mempunyai lemak yang dapat menyejukkan dari haba pedas.
3. Satu Sudu Gula
Manis dari gula sebenarnya akan meneutralkan haba dari makanan pedas yang dimakan. Gula akan menyerap minyak pedas dan ia akan menghasilkan rasa yang berbeza.
4. Manis Madu
Selain banyak khasiat, rasa manis semulajadi madu juga akan meredakan haba pedas pada lidah.
5. Mentega Kacang
Selalunya mentega kacang kita akan sapukan pada roti. Rupanya mentega kacang mengandungi kandungan lemak yang akan membantu meneutralkan rasa pedas. Jadi makan satu sudu mentega kacang untuk mengurangkan rasa pedas. Tetapi bagi sesiapa yang memiliki alergi pada kacang tidak boleh mengamalkannya.
6. Makanan Berkanji
Nasi dan roti adalah makanan asas bagi masyarakat kita. Nasi dan roti tidak akan meneutralkan rasa pedas tapi akan mengurangkan kesan haba pedas pada lidah. Dengan meresap haba pedas dan menghentikan rasa tidak enak di lidah.
7. Jus Lemon
Selain sedap diminum air lemon ia juga boleh meredakan rasa pedas pada lidah. Rasa pedas boleh di neutralkan dengan makanan yang berakali antaranya lemon. Selain lemon anda boleh memakan nanas dan tomato.
Jadi bila anda hendak makan makanan pedas sila pastikan salah satu remedi ini tersedia di samping anda. Ingat jangan terlebih makan makanan pedas kerana ia juga boleh memudaratkan kesihatan iatu berisiko mendapat penyakit buasir dan kanser kolon.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!