Kulit Garing Tak Berminyak, Begini Cara Buat Karipap Telur Otai Paling Sedap

Share

Suka makan Karipap Telur? Nah…Resipi perkongsian Hajah Zainab Bt Mawan ni antara yang cukup mudah untuk anda cuba. Kulitnya sangat enak dan jika tidak suka inti telur, boleh sahaja letak inti ayam, daging, srdin atau kentang. Terpulang pada selera masing-masing. Jom cuba buat karipap guna resipi ni. Hasilnya pasti buat anda puas hati.

 

RESIPI KARIPAP TELUR OTAI PALING SEDAP

BAHAN-BAHAN KULIT:

 

BAHAN INTI TELUR (cara ni buat inti sardin pun sedap)

  • 3 biji telur (nisbahnya 2 kuning : 1 putih telur – jangan banyak putih telur, nanti cair) – jika buat karipap jumlah banyak, gandakan jumlah telur tapi harus ikut nisbah ini.
  • Bawang besar beli online disini
  • Lada merah / cili merah
  • Secubit garam beli online disini
  • Sedikit lada sulah beli online disini
  • Hirisan daun sup dan daun bawang secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1.Untuk inti, satukan telur kuning dan putih telur. Jangan guna banyak putih telur kerana nanti akan jadi cair.

2. Masukkan hirisan bawang besar, cili merah, garam, lada sulah, daun sup dan juga daun bawang. Sebatikan. Ketepikan seketika.

3. Untuk ulitnya, panaskan minyak masak dan marjerin dalam kuali. Kemudian tuang ke dalam bekas berisi tepung.

4. Peroikan terlebih dahulu campuran tepung dan minyak tadi.

5. Kemudian masukkan air dan air kapur. Uli hingga sebati.

6. Masukkan adunan ke dalam beg plastik dan perap selama 4 jam. Jika tidak punya banyak waktu, perap 2 jam sudah memadai.

7. Bahagikan doh dan bulat-bulatkan.

8. Canai doh kemudian masukkan inti yang telah dibuat tadi. Kelim dengan kemas supaya inti tidak terkeluar. Lakukan hingga habis adunan.

9. Sedia untuk digoreng dan dinikmati.

10. Jika untuk frozen, goreng seketika kemudian sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di tempat beku. Bila hendak makan, baru goreng semula. Lagi bertambah rangupnya.

INFO:

  • Untuk kulit karipap ini, selain inti telur ia juga sesuai untuk inti ayam, daging, sardin atau kentang.
  • Sukatan adunan tepung diatas boleh dapat sekitar 125 biji karipap.

 

 

Kredit resipi & foto: Hajah Zainab Bt Mawan

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

IKLAN