Manfaat kulit bawang putih…Biasanya, kulit bawang putih yang sudah dikupas akan terus dibuang, kan? Tapi, bagi pengusaha makanan yang berpantang, bahan ini sebenarnya merupakan ‘harta’ yang amat berharga!
Menurut Suhada Samsor, dia tak ragu untuk mengutipnya jika terjumpa, kerana kulit bawang putih yang sering dianggap remeh ini sebenarnya memiliki banyak manfaat. Selain kaya dengan nilai organik yang luar biasa, kulit bawang putih juga membantu dalam menyahkan ‘benda halus’ yang tidak kelihatan dengan mata kasar.
‘Rahsia’ kulit bawang putih bakar waktu senja
Manfaat ‘rahsia’ kulit bawang ini dinyatakan oleh Suhada dalam satu perkongsian beliau yang tular di media sosial.
“Ramai orang anggap sampah. Tapi bagi saya harta yang tiada nilai. Kalau saya jumpa di mana-mana, saya kutip. Apa saja sisa dari tumbuh-tumbuhan, ia ada nilai organik yang luar biasa.
Ads
“Yang ini saya kutip dari seorang pengusaha makanan perempuan berpantang. Beliau jual bawang putih goreng. Kulit-kulit bawang putih yang nak dibuang, saya mintak.
“Balik rumah, saya akan bakar. Terutama ketika remang-remang nak masuk senja. Hidupkan api, saya biar saja. Khasiatnya ada tiga;
1. Berkesan untuk halau nyamuk.
2. Bagus untuk halau benda-benda mistik yang tak kasap di mata. Kalau dalam rumah ada bayi, bagus bakar kulit bawang putih.
3. Hasil bakar tadi saya letak di perdu-perdu pokok untuk dibuat baja. Semut dan binatang kecil yang suka makan akar pokok tak berkenan. Sebab bahan ini ada sensasi bau bawang putih yang kuat.
Ads
Sambungnya alam ini kaya dengan bahan-bahan yang kita fikir layak nya menjadi sampah, tapi sebenarnya ia kaya dengan khasiat dan kegunaan.
“Bau asap kulit bawang putih ini, juga wangi, terasa macam nak makan. Harum dan lemak,”katanya yang turut mengutip kulit bawang rose.
INFO: Kulit bawang putih ini juga boleh direndam dan buat air siraman pokok sayur atau buah supaya subur dan berbuah lebat.
Bila sebut sahajaperia, pasti terbayang di mata anda sayur pahit yang biasa dinikmati oleh orang-orang yang ada masalah darah tinggi. Ia mudah didapati dan harganya tidak mahal. Walaupun begitu, nilai khasiat serta manfaatnya terhadap kesihatan sangatlah banyak.
Antara kebaikan Peria Katak adalah:
KHASIAT PERIA KATAK
1. Merawat darah tidak sihat seperti darah bertoksin. Caranya ialah dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.
2. Penyakit taun– Jika menghidapi taun yang diperingkat awal, ia boleh cuba dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.
3. Penyakit kencing manis– Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
4. Penambah tenaga – Bagi anda yang selalu rasa badan lesu-lesu, boleh cuba amalkan jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina. Malah ia juga boleh dicuba untuk mengurangkan masalah tidur yang tidak lena.
foto: http://www.thehealthsite.com
5. Membaiki masalah mata– Kandungan beta-karotene yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan serta menjaga mata.
6. Membersih dan memperbaiki masalah hati(hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan dan dikatakan dapat mengatasi masalah jaundice.
7. Pengambila peria juga dikatakan boleh meningkatkan sistem imun serta daya ketahanan badan terhadap melawan jangkitan penyakit.
8. Selain itu, peria juga dikatakan dan merawat masalah buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi.
9. Amalan meminum jus peria katak juga dikatakan dapat mengurangkan psoriasis ( Penyakit yang dikatakan berkaitan dengan masalah sistem imun yang berhubung rapat dengan sel badan di mana pertumbuhan sel kulit berlaku pada kadar abnormal yang luar biasa sehingga terkumpul dengan pantas di atas kulit) dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan dan lain-lain.
Psoriasis. foto: medicalnewstoday.com
10. Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dikatakan dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.
PERHATIAN:Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.
Sayur salad ini nama asalnya Lettuce-Loose leaf, dikenali sebagai salad nasi ayam kerana selalu digunakan untuk hidangan nasi ayam. Salad ini berguna sangat bila kita tak berapa rajin nak goreng sayur. Boleh ambil dan makan begitu saja.
Sebab itu elok sangat kalau kita tanam sendiri di rumah, senang bila nak makan petik saja daunnya.
Tip jika supaya dapat makan daun salad yang segar, bila pokok sudah matang petik daun dari bawah. Jangan cantas terus pangkalnya. Petik daun ikut kuantiti yang diperlukan untuk makan. Cara ini lagi lama pokok salad bertahan.
Nak cuba tanam? Boleh jadikan perkongsian dari Ena Mi Za sebagai panduan.
Tip tanam salad nasi ayam (Lettuce-Loose leaf)
1. Boleh terus semai biji benih dalam pasu atau polibeg tapi tak perlu guna banyak tanah.
2. Jika pasu agak besar boleh tanam dua pokok. Saiz polibeg ini 15X18 @ 16X16.
3. Bila dah bercambah, kena rajin timbus tanah pada pangkalnya, pastikan benih tak ditimpa hujan dan elak kena cahaya mahatari secara terus.
4. Bila sudah keluar batang, timbus tanah sampai tutup batang.
5. Batang pokok salad ini boleh tinggi sampai satu kaki jika ditanam dalam pasu/polibeg besar.
6. Untuk makan sendiri, petik sehelai-helai dari bawah ikut kuantiti yang diperlukan. Tambah lagi tanah bila perlu.
Ramai yang suka kulit ayam yang digoreng rangup. Tapi ramai terpaksa menutup mata kerana risau akan kandungan lemaknya. Tapi korang tahu tak? Sebenarnya kulit ayam sangat sedap sebagai kudapan ringan yang rangup. Nak tau macam mana cara membuatnya, korang ikut je cara ini:-
ASINGKAN LEMAK DARI KULIT AYAM
Untuk mendapatkan kulit ayam yang rangup, korang perlu buang semua lemak yang ada pada kulit ayam. Malah lemak ini juga punca kulit ayam tidak menjadi rangup, dengan membuang lemak ia juga boleh mencegah kulit ayam dari berbau tengik.Salah satu cara mudah membuang lemak adalah dengan mengukus kulit ayam sekejap supaya lemak keluar, kemudian baru digaul dengan perencah sebelum sedia digoreng.
REDAM DENGAN AIR KAPUR:
Merendam kulit ayam dengan air kapur juga boleh menjadikan kulit ayam lebih rangup selepas digoreng. Apa yang korang perlu lakukan, larutkan air kapur dalam air kemudian tunggu hingga kapur mendap. Ambil airnya dan rendam kulit ayam lebih kurang satu jam, baru bilas di bawah air mengalir hingga bersih.
PERASAKAN DENGAN LADA SULAH DAN GARAM:
Sebenarnya tanpa perencah, kulit ayam yang digoreng tetap sedap, tetapi dengan tambahan sedikit lada sulah dan garam saja pun sudah cukup, tapi untuk lebih sedap boleh tambahkan serbuk bawang putih. Atau korang boleh saja gunakan tepung perencang segera yang ada dijual di pasaran sekarang.
CELUP DALAM PUTIH TELUR:
Setelah kulit ayam digaul dengan perencah, celupkannya kulit ayam dalam putih telur yang telah dikacau. Kemudian letakkan dalam pinggan atau dulang, kalau kulit ayam banyak buat sikit-sikit, tujuannya supaya putih telur hanya sekadar melapisi kulit ayam sahaja.
LAPISI DENGAN TEPUNG BERAS:
Selepas semua kulit ayam dilapisi dengan putih telur, ia perlu dilapisi pula dengan tepung beras, tujuannya supaya kerangupannya tahan lebih lama. Oleh itu taburkan atau ayak tepung beras di atas kulit telur, pastikan tepung sekadar melapisi kulit ayam sahaja, tidak berketul atau terlalu banyak.
GORENG MENGGUNAKAN MINYAK BANYAK:
Adalah penting korang pastikan minyak untuk menggoreng banyak, supaya kulit yang digoreng terendam dalam minyak yang betul-betul panas. Dengan minyak banyak dan menggunakan kepanasan tinggi ia mencegah kulit ayam dari hangus dan membantu masak sekata, tidak berminyak dan rangup dengan sempurna. Sentiasa balik-balikkannya sehingga kulit ayam bertukar warna kuning keemasan.
Macam mana? Rasa tak sabar nak buatkan. Kalau ikut cara ini pasti kulit ayam yang korang goreng akan menjadi rangup, sedap dan paling penting tidak berlemak. Jadi korang makan tanpa rasa bersalah dek kerana lemak yang menempel pada kulit ayam ye…
Cara simpan cili padi ini sesuai untuk yang selalu beli tapi akhirnya terbiar lembik dan busuk dalam peti ais.Kaedah menyimpan cili padi perkongsian Mazeline...