Kuih Warisan Asli Terengganu, Kuih Ropa Inti Ikan Paling Digemari

Share

Bagi yang tidak mengenali kuih ropa, kuih ini sebenarnya berasal dari Terengganu. Paling sedap adalah inti ikan. Kuih ini juga dikenali sebagai kuih lipat.

Sedap dinikmati ketika minum petang, kuih ropa ini nampak sahaja seperti popia tetapi cara menghasilkannya sama seperti membuat kuih ketayap. Dinamakannya sebagai kuih lipat kerana pembuatannya iaitu melipat kulit kuih tetapi lipat secara meleperkannya, bukan lipat membulat seperti popia.

Kali ini kita buat kuih ropa inti kentang bersama sardin versi tak pedas. Jadi, anak-anak kecil pun boleh menikmatinya. Ikuti perkongsian resipi daripada Pn Habsah Ngah ini.

BAHAN-BAHAN:

(INTI)

1 biji bawang besar (dihiris halus)

4 ulas bawang putih (dihiris halus)

Sedikit daun kari

½ cawan rempah kari (dicampur ¾ cawan air) – Boleh beli online di sini

Air asam jawa – Boleh beli online di sini

Garam

1 tin kecil sardin – Boleh beli online di sini

6 biji kentang (dipotong dadu)

(KULIT)

3 cawan tepung gandum – Boleh beli online di sini

1 biji telur

2 sudu besar minyak masak

4 cawan air

Sedikit garam – Boleh beli online di sini

1 sudu besar tepung ubi (untuk rangupkan kulit) – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Tumiskan bawang besar, bawang putih, dan daun kari sehingga naik bau.

Gaul sebati rempah kari dengan air. Masukkan rempah kari tersebut ke dalam bahan tumisan tadi. Kacau rata.

Tambahkan sedikit air asam jawa dan garam secukup rasa. Tumiskan sehingga pecah minyak.

Setelah itu, masukkan pula sardin dan hancurkan isinya. Tak letak pun tak mengapa. Ikut pada cita rasa masing-masing.

Masukkan pula kentang yang telah dipotong dadu. Tambahkan air paras cukup untuk tenggelamkan kentang sahaja.

Ketika proses ini, perlu selalu kacau. Masak sehingga kering dan dah siap.

Manakala untuk kulitnya pula, satukan semua bahan iaitu tepung gandum, telur, minyak masak, air, garam dan tepung ubi.

*(Jika tiada tepung ubi pun tak apa. Tepung ubi ini fungsinya untuk merangupkan kulit bila digoreng nanti. Kerangupannya kekal lebih lama.)

Boleh kisar guna pengisar atau guna whisk. Tapiskan supaya tidak berketul-ketul. Adunan sederhana, tak pekat sangat atau cair sangat.

Panaskan kuali. Tak perlu sapu minyak kerana di dalam adunan telah diletakkan minyak.

Gorengkan bancuhan tepung tadi seperti buat roti jala. Kenipisannya pun lebih kurang juga.

Kemudian, letakkan sesudu inti dan gulungkan.

Gulungkan bentuk bantal, dileperkan. Bukan bulat seperti popia. Boleh rujuk gambar.

Setelah siap semua digulung, boleh mula menggoreng. Buka api sederhana sahaja. Rajin terbalikkan agar masak rata.

Bila kuih dah nampak garing, bolehlah angkat dan toskan.

Dah siap. Jika nak buat frozen pun boleh. Cara simpan macam karipap frozen juga.

Kredit: Pn Habsah Ngah

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN