Kuih muih tradisi menjadi kesukaan dan puas jika dapat nikmatinya. Kuih ulat bulu mempunyai persamaan dengan buah melaka. Bezanya cuma pada inti dan bentuk. Jika buah Melaka berintikan gula Melaka atau gula merah tetapi kuih ulat bulu diletakkan kacang merah di dalamnya. Warnanya juga pelbagai terpulang pada individu mengikut citarasa.
Kuih Ulat Bulu
Bahan-bahan: 3 cawan tepung pulut -BELI ONLINE DI SINI 2 sudu besar tepung gandum BELI ONLINE DI SINI 1 cawan air Sedikit air kapur Secubit garam Kelapa parut Pewarna ikut suka Inti kacang hijau
Bahan inti. Sedikit kacang hijau Gula melaka Gula Garam Daun pandan Sedikit santan
Cara buat inti
1.Rebus kacang hijau bersama daun pandan.Rebus hingga empuk. 2.Bila sudah kering air, masukkan sedikit santan, gula, gula melaka dan garam. 3.Rasakan manis masinnya ikut selera sendiri. 4.Bila dah hampir kering bolehlah diangkat. keluarkan semua daun pandan dan kisar kacang hijau tadi sehingga hampir hancur 5.Sejukkan dahulu.
Cara membuat ulat bulu: 1.Satukan tepung pulut, tepung gandum, garam dan air kapur.. gaul semua sehingga sebati 2.Jika inginkan yang warna warni buat asing-asing dan letakkan sedikit pewarna. 3.Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Agak-agak ye tak lembik dan tak keras..sama lebih kurang doh untuk buat buah melaka. 4.Ambil sedikit doh dan leperkan atas tapak tangan dan letak inti kacang hijau 5.Kemudian tutup doh dan gentel bujur -ulang semua sampai habis. 6.Panaskan air sampai mendidih kemudian masukkan doh ulat bulu dan biarkan sampai ianya timbul 7.Apabila sudah timbul angkat toskan air skjp masukkan dalam kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam..Golek-golekkan biar kelapa tu melekat rata 8.Siap untuk dimakan
Ads
*jika suka boleh goreng sedikit beras pulut taburkan atas kuih ulat bulu masa hidang
selamat mencuba 😊
kredit : Faezan Afza & Ida Hanie
Ads
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini
Kuih muihMelayu memang enak dimakan bila-bila masa. Sebagai pencuci mulut, kudapan petang mahu pun sarapan pagi memang terbaiklah.
Ni min kongsikan resipi kuih bingka ubi kelapa ceri, kuih bakar kacang hijau, apom betawi dan tiga lagi sajian kuih istimewa dengan sedikit olahan baru. Lapang-lapang nanti bolehlah buat.
1. BINGKA UBI KELAPA CERI
BAHAN-BAHAN:
4 cawan ubi kayu | parut
2 cawan santan
1 cawan gula
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan kelapa parut | yang putih saja
1/2 cawan buah ceri
Sedikit mentega
CARA MEMASAK: 1. Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga gula larut dan sebati. Bakar dalam loyang 8 inci x 8 inci empat segi yang telah dioles dgn sedikit mentega 2. Bakar pada suhu 200C selama 1 – 1 jam 30 minit atau sehingga garing permukaan atas. 3. Biar betul-betul sejuk baru dipotong.
Info chef: Buah ceri boleh dibeli di kedai bakeri dan bukan yang segar. Saiz hidangan : 6-8 orang Waktu memasak: 2 jam 30 minit Jenis hidangan : Kuih muih Keistimewaan : Rasa lemak santan dan ubi yang sedap Cara memasak : Bakar
2. KUIH BAKAR KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
2 cawan kacang hijau yg telah direbus | simpan sedikit untuk hiasan
1 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sudu makan minyak sapi
3 biji telur
Secubit garam
Beberapa titik pewarna hijau
CARA MEMASAK: 1. Satukan kesemua bahan bersama satu cawan kacang hijau dan kisar sampai sebati. Minyak sapi gunakan satu sudu sahaja. 2. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga sedikit pekat dan sentiasalah kacau guna ‘whisk’. Guna api sederhana. 3. Masukkan satu cawan kacang hijau yang tidak dikisar tadi dan gaul rata. 4. Masukkan satu sudu makan minyak ke dalam loyang dan oleskan rata. 5. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi. 6. Taburkan sedikit kacang hijau yg telah direbus tadi dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam atau sehingga garing. Guna api atas dan bawah.
Info chef: Boleh gunakan santan kotak.
Saiz hidangan : 6-8 orang Waktu memasak: 1 jam 30 minit Jenis hidangan : Kuih muih Keistimewaan : Rasa kacang hijau yang sedap Cara memasak : Bakar
3. APOM BETAWI
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur
1 ¼ cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh ovalette
Sedikit esen vanila
Pewarna kuning dan pink secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Pukul telur bersama gula, esen vanila dan ovelatte sehingga kembang 2. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata. 3. Bahagikan kepada tiga bahagian. Satu bahagian dengan warna pink, satu bahagian warna kuning dan satu bahagian tidak diwarnakan. 4. Oles loyang dengan minyak dan masukkan adunan secara berselang seli hingga selesai. Kukus selama 45 minit hingga 1 jam.
Info chef: Gunakan loyang bersaiz 7 x 7 inci. Saiz hidangan : 6-8 orang Waktu memasak: 2 jam 30 minit Jenis hidangan : Manisan tradisional Keistimewaan : Rasa lemak santan, manis dan gebu Cara memasak : Kukus
4. LEMPENG PISANG JEM STRAWBERI & PISANG
BAHAN-BAHAN:
3 biji pisang masak ranum
Tepung gandum secukupnya
Gula secukup rasa
Secubit garam
Jem strawberi secukupnya
Hirisan pisang secukupnya
Sedikit minyak sayur
CARA MEMASAK: 1. Dalam mangkuk, lenyekkan pisang, masukkkan gula dan garam, sebatikan. Masukkan tepung gandum, jangan banyak sangat kerana nanti keras. Biar lembik sedikit bancuhannya. 2. Panaskan kuali ‘non stick’, sapukan sedikit minyak sayur dan sendukkan adunan ke dalam kuali kemudian leperkan biar jadi bulat nipis. Sendukkan sesudu jem strawberi dan susun hirisan pisang di atasnya. 3. Masak selama 3-4 minit dengan api perlahan sehingga perang. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai. 4. Sedia dinikmati.
Info chef: Gunakan kuali ‘non stick’ bersaiz kecil untuk lebih memudahkan.
Saiz hidangan : 3-4 orang Waktu memasak: 35 minit Jenis hidangan : Lauk pauk Keistimewaan : Rasa lemak santan dan agak pedas Cara memasak : Tumis dan reneh
5. PUTERI AYU BANDUNG KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
250gm tepung gandum
300gm gula
2 sudu teh ovallate
1 sudu teh baking powder
250ml santan
Pewarna pink secukupnya
2 sudu teh kordial air sirap
Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
Kacang merah secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan kukusan. 2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu. 3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, Kordial air sirap, kacang merah dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati. 4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan. 5. Masukkan adunan yang telah dimasak tadi dan kukus selama lebih kurang 5 minit. 6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan. Sedia dinikmati.
Info chef: Letakkan sedikit kelapa dan kacang merah untuk lebih menarik. Saiz hidangan : 3-4 orang Waktu memasak: 35 minit Jenis hidangan : Lauk pauk Keistimewaan : Rasa lemak santan dan agak pedas Cara memasak : Tumis dan reneh
INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA, JOM SEMAK DI SINI.
Kuih Cara Berlauk Anti Gagal. Kuih ini antara kegemaran ramai yang boleh dijadikan hidangan ketika sarapan atau juga minum petang. Guna sahaja acuan yang ada di rumah dan letak inti banyak-banyak baru puas makan sendiri.
Menu macam ni nak masak dan bagi jiran atau saudara pun memang sesuai. Norzurah Samudinberkongsi resipi kuih cara berlauk anti gagal yang mudah anda nak buat. Selamat mencuba.
Resipi cekodok pisang rangup luar dan lembut di dalam ini ada rahsianya. Nak tahu? Dengan menambah marjerin di dalam adunan. Pernah cuba?
Semestinya ramai suka cekodok pisang. Tak kira untuk sarapan, minum petang atau untuk dimakan waktu malam saat lepak bersama keluarga. Cukup mudah nak membuatnya. Tapi, kadangkala cekodok liat.
Ha..Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Cik Pooja ni ye. Terasa perbezaannya. Tak percaya, cuba sendiri.
Resipi Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam
Bahan-bahan:
5 biji pisang saiz besar atau 8-10 biji size kecil
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!