Kuih Tradisoanal Lepat Liat Resipi Dari Utara

Share

Lepat liat atau lepat manis adalah kuih tradisonal dari negeri belah utara Malaysia. Tekstur kuih yang liat dan rasa manis lemak yang sedap.

KUIH LEPAT LIAT

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung pulut
  • Daun pisang
  • Minyak masak

BAHAN INTI:

  • Kelapa parut
  • Secubit garam

BAHAN MASAK:

  • 1 cawan gula merah
  • 3/4 cawan santan+1/4 cawan air (Jadikan 1 cawan)
  • 2 sudu gula
  • 1/4 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

1. Masukkan semua bahan masak dalam periuk dan biar sampai mendidih.

2. Bila air gula sudah masak tapis dan biarkan sejuk.

3. Selepas sejuk masukkan ke dalam bekas tepung pulut. Kacau rata dan sebati. Adunan memang akan lembik.

 

4. Ambil daun pisang sapu minyak letak adunan, ratakan.

 

5. Sapukan sedikit minyak dijari tekan adunan. Letakkan inti ditengah dan balut kemas.

 

6. Akhir sekali kukus selama 20 minit.

KREDIT GAMBAR & RESIPI: Lina Sahedin

IKLAN