Kuih Tiram Krup Krup Rangup Confirm Tak Cukup Satu

Share

Mulut terasa nak mengunyah makanan. Dapat kuih tiram memang ralit makan, ditemani secawan kopi memang feeling habis. Ada yang panggil kuih tiram tapi orang Perlis menggelarnya kuih kertas.  Jom kita buat ikut resipi yang dikongsi ni.

Kuih Tiram

Bahan-bahan

  • 1/2 kg tepung gandum -Beli online DI SINI
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • Air secukupnya

Untuk ibunya

  • Tepung ubi kayu – Beli online DI SINI
  • Minyak masak ( dicampur keduanya dan gaul jadi pes)

Cara memasak:
1. Gaul tepung gandum, telur ayam dan garam hingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Masukkan tepung ubi kayu yang dicampur minyak tadi dan gaul sebati menjadi  seperti doh roti canai.
3. Biarkan sekejap (proses pengembangan)


4. Ambil sebesar penumbuk dan canai nipis.Letakkan campuran ubi kayu di atasnya dan gulungkan
5. Potong kecil kecil dan canai semula sedikit

6. Goreng di atas api yang sederhana
7. Di akhirnya taburkan gula halus.

Resipi dan gambar: Sall Salleh

Nak dapatkan pelbagai peralatan memasak elektrik di Shopee?  Jom klik sini

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN