Kuih Talam Keledek, Sesedap Rasanya Secantik Kejadiannya

Share

Antara banyak kuih talam, pernah cuba Talam Keledek? Warnanya saja sudah cukup menawan, apatah lagi rasanya.

Bagi penggemar kuih talam, rugi kalau tak mencuba Talam Keledek ini. Ada rasa ketulan keledek di dalamnya membuatkan kuih ini bertambah sedap.

Menurut pemilik asal resipi kuih ini, Mizah Ngatiman, asal tercipta resipi ini apabila melihat ada ubi keledek yang masih berbaki di rumahnya. Resipi asal talam keladi telah diubah menjadi talam keledek. Rasanya sedap berlemak dan kurang manis. Memang sesuai dijadikan hidangan minum petang bersama secawan kopi panas. Jom kita buat.

KUIH TALAM KELEDEK

BAHAN-BAHAN:

(LAPISAN BAWAH)

1 cawan keledek (siap didadu)

1 + ½ cawan tepung gandum – Boleh beli online di sini

3 cawan santan – Boleh beli online di sini

Secubit garam halus

**Kisarkan semua (kecuali keledek)

(LAPISAN ATAS)

3 cawan santan

1 + ½ cawan tepung gandum

½ cawan gula pasir – Boleh beli online di sini

2 sudu besar tepung jagung – Boleh beli online di sini

Pewarna oren secukupnya

**Kisarkan kesemua bahan di atas.

CARA MEMASAK:

Kisarkan semua bahan lapisan bawah.

Kukus keledek yang dipotong dadu hingga lembut.

Kemudian, campurkan keledek dengan adunan tepung siap kisar tadi.

Lapik loyang 7 inci dengan plastik dan digris dengan minyak. Boleh mula dikukus selama 25 minit.

Kemudian, kisarkan semua bahan lapisan atas.

Selepas 25 minit, keluarkan loyang. Carik-carik dengan garpu permukaan kuih.

Terus masukkan adunan lapisan atas tadi. Kukus lagi 25 minit hingga masak.

Tutup api dan sejukkan.

Selepas sejuk, bolehlah dipotong. Guna pisau plastik yang disapu minyak.

Siap. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Kredit: Mizah Ngatiman

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN