Kuih Siput Lejen, Rangup Dan Pedas

Share

Sesekali mengembalikan nostalgia lama apa salahnya. Nak balik kampung pun entah bila. Jadi nak ubat kerinduan , jom kita buat kuih lejen ni. Sambil menggentel, boleh buat senaman tangan juga. Kalau suka pedas boleh tambah cili kering dalam adunan. Buat kuih siput ni elok ramai-ramai barulah tak mengantuk.


Bahan-bahan:
1 ½kg tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
6 sudu penuh marjerin-BELI ONLINE DI SINI
1 senduk sederhana minyak panas
6 sudu tepung serbaguna spicy bestari(kalau nak pedas boleh tambah cili kering)
*1 biji atau lebih bawang besar
*sedikit ikan bilis
*daun kari
Air untuk bancuhan
Sedikit garam, perasa dan daun kari untuk goreng

Cara membuat:

1.Kisar bahan * gaul tepung dengan tepung serbaguna, marjerin, garam, perasa dan bahan kisar.
2.Gaul rata dan tuang minyak panas.

3.Kacau dengan sudu kemudian uli macam kulit karipap. Jangan terlalu keras nanti susah nak gentel.

 


4.Dah siap bolehlah menggentel ,kemudian goreng.



5.Dah hampir garing bolehlah masukkan daun kari. Siap
Kredit: Normy Armila

IKLAN