Kuih Siput Kari, Ini Cara Buat Bila Gulung Tak Mudah Patah

Share

Kuih siput kari ini memang ramai peminat. Bukan sahaja pada Hari Raya, malah hari biasa pun ‘laku keras’. 

Nak buat kuih ini agak makan masa. Kadang tu hampir lima jam nak menggentel dan menggulung. Tapi, bila makan sekejap je boleh habis satu balang. 

Ikuti perkongsian Puan Asmida Nor cara membuat kuih siput kari yang mudah dan rangup. Jom kita buat.

Bahan-bahan:

1 kg tepung gandum – Boleh beli online di sini

1 cawan @ 250g marjerin – Boleh beli online di sini

1/2 cawan gula kastor

3 sudu besar @ 25g serbuk kari ayam / daging – Boleh beli online di sini

200ml santan kotak – Boleh beli online di sini

1 sudu kecil garam

1 biji telur gred C

Cara memasak:

Satukan kesemua bahan.

Gaul sehingga sebati jadi macam ni.

Tambah sedikit air seju

k untuk mendapatkan doh yang sesuai. (Boleh guna air daripada peti sejuk atau mesin penapis air.) Gaul sehingga jadi doh.

Beginilah doh yang dah siap. Tak lembik, tak keras. Kalau lembik, boleh tambah tepung. Kalau keras, tambah air sejuk.

Kalau nak tahu dah okey atau tak, bulatkan macam ni kecil-kecil.

Kemudian, terap atas acuan siput.

Dah boleh gulung. Bila kita gulung tak patah atau tak melekat pada acuan, itu kira ‘perfect’ dah doh kita. 

Macam ni lah rupa yang dah siap digentel. 

Goreng dengan minyak yang yang banyak dan cukup panas. Guna api sederhana. Bila nampak kuih macam  dah keras sikit, barulah tabur daun kari. Goreng lagi sampai masak.

Dah siap kuih siput kari!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA

 

IKLAN