Kuih Sagu, Bangkit Selera Mengudap Kala Santai

Share

Kuih sagu adalah salah satu kuih yang sedap dijadikan sajian ketika santai. Dinikmati bersama minuman panas kegemaran seperti kopi o atau teh o.

Kuih sagu selalu juga dihidangkan selepas majlis kecil di sekitar kawasan desa. Misalnya ketika kelas mengaji bagi individu dewasa. Ini kerana, kuih sagu mudah disediakan namun cita rasanya samat menarik untuk dimakan bersama teman seperjuangan.

Jom kita lihat resipinya.

KUIH SAGU BERSALUT KELAPA PARUT

BAHAN A
1 1/2 cawan sagu
2 cawan air
3/4 cawan gula
1 sudu kecil sirap ros

BAHAN B
kelapa parut secukupnya
sedikit garam

CARA MEMBUAT


1. Basuh sagu dan toskan.
2. Dalam bekas, satukan sagu bersama BAHAN A yang lain. Kacau sebati.


3. Rehatkan adunan selama 30 minit.
4. Sementara itu panaskan periuk kukusan.
5. Oleskan acuan loyang dengan sedikit minyak masak.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan.


7. Susunkan di dalam periuk pengukus.


8. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
9. Sejukkan sebelum dikeluarkan daripada acuan.
10. Golekkan kuih ke atas BAHAN B dan susunkan di atas pinggan.

Selamat mencuba!

Sumber: Farisha Sofea

Terima kasih kerana berkongsi resipi di Rasa Share Resipi

IKLAN