Kuih Peneram Ibu Mertuaku. Resipi Mudah Hanya Guna 3 Bahan!

Share

Kuih Peneram memang antara kuih tradisi yang jadi kegemaran ramai. Ada yang suka makan garing-garing, ada yang suka makan Kuih Peneram yang lembut. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri kuih ni, saudari Nor Hayani Ismail ada kongsikan resipi dari ibu mertuanya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA BUAT KUIH PENERAM YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan tepung beras (cap bunga)
  • 2 cawan gula merah
  • 1 cawan air

CARA MEMASAK:

1. Masak gula merah dan air hingga larut. Tapis dan biarkan suam.

2. Bila air gula suam, gaulkan dengan tepung beras. Adun sebati.

3. Biar adunan selama beberapa jam supaya tepung kembang.

4. Gaul lagi adunan dan jika adunan keras, tambah air sehingga menjadi lembut .

5. Leperkan adunan dan terap menggunakan acuan. Boleh juga bentuk menggunakan tangan.

6. Panaskan minyak masak dengan banyak dan goreng adunan Kuih Peneram tadi.

7. Angkat, toskan minyak dan boleh dinikmati.

PESAN IBU MERTUA: Jika sekali buat dan tak menjadi, usah kecewa. Cuba lagi 2-3 kali. Insyaallah hasilnya akan lebih baik.

 

Kredit resipi & foto: Nor Hayani Ismail

 

Dapatkan MICROWAVE pelbagai jenama dengan harga mampu milik DISINI.

 

Cuba pelbagai resipi menarik dari laman web kami www.rasa.my

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN