Kuih Orang Lama, Tepung Pasung @ Serunai, Ini Cara Membuatnya

Share

Kuih tepung pasung atau kuih serunai ini, popular di bahagian negeri Pantai Timur.

Diperbuat daripada tepung beras dan mempunyai inti, ia diletakkan dalam acuan berbentuk kon yang dibuat dari daun pisang.

Kuih ini sesuai dimakan waktu pagi atau waktu petang. Melalui perkongsian daripada Tahrunnisah Jali ini, dia kongsikan resipi dan cara buat kuih ini.

KUIH TEPUNG PASUNG/KUIH SERUNAI

Mula-mula, kena buat kelongsong dia. Saiz 14cmX14cm, layurkan daun pisang dulu atas api dan ikut step by step.

BAHAN BAHAGIAN BAWAH:

2 sudu besar gula*
1 ½ ketul nisey atau kalau tak ada, boleh guna gula melaka*
1 2/3 cawan air (350ml-400ml)*
1 helai daun pandan disimpul*
40gm tepung beras
20gm tepung ubi
1 sudu kecil air kapur

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA-CARA:

1. Bahan bertanda * dididihkan dan ditapis. Kemudian, dibiarkan sejuk.
2. Campurkan ke dalam adunan air gula, tepung beras, tepung ubi dan air kapur. Kacau sebati.


3. Panaskan periuk yang mengandungi adunan di atas dan kacau hingga keluar wap dan sedikit kental. Tutup api.

BAHAN BAHAGIAN ATAS:

1 ½ cawan santan pekat
2 ½ sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil garam (anggaran)
1 sudu kecil gula

CARA MEMBUAT:

1. Campur kesemua bahan di atas dan didihkan atas api kacau sehingga sedikit kental.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


2. Dah siap dua bahan ni, panaskan kukusan. Kelongsong daun pisang tadi dimasukkan dalam lubang-lubang kukusan.


3. Masukkan adunan bawah 3/4 penuh. Kukus dalam 7 minit atau hingga ia masak. Masukkan pula bahagian atas dan kukus dalam 12-15 minit.

Kredit resipi & foto: Tahrunnisah Jali

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN