Kuih Lidah Buaya @ Tiram, Resipi Rangup DiMakan

Share

Kuih lidah buaya atau terkenal juga dengan nama kuih tiram memang garing dan rangup. Kuih bersira gula ni memang seronok untuk dikenyang. Boleh jadi kudapan dan kerepek enak bila-bila masa pun.

Ni resipi yang dikongsikan oleh Nazir Abd Aziz, resipi kuih lidah buaya @ tiram  mudah dan yang paling penting bila makan krap krup bunyinya. Simpan dalam bekas kedap udara, boleh lah tahan lama sedikit kan.

KUIH TIRAM


BAHAN-BAHAN

  • 1kg tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 cawan marjerin(mentega)@ minyak masak
  • 1sudu teh garam
  • 1/2 cawan tepung ubi kayu
  • 1/2 cawan minyak untuk dicampur bersama tepung ubi kayu
  • 1 1/2 cawan gula dikisar menggunakan blender kering supaya betul-betul halus.

CARA MEMASAK :
1. Cairkan marjerin masukkan dalam bekas loyang, kemudian gaul dengan tepung gandum hingga sebati.
2. Selepas itu masukkan air yang telah dicampur dengan garam ke dalam tepung tadi kemudian uri hingga menjadi doh.
3. Sekiranya doh masih lagi keras tambahkan sedikit air
4. Bila doh dah sebati ambil sedikit demi sedikit kemudian canai hingga nipis, nipisnya lebih kurang macam buat karipap mini , jangan terlalu tebal nanti tak rangup.


5. Lepas tu doh yang telah dicanai nipis tadi disapukan tepung ubi kayu yang telah dicampur bersama minyak masak keatasnya sehingga rata(tepung ubi kayu tadi jangan terlalu pekat sangat,,sekiranya pekat tambah minyak masak sedikit kacau sehingga cair supaya senang untuk disapu atas doh tadi.

6. Bila dah siap sapu tepung ubi kayu tu kemudian gulung doh tadi dan bolehlah dipotong kecil-kecil menggunakan gunting atau pisau.


.

7. Canai sekali lagi doh yang telah dipotong kecil satu persatu dgn perlahan saja,sekali canai cukuplah tak perlu byk kali.


8. Goreng dgn api sederhana, angkat dan sejukkan.


.


9. Bila kuih dah betul betul sejuk, barulah dilumurkn dengan gula halus tadi.


.

Perkongsian : Nazir Abd Aziz

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

DAN JUGA VIDEO INI :

 

IKLAN