Karipap pun sedap dibuat hidangan waktu berbuka puasa, kan? Selalu kita makan karipap berintikan kentang, sayur atau sardin. Ada juga yang buat karipap inti ayam atau daging. Karipap adalah kuih yang sedap dimakan ketika sarapan atau minum petang. Karipap yang sedap bukan saja sedap pada intinya tapi juga dohnya. Lagi-lagi kalau karipap fusion yang diletakkan keju di dalamnya. RASA kongsikan resipi karipada daripada seorang rakan facebook Olie Norliy. Istimewanya karipap ini sebab tetap sedap walaupun sudah disejukbekukan.
.
BAHAN-BAHAN (UNTUK 10 KETUL KARIPAP)
BAHAN INTI
Minyak masak
3 biji kentang (potong dadu)
5 ulas bawang putih (potong dadu)
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 biji tomato (potong dadu)
Daging kisar secukupnya
1 peket keju
1 sudu kecil oregano
2 sudu besar sos tomato
Garam secukup rasa
CARA MASAK INTI
1. Goreng kentang sampai masak. Ketepikan.
2. Bawang putih dan bawang besar ditumis sehingga naik bau. Masukkan tomato. Tumis lagi.
3. Masukkan daging kisar. Kacau sehingga betul-betul masak.
4. Masukkan keju, oregano, sos tomato dan garam. Kacau lagi.
5. Setelah masak, tutup api dan biarkan sejuk.
BAHAN DOH
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar marjerin atau mentega
1 kg tepung gandum
200 ml air sejuk
1 sudu kecil garam
.
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan masukkan marjerin atau mentega ke dalam kuali sehingga betul-betul panas.
2. Tuang tepung gandum ke dalam bekas. Masukkan minyak panas tadi ke dalam tepung dan gaul.
3. Setelah adunan rata, masukkan air sejuk yang sudah dibancuh dengan garam. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga dok tidak melekat di tangan dan bekas.
4. Biarkan setengah jam baru boleh mula buat karipap.
CARA PENYEDIAAN
1. Ambil sedikit doh dan buat bentul bulat. Leperkan.
2. Letakkan sesudu besar inti.
3. Kelimkan tepi karipap.
4. Panaskan minyak masak dan goreng karipap sehingga kekuningan.
5. Angkat dan sedia dihidang.
Kalau anda penggemar kuih talam, apa kata hujung minggu ni ada masa terluang anda boleh cuba buat Talam Pandan kerana ia antara kuih talam yang mudah disediakan. Sangat sesuai kepada yang baru nak mencuba buat kuih talam. Lagi pun ia sangat sedap dan tak remeh membuatnya. Tak percaya, anda boleh ikut resipi yang dikongsikan di bawah.
TALAM PANDAN BAHAN-BAHAN: LAPISAN PUTIH: 125gm tepung beras 50gm tepung ubi 25gm gula pasir 550ml santan | dari sebiji 1 kelapa 1sudu teh garam LAPISAN HIJAU: 250gm tepung beras 75gm tepung ubi 250gm gulapasir 1250ml air jus pandan Sedikit garam 1/2sudu teh air abu | optional
CARA MEMBUAT: 1. Siapkan loyang 20cm oles dengan sedikit minyak, ketepikan
2. Panaskan pengukus. 3. Sementara itu, campur bahan lapis putih, kacau rata, kemudian tapis dan ke tepikan (tidak perlu masak). 4. Campurkan bahan lapisan hijau, kacau rata, tapis. Masukkan dalam periuk, reneh atas api kecil sambil kacau hingga adunan pekat dan berkilat. 5. Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang, rata dan padatkan. Kemudian tuangkan adunan putih di atasnya (kacau dahulu sebelum tuang). 6. Kukus dengan api sederhana selama lebih kurang 45 minit atau sampai masak. 7. Buka penutup kukus biarkan kuih dalam kukus hingga hilang wapnya. 8. Keluarkan dan sejukkan. 9. Potong dengan pisau yang dialas dengan plastik atau boleh sapukan minyak pada pisau. 10. Kuih sedia dihidangkan.
@chingyu may
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ada kuih cara berintikan daging. Ada juga kuih cara yang manis. Ikut selera masing-masing.
Melalui facebook, Nur Iffah Abd Rashid berkongsi resipi kuih cara manis. Menariknya, resipi ini dibuat tanpa santan. Pun begitu, rasanya tetap sedap. Nak cuba buat kuih cara manis tanpa santan tapi tetap sedap dimakan? Jom ikut resipi ini.
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
1 cawan air
1/2 sudu kecil garam
2 biji telur ayam
Sedikit pewarna hijau (atau secawan air kisaran daun pandan)
CARA MEMBUAT
1. Kisar semua bahan sehingga halus dan gebu.
2. Sapu sedikit minyak masak di atas acuan. Masukkan adunan dalam acuan.
3. Bakar atas api.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)