Kuih Kaswi Versi Durian Guling, Lembut Bergetar Jiwa. Sedap Sangat!

Share

Musim durian belum lagi surut, malah bertambah-tambah gerai durian. Pada kamu yang gemar makan duria dan jenis-jenis kuih berasaskan durian boleh cuba resipi ni. Ikut lah nak panggil kaswi atau kuih durian guling sekalipun. Selamat mencuba!

RESIPI KASWI DURIAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepong gandum.
  • 1/2 cawan tepong ubi.
  • 1/2 cawan isi durian dan guna santan cair atau air.. Blend jadikan 1 cawan..
  • 1/2 cawan gula pasir dimasak guna 1 cawan air. + daun pandan.
  • 1 sudu teh air kapor..

CARA MEMASAK:

  1. Bila air gula dah suam, kisar semua..
  2. Saya guna acuan kecil je.. Sebab nak cepat masak. Guna loyang pun boleh.
  3. Kukus selama 20minit.. Guna loyang 40minit..

 

Kongsi resipi: Badariah Abdrahman

IKLAN