Kuih Karas Viral Guna Bihun Jer. Mudah Nak Buat!

Share

Kuih karas merupakan sejenis kuih tradisional yang asalnya diperbuat daripada tepung beras. Ia mempunyai bentuk seperti jaringan halus seperti bihun tetapi rangup dan rasanya manis. Tetapi untuk resipi viral ini bahan yang digunakan hanya menggunakan bihun sebagai pengganti tepung beras dan tak perlu dikirai. Amat mudah untuk di cuba!

RESIPI KUIH KARAS @ BIHUN SIRA

BAHAN-BAHAN:

  • Gula 1/2 cawan
  • Air 1/2 cawan
  • Pewarna jika suka
  • Bihun..saya guna separuh bungkus saja..
  • 1 cawan minyak masak(untk mengoreng kuih)

CARA MEMASAK:

  1. Masak air gula sampai gula larut
  2. Masukkan bihun(Cuci bihun dulu ye)..kacau sebati angkat dan toskan kan..
  3. Panaskan minyak, ambik sedikit bihun yang dah di sira gula kemudian goreng sehingga kembang

Terus masukkan dalam gelas plastik..tekan@hentakkan guna gelas..kena guna 2 gelas plastik..(ok faham ye😉)

Buat sampai habis sejuk kan..simpan dalam bekas kedap..selamat mencuba..

 

Kongsi resipi: Irhana Canella‎

IKLAN