Kuih Kacang Hijau Kembalikan Nostalgia Zaman Kecil Dulu

Share

Kuih muih melayu memang enak rasanya. Tambah pula dapat yang kena dengan citarasa. Bukan setakat satu nak rasa, boleh habis sepinggan. Nak dapat yang memenuhi citarasa memang sukar, ada saja kurangnya , mungkin rasa lemak manisnya tiada.

Kuih Kacang Hijau antara kuih yang mengembalikan nostalgia lama kita. Mungkin ada di antara kita terkenang ibu pernah membuatnya semasa kecil.

Mungkin juga ada yang membantu ibu menjual kuih ini di pasar sehari. Rindu akan kenangan dulu, tak salah kita cuba buat kuih kegemaran ramai ini.Boleh cuba buat ikut resepi yang dikongsikan ini. Resepi ini dapat hasilkan 20 biji kuih kacang hijau.

KUIH KACANG HIJAU

Bahan-bahan:

  • 250gm kacang hijau
  • 2 senduk kelapa parut
  • 3 senduk gula ikut manis yang kita suka

untuk salutan celup tepung:

  • 1 cawan tepung beras cap teratai
  • 1 sudu tepung jagung (optional)
  • 1 sudu air kapur.makan
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit kunyit

Cara membuat:

  1. Rendam kacang hijau 1-2 jam.Kemudian rebus.

  1. Agak kering air, letak gula. Gaul sampai kering dengan api perlahan.

  1. Letak kelapa dan tunggu sejuk. Saya letak dalam peti sejuk sebab buat malam. Pagi tu.keluarkan, bentukkan macam ini. Pastikan padat kalau tidak berderai masa goreng.

  1. Celup bancuhan tepung, kemudian goreng.

  1. Dah siap

Kredit: Zunainah Hamid

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN