
Isi Kandungan
ToggleKuih cucur balak ini antara kuih yang asalnya dari negeri sebelah Utara. Cucur rangup yang dihidangkan bersama kuah kacang yang pekat dan manis memang sedap. Bagi yang teringin merasai keenakan cucur balak ini, boleh cuba untuk hidangan petang.
Resipi Cucur Balak
Bahan untuk cucur
3 cawan tepung gandum
3 setengah cawan air
1 biji telur
Garam
Pewarna kuning.
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan penuh marjerin
Sedikit kucai -dipotong pendek
Cara membuat
1. Kisar semua bahan kecuali kucai.
2. Tuang dalam bekas dan masukkan kucai. Kacau.
3. Panaskan kuali dadarkan seperti ketayap.
4. Bila adunan cucur masak, angkat dan terus gulung. Sapu hujungnya engan bancuhan tepung.
5. Kemudian panaskan minyak kemudian goreng hingga garing. Tos minyak.
Nota: Sukatan ini boleh menghasilkan 20 biji cucur balak
Bahan untuk kuah kacang
1/2 kg kacang tanah sangai (kisar kasar)
10 tangkai cili kering -digoreng grg*
2 biji bawang besar -dipotong dan digoreng*
3 batang serai
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*
1 cawan gula merah
1 cawan gula putih
Garam
1 cawan minyak
Cara membuat kuah kacang
1. Kisar semua bahan bertanda hingga halis
2. Panaskan minyak dan tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan kacang, air biasa, gula merah dan putih serta garam. Masak sampai naik minyak. Kuah kacang ini kena pekat dan manis.
4. Belah cucur balak di bahagian tengah dan tuang kuah kacang. Sedia dimakan.
kredit resipi & foto: Roslina Shaari Ina Kie
Baca: Cara Buat Nasi Lemak Utara, Nasi Warna Kuning & Tak Guna Santan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Resipi Masakan Guna Ubi Kayu. Makanan Popular Nostalgia Zaman Jepun.

Ubi kayu atau nama botaninya Manihot Esculenta Crantz merupakan tumbuhan tropika dan subtropika daripada keluarga Euphorbiaceae yang tinggi karbohidrat. Malah daunnya juga boleh dimakan dan dijadikan sayur. Kulit ubi kayu mempunyai asid hidroklorik dan potasium sianida atau sodium sianida (hydrocyanic). Oleh itu, ubi kayu perlu dibuang kulit sebelum dimasak dan tidak boleh dimakan secara mentah.
Sebut sahaja ubi kayu, pasti ramai mempunyai kenangan tidak boleh dilupakan terutamanya bagi mereka yang sempat merasai keperitan hidup di zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu dahulu. Di waktu itu, ubi kayu adalah makanan yang popular dan dijadikan sebagai pengganti nasi. Kini, setelah 61 tahun mencapai kemerdekaan, ubi kayu bukanlah lagi makanan utama. Namun, terdapat pelbagai menu enak dan sedap yang boleh dihasilkan menggunakan bahan ini. Bermula dari hidangan lauk pauk hinggalah kepada manisan. Semuanya membuka selera.
Istimewa sempena bulan kemerdekaan, RASA kongsikan 11 resipi paling popular yang sedap dan mudah yang anda boleh hasilkan menggunakan pucuk dan ubi kayu. Selamat mencuba.
1. UBI KAYU TUMIS BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 300gm ubi kayu | potong dadu kecil dan rebus empuk
- 1/2 cawan ikan bilis
- 3 tangkai cili kering | potong kecil
- 1 biji cili merah | hiris
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 4 ulas bawang putih | hiris halus
- 1 sudu teh serbuk cili
- 2 tangkai daun kari
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Di dalam kuali panaskan minyak masak.
- Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan.
- Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili kering hingga wangi.
- Masukkan serbuk cili dan daun kari lalu tumis beberapa minit lagi.
- Masukkan ubi rebus dan ikan bilis goreng. Gaul sebati.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain rebus, ubi boleh juga digoreng dahulu sebelum ditumis dengan bilis.
2. RENDANG PELBAGAI UBI
BAHAN-BAHAN:
- 1 batang ubi kayu
- 2 biji ubi keledek sederhana besar
- 2 biji ubi kentang
- 1 biji ubi keladi sederhana besar
- 1 liter santan pekat
- 10-15 tangkai cili kering
- 8 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 3cm lengkuas
- 2 batang serai
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh jintan manis
- Garam, lada sulah dan gula perang secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Kesemua ubi dikupas dan potong dadu sederhana. Rebus hingga separuh empuk. Angkat, tos dan ketepikan.
- Cili merah, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai dikisar halus.
- Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau dan cili benar-benar masak.
- Masukkan campuran ubi, serbuk kunyit, serbuk jintan manis dan santan. Didihkan hingga semua bahan sebati.
- Tambah garam dan gula perang secukupnya.
- Angkat dan sedia dinikmati.
3. PECAL PUCUK UBI MAK TON
BAHAN-BAHAN:
- 300gm pucuk ubi |dibuang tangkai
BAHAN KUAH KACANG:
- 150gm kacang tanah | goreng tanpa minyak
- 3 sudu makan gula perang atau pasir
- 1 biji cili merah | dihiris
- 5 biji cili padi
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- 2 biji bawang merah | dihiris
- 1cm halia | dihiris
- Sedikit belacan
- Sedikit air asam jawa
- Garam secukup rasa
- Air panas secukupnya
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
- Masak air di dalam periuk dan celur pucuk ubi hingga lembut. Kemudian angkat, tos dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak, goreng bawang merah, putih, halia, cili merah dan cili padi hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
- Goreng pula belacan, angkat dan ketepikan.
- Kacang yang telah digoreng tadi buangkan kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur, ketepikan.
- Selepas kacang, tumbuk pula bahan goreng tadi hingga sebati. Tambahkan sedikit air asam dan garam secukupnya.
- Masukkan bahan ini dalam bekas berisi kacang tumbuk tadi bersama gula perang atau putih. Gaul rata hingga sebati.
- Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Jika kurang garam atau gula boleh tambah.
- Akhir sekali tuangkan kuah kacang atas pucuk ubi, gaul rata dan sedia dihidangkan.
4. GULAI LEMAK DAGING SALAI BERSAMA PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging yang telah disalai | hiris nipis
- 1 cekak pucuk ubi | ambil pucuk dan daun muda
- 1 liter santan
- 1 keping asam jawa
- 2 batang serai | titik
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 15 biji cili padi
- 4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan kacau rata.
- Renehkan di atas dapur dengan api sederhana.
- Setelah mendidih masukkan hirisan daging, serai dan terus kacau.
- Selepas lima minit, masukkan pula pucuk ubi bersama asam gelugor.
- Apabila daging empuk dan pucuk ubi lembut, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api, gulai daging salai sedia dihidangkan.
5. RENDANG PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
- 2 ikat pucuk ubi | dibersihkan
- 1/2 kg santan pekat
- 3 keping asam gelugur
- 5 batang serai | dititik
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
- 100gm ikan bilis
- 2cm kunyit hidup
- 10 ulas bawang merah
- 10 biji cili api
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali dan masukkan bahan-bahan kisar halus, santan, serai, asam keping, garam dan gula secukupnya.
- Masak sehingga santan agak kering dan mengeluarkan minyak barulah dimasukkan pucuk ubi kayu tadi.
- Kacau sehingga kering dan pucuk ubi menjadi gelap dan garing.
- Angkat rendang dan siap untuk disajikan.
6. TALAM UBI KAYU
BAHAN A: LAPISAN BAWAH:
- 800gm ubi kayu | parut dulu baru timbang
- 300ml air
- 150ml santan pekat
- 250gm gula
- Pewarna kuning
BAHAN B: LAPISAN ATAS:
- 800ml air
- 320ml santan pekat
- 100gm tepung beras
- 80gm tepung ubi
- 80gm tepung gandum
- 2 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan A lalu kacau sebati.
- Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api yang sederhana. Kacau hingga pekat.
- Sediakan loyang yang dialas dengan plastik.
- Tuang adunan A tadi ke dalam loyang dan ratakan.
- Kukus selama 40 minit.
- Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan B lalu kacau sebati.
- Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api dengan api sederhana. Kacau hingga naik wap.
- Tuang adunan B ke dalam loyang berisi adunan A yang telah dikukus tadi. Kukus kuih talam selama 30 minit lagi.
- Sejukkan dan potong mengikut cita rasa dan sedia dihidangkan.
7. BELEBAT UBI SAGU
BAHAN-BAHAN:
- 1 1/2 kg ubi kayu | diparut dan diperah airnya
- 200gm gula merah
- 16 sudu makan gula
- 750ml santan
- 100gm kelapa putih yang dicampur dengan sedikit garam
- 3 sudu makan sagu mata ikan | dicuci bersih
- Daun pisang secukupnya | dilayur
CARA MEMASAK:
- Masak gula merah dan gula pasir sehingga larut. Tapiskan.
- Masukkan air gula ke dalam bekas berisi parutan ubi. Campurkan santan dan sagu. Gaul sebati.
- Sudukan sedikit adunan ubi kayu ke atas daun pisang. Kemudian letakkan inti kelapa diikuti sedikit lagi adunan ubi kayu. Bungkus dengan kemas dan ulang langkah sehingga
- adunan habis.
- Panaskan periuk kukusan dan kukus kuih selama 30 minit atau sehingga masak.
- Enak dinikmati panas.
8. PENGAT UBI-UBIAN
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 biji keladi | bersihkan dan potong dadu
- 1 biji ubi keledek | potong dadu
- 1 batang ubi kayu | potong dadu
- 1 cawan labu | dadu
- 1/2 cawan sagu | rendam dan toskan
- 2 cawan santan pekat
- 200gm gula
- Secubit garam
- Sehelai daun pandan | simpul
CARA MEMASAK:
- Keladi, ubi keledek, ubi kayu dan labu direbus empuk dan toskan.
- Satukan santan, gula, sagu dan daun pandan di dalam periuk.
- Didihkan hingga semua bahan larut dan sebati.
- Masukkan ubi-ubian rebus dan didihkan beberapa minit lagi.
- Tambah secubit garam.
- Pengat sedia dihidangkan.
9. PENGAT UBI KAYU BERSAGU
BAHAN-BAHAN:
- 300gm ubi kayu
- 1 liter air
- 200gm santan pekat
- 1 ketul gula Melaka
- 2 sudu makan gula pasir atau secukupnya
- 100gm sagu mata ikan
- 1 helai daun pandan
- 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Masukkan air di dalam periuk, rebus ubi kayu bersama daun pandan hingga empuk.
- Setelah itu, masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Kacau sebati dan masak sehingga kuah agak memekat.
- Angkat dan sedia untuk dihidang.
10. LEPAT UBI
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg ubi kayu | diparut
- 135 ml santan pekat
- 230 gm air gula Melaka
- 1 sudu makan gula pasir
- Secubit garam
- 1 helai daun pandan | disimpul
- Daun pisang | dilayur atas api kecil
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan dan gaul rata.
- Sediakan daun pisang secukupnya.
- Daun pisang dicuci bersih dan lap kering.
- Kemudian bungkus atas daun pisang yang telah dipotong kecil.
- Letak dua sudu makan, ratakan kemudian lipat kiri dan kanan.
- Buat sampai habis, kemudian susun dalam pengukus secara berselang seli.
- Kukus lepat antara 30 – 45 minit.
- Setelah masak angkat dan sejukkan sebelum dihidangkan.
11. BINGKA UBI KAYU
BAHAN-BAHAN:
- 1kg ubi kayu | parut dulu baru timbang
- 2 cawan air
- 1 cawan santan pekat
- 3/4 cawan gula kastor
- 1/2 sudu teh garam halus
- Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
- Ubi yang telah diparut dicampur dengan air lalu tapis. Biarkan ubi di dalam tapisan selama 20 minit.
- Buang air dari tapisan ubi tadi perlahan-lahan tetapi ambil lapisan sagu yang liat lalu tuang ke dalam mangkuk.
- Satukan ubi yang telah ditapis tadi bersama gula, garam dan pewarna makanan ke dalam mangkuk berisi sagu ubi tadi lalu kacau rata.
- Sapu loyang pembakar dengan mentega. Tuang adunan ubi tadi ke dalam loyang dan ratakan.
- Boleh juga tambah sedikit mentega dibahagian atas adunan ubi.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 45 minit atau hingga bingka masak.
- Sejukkan dan potong.
Memang Sedap! Resipi Bengkang Tepung Beras Gula Merah

Bagi penggemar hidangan kuih muih tradisional, pastinya menyukai rasa Bengkang Tepung Beras Gula Merah. Sangat sedap! Rasanya yang lemak manis memang buat tak puas makan. Nak cuba buat sendiri? Saudara Shah Shatry ada kongsikan resipinya. Jom lihat cara-caranya.
CARA MEMBUAT BENGKANG TEPUNG BERAS GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras – beli online disini
7 sudu makan tepung jagung – beli online disini
7 cawan santan – beli online disini
¾ cawan gula putih – tak suka manis, boleh kurangkan lagi jumlahnya – beli online disini
1 cawan gula merah timbang – beli online disini
Garam – agak-agak sahaja. Bertujuan untuk naikkan rasa lemak kuih
CARA MEMASAK:
1.Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180C selama 5-10 minit.
2. Ambil loyang Kuih Bengkang dan sapu minyak masak di permukaannya. Panaskan sekejap di dalam ketuhar tadi.
3. Satukan ke semua bahan di dalam bekas, kemudian kacau sehingga sebati. Boleh kacau menggunakan whisk sahaja.
4. Bila semua bahan sudah sebati dan gula pun sudah larut, masukkan ke dalam kuali @ periuk.
5. Masak di atas api sehingga kental. Pastikan guna api sederhana sahaja.
6. Bila adunan sudah kental, alihkan ke dalam loyang yang telah dipanaskan tadi.
7. Bakar di dalam ketuhar selama 1 jam @ lebih pada suhu 180C menggunakan api atas bawah. Masa membakar mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.
8. Jika mahukan kuih yang ada efek hangit di permukaannya, bila sampai 5 minit terakhir, masak guna api atas sahaja.
9. Bila sudah masak, sejukkan kuih terlebih dahulu barulah dipotong dan dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Shah Shatry
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Bihun Goreng Cili Padi Paling Mantul. Pedas Tapi Sedap
Resipi Tauhu Sumbat Ayam Ala Pasar Malam. Puas Hati Buat Sendiri
Cara Bersihkan Perut Lembut Hitam Supaya Jadi Putih & Tidak Berbau
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Bingka Susu Enak Di Tekak

Walaupun masakan yang disediakan nampak ringkas dan bahan yang digunakan mudah didapati, tetapi bila memasak dengan penuh kasih sayang menjadikan setiap hidangan itu sedap dan istimewa buat sesiapa yang merasa. Bingka susu ini enak dibuat minum petang.
Bingka Susu
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum (diayak)- BELI ONLINE DI SINI
1 cawan Krimer Manis Pekat SAJI
1 tin Krimer Sejat Cair SAJI
2 cawan air
3 sudu makan mentega (dicairkan) -BELI ONLINE DI SINI
Sedikit garam
2 biji telur
Sedikit esen vanilla -BELI ONLINE DI SINI
Sedikit minyak masak
Cara membuat:
1. Panaskan oven kepada suhu 160 darjah.
2. Campurkan semua bahan diatas kecuali minyak masak.
3. Lengserkan bekas pembakar dengan minyak masak.
4. Tapiskan adunan dan masukkan ke dalam bekas pembakar.
5. Bakar di dalam oven yg sudah dipanaskan dengan api atas bawah selama 50 minit.
6. Setelah masak, sejukkan seketika dan boleh dihidang.
Selamat mencuba
kredit :@mamaauni82
Jika anda sedang mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.
Kenali 10 Jenis Gula Dan Apa Gunanya. Peminat Bakeri Kena Tahu Ni…