Kuih cara jagung ini adalah olahan dari kuih cara berlauk yang asalnya pedas.
Menggunakan jagung manis berkrim, kuih ini bukan saja lembut dan gebu, tapi rasa manis berlemak jagung memang buatkan setiap suapan terasa enak sekali.
Inti gula di dalam serta jagung menambahkan lagi kesedapannya. Bukan setakat sesuai untuk minum petang, kuih ini juga laris kalau dijual!
1 cawan jagung manis berkrim
3 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
2 ½ cawan air
1 biji telur
1 sudu teh garam halus
Pewarna kuning
1 cawan gula pasir (inti)
2 helai daun pandan (diikat untuk sapuan)
Minyak secukupnya untuk sapu acuan
1. Satukan semua bahan kecuali jagung. Kacau atau kisar hingga sebati.
2. Masukkan jagung, kacau rata dan tuang ke dalam bekas.
3. Panaskan acuan kuih cara (boleh guna acuan bahulu). Sapu minyak menggunakan daun pandan.
4. Tuang adunan hingga penuh acuan. Tunggu 10 saat, letak ½ sudu teh gula di tengah.
5. Tutup dan masak atas api kecil 5 minit atau sehingga permukaan licin dan bawahnya sedikit garing.
6. Cungkil dengan sudu dan hidang panas-panas. Untuk lagi sedap, letak juga jagung di atas kuih cara ini.
Tip Ekstra
– Guna jagung krim untuk rasa lebih lemak dan tekstur berkrim.
– Boleh tambah isi jagung segar jika suka lebih rangup.
Kredit resipi & foto: Nor Al Fatihah Tihah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA