Kuih Bom Inti Ikan Ni Sangat Sedap & Berbaloilah Cuba.

Share

Kuih Bom Inti Ikan kuih tradisi Terengganu yang dikenali juga sebagai kuih Paung Inti Ikan. Ianya sedap dan mudah disediakan kerana hanya menggunakan bahan-bahan yang biasa ada di dalam dapur anda. Kuih ini sangat sesuai dijadikan hidangan untuk minum petang atau sarapan pagi. Untuk resipi penuh ada dikongsikan di bawah ini.

KUIH BOM INTI IKAN
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
2 cawan kelapa parut
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng

BAHAN INTI IKAN:
5-6 ekor ikan kembung + ikan sardin | cuci bersih dan rebus dengan sedikit garam dan sekeping asam gelugor.
1 biji bawang besar/ 4 ulas bawang merah | kisar halus
1 inci halia | kisar halus
1 sudu kecil halba
1 kotak kecil santan segera/1 cawan santan segar
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUAT:

  1. Campurkan semua bahan, tepung pulut, gandum, kelapa parut dan garam dalam bekas. Gaul rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil adun dan doh tidak melekat di tangan dan mudah dibentuk bulat-bulat.
  3. Setelah siap adun, masukkan doh dalam peti sejuk sekejap (tip supaya kuih tidak meletop bila digoreng).
  4. Sementara itu, boleh sediakan inti ikan. Asingkan isi ikan dari tulang, kemudian hancurkan dengan cara menumbuk atau ramas dengan tangan sahaja. Ikut suka.
  5. Masukkan isi ikan dalam kuali, diikuti santan dan bahan kisar. Kacau sebati.
  6. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa secukupnya dan halba.
  7. Kacau atas api sederhana hingga kering air (jangan terlalu garing, nanti tak sedap).
  8. Tutup api dan biarkan sejuk.

9. Keluarkan doh dari peti sejuk. Bulatkan dan tekan di tengah untuk letak inti.

10. Kemaskan dan bulatkan balik semula. Lakukannya hingga habis doh.

11. Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng kuih Bom atau Paung hingga perang keemasan. Angkat dan toskan.

12. Setelah sejuk bolehlah dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.

Kredit: Nurieyda Alias

IKLAN