Kuih Bantal Buruk, Rasa Lemak-Lemak Dengan Inti Ikan & Labu Air

Share

Kuih bata buruk @ bantal buruk/ batang buruk, kuih lama yang kini semakin jarang dijumpai.

Ramai orang tidak kenal akan kuih ini. Rasanya sedap, lemak-lemak bila gigit rasa ikan dengan labu airnya. Sayang kalau generasi muda tidak tahu kuih ni. Jom kita cuba resipi daripada Muliadi Ramli ini.

 

KUIH BATA BURUK @ BANTAL BURUK

BAHAN INTI:

4 ekor ikan selayang | rebus bersama sedikit garam & asam keping, diambil isi & ditumbuk
½ kotak kecil santan – beli online di sini
3 biji bawang merah | dimayang nipis-nipis – beli online di sini


2 biji bawang putih | dimayang – beli online di sini
½ inci halia | dimayang nipis
½ sudu kecil lada hitam | ditumbuk
Labu air | disagat & diperah buang airnya
Suhun @ mee cina
Garam & perasa

TONTON Celup Tepung Pengubat Rindu

TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live

CARA-CARA:

1. Masukkan santan, sedikit air rebusan ikan, bawang dan halia. Bila pekat sikit, masukkan isi ikan dan lada hitam.
2. Bila hampir kering, masukkan labu air, suhun dan garam serta perasa. Ketepikan.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

BAHAN KULIT/DADAR:

1 cawan tepung gandum – beli online di sini
½ cawan tepung beras – beli online di sini
1 sudu besar tepung ubi – beli online di sini


2 sudu besar minyak
1 kotak kecil santan (dicampur dengan 1 cawan air) – beli online di sini
½ sudu kecil garam

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA-CARA:

Untuk kulitnya, boleh gunakan kuali non stick dan api yang kecil. Masukkan dalam kuali, bentukkan bulat atau bujur, ikut mana senang nak digulung.

BAHAN KUAH:

1 kotak kecil santan – beli online di sini
2 biji bawang merah | dimayang – beli online di sini
Halia | dimayang
½ sudu kecil halba
2 sudu besar tepung beras (ikut suka mahu pekat atau cair) – beli online di sini

*Masukkan santan, masak sampai mendidih. Masukkan bawang dan halia, halba dan tepung beras. Ketepikan.

CARA MEMBUATNYA:

1. Ambil dadar yang dibentuk tadi, letakkan intinya. Kemudian digulung (ikut suka nak gulung macam mana).


2. Lepas tu, boleh hidang. Letakkan kuih bantal buruk, siram dengan kuahnya. Selamat mencuba.

Kredit resipi: Muliadi Ramli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN