Kuih Badak Berendam Tidak Jemu Makan

Share

Alhamdulillah dah lama nak kan kuih ni, selalu buat masa bulan puasa. Sungguh nikmat bila dapat nikmati kuih tradisi ini. Takkan sama dengan kuih moden sedia ada. Kalau teringin boleh cuba buat sendiri ikut resipi ini.

RESIPI BADAK BERENDAM

Bancuhan tepung :
2 1/2 cawan tpg pulut
1 cawan air
1/2 sudu kecil garam

Caranya.
1.Campur semua bahan di atas.
2.Uli jadi doh, tekan-tekan bagi leper.
3.Masukkan inti. bulat-bulatkan.
4.Rebus doh tadi,tunggu dia timbul baru angkat.

Bancuhan inti :
1/2 biji kelapa parut
2 sudu gula pasir
5 sudu gula merah
1/2 sudu kecil garam
Daun pandan simpul
1/4 cawan air

Caranya.
1.Campur semua bahan di atas
2.Masak guna api sederhana. Kacau hingga kering.
3.Bila dah sejuk, bulat-bulatkan inti untuk letak dalam tepung.

Bancuhan santan :
3 cawan santan
3 sudu besar tepung beras (bancuh guna air biasa)
1 sudu kecil garam
Daun pandan simpul

Caranya
1.Campur semua bahan di atas, masak guna api sederhana sambil kacau sehingga pekat sikit tutup api.
2.Bila dah siap rebus doh kuih tadi
3.Tuang bancuhan santan

Krediti : Vee Muhammad

IKLAN