
Sedap juga sarapan dengan kuetiau goreng, Sementelah lagi kalau makan panas-panas, perghhh sedap bila tambah cili potong. Cara membuatnya senang dan cepat disediakan. Kalau korang sukakannya masak je sendiri , lebih jimat dan puas makan. Buat lebih boleh buat bekal anak ke sekolah atau anda ke pejabat. Berikut Rasa kongsikan resipi Kuetiau yang sedap meletop ni.
KUETIAU UDANG TELUR
BAHAN-BAHAN
- 500gm kuetiau
- 150gm udang | buang kulit dan kepala
- 3 pokok daun bawang | hiris 2-3cm
- 150gm tauge
- 2 biji telur
- 3 ulas bawang putih | titik
- 2 ulas bawang merah | dadu halus
- 1 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan kicap manis
- 1 sudu makan sos cili
- 1/2 sudu makan sos ikan
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu teh perasa ayam
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak, pecahkan telur, kacau rata dan letepikan.
- Menggunakan kuali sama, tambah minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
- Masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
- Tambah udang di dalamnya,kacau rata hingga udang bertukar warna kemerahan.
- Masukkan pula sos cili, tiram dan kicap.
- Tambah sedikit air, kacau dan masukkan kuetiau.
- Gaul rata dan perasakan dengan sos ikan, perasa ayam, serbuk lada sulah dan garam.
- Setelah cukup rasa, masukkan telur yang telah digoreng tadi, tauge dan daun bawang.
- Setelah sekata dan cukup rasa. Tutup api.
- Kuetiau sedia dihidangkan. Kalau suka hidangkan bersama hirisan cili potong.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Sendiri Puteri Ayu Yang Sedap Gebu, Lebih Jimat & Makan Puas.

Ramai yang menyukai kuih Puteri Ayu, kuih berwarna hijau yang lemak manis dan kaya dengan rasa pandan ini sememangnya disukai ramai tanpa mengira usia. Tapi kalau korang belum pernah membuatnya, kali ini korang cuba berpandukan tip yang RASA kongsikan ini, ia sangat mudah tidak mengambil masa lama untuk mengukusnya.

Panaskan Pengukus Terlebih Dahulu:
Langkah pertama, panaskan mengukus, sementara anda mula untuk membancuh adunan Puteri Ayu.

Pukul Atau Putar Telur dan Gula Hingga Kembang:
Putar atau pukul telur bersama gula pasir dan bahan penaik (ovelete) hingga kembang. Tambahkan esen Vanilla dan sedikit garam, pukul hingga kembang. Ia penting agar apam tidak mendapat selepas dikukus.

Guna Tepung Berprotein Sederhana & Tepung Jagung:
Selepas adunan telur dan gula kembang, masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak bersama. Menggunakan tepung berprotein sederhana mampu membantu apam mengembang dengan elok yang memberikan tekstur yang empuk dan lembut. Masukkan dua jenis tepung yang diayak bersama sedikit demi sedikit. Untuk meratakan campuran tepung boleh gunakan spatula dengan cara kauk balik.
Campur Santan, Air Dan Pewarna Hijau:
Setelah campuran telur dan tepung sekata, tambahkan bahan cairan campuran santan pekat air pandan dan perasa pandan. Air pandan adalah hasil dari daun pandan yang dikisar halus dan ditapis airnya. Air pandan memberikan aroma pandan yang wangi, pewarna hijau memberikan warna hijau lebih menarik.

Kelapa Parut Sebagai Kepala Atau Topping:
Sebelum memasukkan adunan ke dalam acuan, sapu acunan dengan sedikit minyak. Kemudian masukkan sedikit kelapa parut yang telah diambil bahagian putihnya sahaja dan gaulkan dengan secubit garam halus. Padatkan kelapa parut, kemudian tuangkan adunan apam 3/4 acuan. Lakukan hingga adunan habis.

Kukus Tidak Lebih 20 Minit:
Susun acuan dalam pengukus dan kukus dalam pengukuks yang telah sedia dipanaskan selama tidak lebih dari 20 minit menggunakan api besar. Setelah Masak, angkat dan sejukkan, Keluarkan dari acuan apabila sejuk.

Resipi Apam Puteri Ayu.
Bahan-Bahan :
- 3 biji telur
- 1 cawan gula pasir
- 1 sudu kecik ovelate
- 1 1/2 cawan tepung gqndum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 sudu teh baking powder
- 1 cawan santan kotak
- 2 sudu makan patu pes pandan
- 1 penutup pewarna hijau
- Bahan Kelapa Parut:
- Kelapa parut
- Sedikit garam
- Sedikit tepung gandum(Gaul sebati. kukus sekejap)
CARA MEMASAK:
- Ayakkan tepung bersama baking powder
- Putar telur, gula, ovalate dan esen pandan hingga kembang putih.
- Masukkan santan selang seli dengan tepung.
- Gaul sebati baru tuang pewarna hijau. Mutar sebati lagi sekali.
- Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tekan kelapa yang dah kukus tadi dekat dasar acuan.
- Tuang adunan tepung paras acuan. kukus 10-15 minit api besar.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Otak-Otak Ikan Daun Kadok, Rasa Aromanya Sungguh Menyelerakan

Menjelang hari merdeka, banyak mengimbau kita akan nostalgia lampau. Terutamanya lauk pauk zaman nenek moyang kita dulu.Hari ni kita berkongsi resipi orang lama dari azianhasan.
Kak Yan memang suka daun kadok. Kalau nampak ada jual di pasar, memang selalu beli. Rebus sampai lembut dan cicah dengan sambal belacan. Dah cukup sedap. Bila Kak Yan cuba buat otak-otak ikan dan guna daun kadok, lagi lah Kak Yan suka.
Daun kadok ini bila dimasak, memang akan mengeluarkan satu bau. Ini yang menjadikan dan kadok ini istimewa. Rasa daun kadok yang agak lemak memang sesuai digandingkan dengan otak-otak. Jika tak berapa suka dengan rasa dan bau daun kadok, hanya guna daun pisang sahaja. Boleh juga masaknya menggunakan air fryer dengan suhu 180 darjah selama 15-20 minit.
Otak-Otak Ikan Daun Kadok
Bahan-bahannya:
300g isi ikan (dikisar)
1 biji kuning telur
1 sudu besar tepung
4 keping daun pisang
10 keping daun kadok
10 toothpick
Bahan Sos
1 sudu besar cili kisar
4 sudu besar santan pekat
1/2 sudu teh serbuk kunyit-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu teh serbuk kari ikan-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh garam
1 sudu besar jus limau
1 batang serai (dihiris halus)
1 helai daun kunyit (dihiris halus)
Cara membuat:
1.Campurkan ikan bersama telur, tepung jagung dan bahan sos.
Gaul rata.
2.Letakkan campuran ke atas daun kadok dan daun pisang dibawahnya.
3.Balut dengan kemas dan sematkan ‘toothpick’ dan susun di atas pengukus.
4.Kukus selama 15-20 minit.
Kredit: azianhasan
Terliur Tengok Ikan Keli Percik, Jom Cuba Cara Mudah Untuk Buat
Sedap Sampai Ke Tulang. Resipi Ikan Bakar Kuala Perlis Ni Patut Try
Sedapnya Lauk Ikan Masin Tumis Berempah! Makin Bertambah Makan Nasi
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Empat Idea Bento Anak

Empat idea bento ini boleh dijadikan inspirasi untuk mak-mak yang sedang tercari-cari idea untuk membuat bento anak-anak ke sekolah.
Alamak. Macam susah je nak buat. Jangan risau. Kalau pun tak boleh ikut 100%, tapi boleh ambil serba sedikit idea yang dikongsikan ini kan? Semoga ia dapat menarik minat anak-anak untuk makan bekal yang dibawa.
Empat Idea Bento Anak
Bento Nasi Jepun Bersama Telur Tamagoyagi Dan Ayam Lemon

Bahan-Bahan Nasi Jepun:
750 gram beras Jepun
1 batang lobak merah } Potong Dadu Kecil
6 biji cendawan butang } Dibelah Dua
Sedikit marjerin untuk menumis
Sedikit minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar (Nasi Jepun):
5 biji bawang merah
3 ulas bawang Putih – boleh beli online di sini
½ inci halia muda
Bahan Telur Tamagoyaki:
5 biji telur
30 gram gula kastor
15 gram serbuk Dashi
30ml Air Suam
Bahan Ayam Lemon:
4 ketul paha ayam
1 labu bawang besar – boleh beli online di sini
3 ulas bawang putih – boleh beli online di sini
2 sudu makan Kordial Sunquick Oren
15ml jus lemon
30 gram Tepung Jagung
250ml air
Garam
Gula secukup rasa – boleh beli online di sini
Bahan Untuk Menghias:
Sedikit daun salad
Tomato ceri
Sedikit lobak merah } Direbus dahulu
Cara Memasak:
- Nasi Jepun: Basuh beras sehingga bersih dan tos.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga berbau harum.
3.Masukkan lobak merah dan cendawan butang.
4. Tambah air dan biarkan ia mendidih.
5.Campurkan semua bahan ke dalam periuk (rice cooker) dan masak nasi seperti biasa. Ketepikan.
- Untuk membuat Telur Tamagoyaki Gulung, campurkan semua bahan telur dan pukul sehingga kembang.
- Masak di dalam kuali tidak melekat menggunakan teknik seperti telur dadar.
8.Gulung dan ikat menggunakan Japanese Seaweed (Nori). Ketepikan.
- Untuk membuat Ayam Lemon, panaskan minyak di dalam kuali.
- Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan kordial sunquick, jus lemon dan air biarkan mendidih.
12 .Pekatkan dengan tepung jagung dan perasa dengan garam serta gula secukup rasa.
13.Tuangkan sos ke atas paha ayam.
- Untuk menghias, lapikkan bekas makanan dengan daun salad.
- Susun paha ayam di bahagian belakang tambahkan potongan lobak merah yang direbus.
16.Letakkan Nasi Jepun (dibentuk menjadi seekor panda menggunakan kepingan Nori Jepun) di tengah-tengah hidangan.
- Sandarkan Telur Tamagoyaki di sisi nasi tadi.
5.Hiaskan dengan cendawan butang dan juga tomato ceri.
Bento Mi Wantan Dua Budak Comel

Bahan-Bahan Mi Wantan:
200 gram Mi Wantan } Celur dan tos
50 gram Mi Wantan } Dicelur dan digaulkan dengan kicap pekat untuk hiasan bebola ikan)
Sedikit air
Bahan Untuk Kuah:
Bahan A:
1 sudu makan minyak masak
3 biji bawang putih } cincang – boleh beli online di sini
100 gram Kurma Cina
Bahan B:
1 Liter Air
4 batang sawi Cina
2 ketul Bebola Ikan
100 gram Kek Ikan } Hiris nipis
150 gram Sengkuang } Potong Kasar
5 ekor Udang
Sedikit Gula – boleh beli online di sini
Garam
Lada Sulah
Cara Memasak:
- Untuk Mi Wantan: Masukkan air secukupnya ke dalam sebuah periuk, kemudian biar mendidih. Setelah itu celur Mi Wantan seketika. Bila masak, angkat dan tos. Ketepikan.
- Untuk Mi Wantan Hiasan: Celur Mi Wantan dan setelah masak, angkat dan tos. Kemudian gaul dengan kicap pekat. Ketepikan.
- Untuk memasak kuah: Panaskan minyak di dalam periuk. Kemudian tumiskan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan hirisan kurma Cina.
- Setelah itu, masukkan air, diikuti oleh bebola ikan, kek ikan. Udang. Setelah hampir masak barulah masukkan sayur-sayuran seperti sengkuang dan Sawi Cina. Perasakan dengan lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh hingga benar-benar masak. Tutup api dan ketepikan.
- Untuk menghidang: Isikan Mi Wantan ke dalam bekas.Susunkan udang dan juga Sawi Cina.
- Gulung Mi Wantan yang digaulkan dengan kicap dengan penyucuk koktel dan cucukkan ke atas bebola ikan.
- Tuangkan kuah mi ke dalam mi.
- Taburkan hirisan jejari isi ketam di sekeliling mi. Sedia dihidangkan.
Bento Nasi Lemak Bersama Ikan Bilis

Bahan-Bahan Untuk Nasi Lemak:
500 gram beras } Cuci Bersih dan tos
3cm halia } hiris nipis – boleh beli online di sini
1 liter santan kelapa
1 liter air
3 helai daun pandan } simpul
1 sudu teh garam
Bahan Untuk Sambal Bilis:
500 gram ikan bilis – Bahan untuk tumis dikisar – boleh beli online di sini
8 biji bawang merah – Bahan untuk tumis dikisar – boleh beli online di sini
3 ulas bawang putih – Bahan untuk tumis dikisar – boleh beli online di sini
1 Labu bawang besar – Bahan untuk tumis dikisar
Sedikit belacan (pilihan) – Bahan untuk tumis dikisar
5 sudu besar cili giling
4 sudu makan air asam Jawa
4 sudu makan minyak masak
Bahan Untuk Hiasan:
60 gram ikan bilis
3 biji telur
1batang timun
Sedikit kacang tanah yang siap digoreng
Rumpai laut Jepun
Cara Memasak:
- Untuk nasi lemak: Satukan air, santan, beras yang telah dicuci, halia dan daun pandan di dalam periuk nasi. Perasa dengan garam secukupnya dan tanak nasi sehingga masak, anggaran selama 15 minit.Ketepikan.
- Untuk sambal tumis bilis: Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan tumis. Tumis sehingga tumisan naik bau.
- Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan ikan bilis dan kacau rata. Biarkan selama 12 minit dan tutup api. Ketepikan.
- Goreng ikan bilis untuk hiasan di dalam minyak yang panas sehingga garing dan rebus telur selama 10 minit hingga masak sepenuhnya. Ketepikan.
- Timun dibelah dia dan potong separuh bulat. Susun di bahagian bawah bekas makanan.
- Nasi dikepal menjadi bulat sebanyak tiga kepal. Gunakan Rumpai Laut Jepun untuk membuat mata dan mulut. Susun bebola nasi di atas timun.
- Kacang goreng diletakkan di antara bebola nasi (Sebelah Kiri). Ikan bilis goreng diletakkan di antara bebola nasi (Sebelah Kanan).
- Telur rebus dibelah enam dan disusun secara menegak di antara bebola nasi.
- Sebagai pelengkap, sambal ikan bilis dituang di atas bebola nasi.
- Hidangkan dan sedia untuk dinikmati.
Pulut Kuning Serunding Daging

Bahan-Bahan Untuk Pulut Kuning:
300 gram beras pulut
500ml santan
1 sudu makan garam
Serbuk Kunyit
1 biji Ttelur puyuh
Bahan-Bahan Untuk Serunding Daging:
500 gram Daging } Potong Nipis
500ml Santan
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Untuk Menumis (kisar) :
10 biji bawang merah – boleh beli online di sini
3 biji bawang putih – boleh beli online di sini
2cm halia – boleh beli online di sini
3 batang serai
7 biji cili kering
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan jintan manis
Bahan Hiasan:
Daun salad
Kacang pis } rebus
Sedikit lobak merah } parut
Rumpai laut secukupnya
Cara Memasak:
1.Untuk memasak pulut: Beras pulut dicuci dan direndam selama 15 minit. Masukkan serbuk kunyit untuk menjadikan pulut berwarna kuning.
- Toskan dan tanak beras pulut yang sudah direndam dengan kaedah mengukus selama lebih kurang 20 minit sehingga masak. Ketepikan.
- Untuk menyediakan Serunding: Masukkan daging ke dalam air dan reneh sehingga daging empuk. Setelah masak, tos daging dan biarkan ia sejuk. Ketepikan.
- Kemudian bahan tumis disatukan dan dikisar. Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis bahan tumisan hingga naik bau.
- Daging yang telah disejukkan tadi dicarik halus. Masukkan daging yang dicarik ke dalam bahan tumisan dan masukkan santan. Perlahankan api dan kacau sehingga serunding menjadi kering. Setelah cukup kering, tutup api dan biar sejuk. Ketepikan.
- Setelah itu, rebus telur selama 7 minit hingga masak.
- Untuk menghidang: Pulut kuning dikepal menjadi bulat. Buat tiga kepalan nasi. Susun pulut tersebut di dalam bekas, menyerupai ulat bulu.
- Gunakan telur puyuh yang telah direbus sebagai kepala Ulat Bulu. Buat mata ulat bulu menggunakan sedikit Rumpai Laut Jepun. Sesungutnya menggunakan parutan lobak merah.
- Letakkan serunding daging di sekeliling pulut tersebut.
- Hiaskan dengan salad dan kacang pis. Siap!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Buat Nasi Lemak Letak Minyak Masak, Elok Kejadiannya Cantik Berkilat
Nasi Goreng Cili Kering Tumbuk Isi Ikan Goreng, Menu Imbau Kenangan Waktu Kecil
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
https://www.youtube.com/shorts/B3531IiLbg4
https://www.youtube.com/shorts/3OX4HgQyZ90
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

