Kuetiau Sup Chinese Style Simple & Tak Cukup Sepinggan

Share

Semalam terliur tengok orang share kat fb.Hari ni ajak cik abang pergi kedai beli bahan-bahan, balik terus masak. Perghhh,puas hati dapat makan macam ni,bertambah-tambah semua makan.


Kuetiau sup chinese style

Resipi kuah:
Bahan-bahan:
Bawang putih (ikut nak banyak mana)


Air
Fish ball
Fish cake
Sayur
I ketul kiub ayam

Cara memasak :
1.Tumis bawang putih
2.Masukkan air ikut nak banyak mana
3.Masukkan fish ball,fish cake dan kiub ayam
4.Dah mendidih masukkan sayur
5.Akhir sekali masukkan garam dan gula
(Kalau ada minyak bijan boleh masukkan sikit,wangi je)


Resipi minyak bawang putih :


1 labu bawang putih-(dipotong dadu)
Minyak secukupnya

Cara memasak:
1.Tumis bawang putih hingga keperangan, pastikan minyak cukup ye. Dah perang boleh angkat.



Resipi cili kicap :

Bahan-bahan:
Kicap cair sikit
Kicap manis sikit
Minyak bijan sikit
Cili potong

Kuetiau macam biasa,kita celur air panas saja.
Siap untuk dihidang
Sumber : Nur Habibah Yapani

 

IKLAN