Kuetiau Sup Ala Old Town, Wanita Ini Kongsi Resipi Yang Gerenti Padu!

Share

Bagi anda yang pernah menikmati menu kuetiau sup di restoran Old Town pasti anda tahu cita rasa sup di situ. Rasanya sedap dan membuatkan seperti tidak cukup semangkuk untuk dinikmati.

“Kuetiau sup ini tidak renyah untuk dimasak. Kita cuma perlu sediakan sup sahaja. Bahan yang lain cuma dicelur sebentar dengan air panas,” kata wanita yang menggunakan facebook Yasmin Dayanti Fami.

Jom kita lihat resipinya.

KUETIAU SUP ALA OLD TOWN

BAHAN SUP
Minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun bawang
1 jag air
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
300 gram ayam (dicarik atau dipotong kecil)
3 titik minyak bijan

BAHAN CELUR
1 peket kuetiau
2 tangkai sawi
10 ekor udang (buang kulit)
Segenggam tauge
Sedikit daun bawang/kucai

BAHAN LAIN


Segenggam cili padi (potong kecil)
Kicap secukupnya

CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, panaskan minyak masak. Masukkan bawang putih dan batang daun bawang. Biarkan batang daun bawang agak garing.
2. Masukkan air. Boleh agak-agak jumlah kuah yang anda mahukan.
3. Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
4. Masukkan ayam. Biarkan mendidih.
5. Akhir sekali, masukkan minyak bijan. Tutup api.

CARA PENYEDIAAN
1. Dalam mangkuk, letakkan kuetiau.
2. Kemudian masukkan sawi, udang, tauge dan daun bawang.
3. Tuangkan kuah.
4. Enak dimakan dengan cili padi potong yang diletakkan kicap.

Sumber: Facebook Yasmin Dayanti Fami

IKLAN