Kuetiau Kungfu, Makan Dengan Cili Padi Potong Memang Padu Rasanya

Share

Selain kuetiau goreng, kuetiau ini juga sedap dimasak kuetiau kungfu. Dinikmati pula dengan cili padi potong. Fuh! Tak terkata sedapnya.

Bagi yang kurang gemarkan pedas, nikmati sahaja rasa aslinya tanpa cili padi potong. Itupun memang dah sedap. Gandingan kuetiau yang digoreng bersalut telur dan dicurahkan kuah ala sup pekat memang membangkitkan selera.

Lihat sahaja resipi perkongsian daripada Nuraini Munawar ini. Memang licin pinggan dibuatnya. Rugi kalau tak buat.

BAHAN-BAHAN:

Minyak masak – Boleh beli online di sini

5 biji telur

Secubit white pepper – Boleh beli online di sini

2 – 3 paket kuetiau (bahagikan kepada 5 bahagian)

CARA MEMASAK:

Pukul sebiji telur dan letakkan white pepper.

Cuci dan toskan kuetiau hingga kering. Kemudian, ambil 1 bahagian kecil kuetiau dan masukkan ke dalam telur yang telah dipukul tadi. Kacau rata.

Masukkan ke dalam minyak yang telah cukup panas. 

Biarkan sehingga warna bertukar keperangan. Terbalikkan.

Kemudian, angkat dan ketepikan.

(NOTA: Jika boleh, alaskan tisu masak/ tisu dapur untuk menyerap minyak gorengan kuetiau tadi.)

BAHAN UNTUK KUAH:

3 biji bawang putih (diketuk)Boleh beli online di sini                                            

1 bahagian fillet ayam (dalam resepi ini tiada kerana bahan dalam peti sejuk tiada ayam)

15 ekor udang

5 ekor sotong putih

5 biji anak jagung (baby corn

)

Lobak merah – Boleh beli online di sini

1 pokok sawi

½ sudu white pepper

2 sudu sos tiram – Boleh beli online di sini

Sedikit garam

1 kiub ayam – Boleh beli online di sini

2 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air) – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Panaskan sesudu besar minyak masak.

Tumis bawang putih hingga keperangan.

Masukkan sos tiram supaya rasa sedap dan warna tak pucat.

Masukkan pula air dan kiub ayam.

Kemudian, masukkan isi ayam, lobak merah dan anak jagung.

Masak sehingga agak empuk.

Kemudian, masukkan udang, sotong dan sayur.

Masukkan setengah sudu white pepper berserta sedikit garam.

Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung. Bancuhan sederhana pekat sahaja. Boleh agak-agak kuah banyak mana. Fungsi tepung jagung adalah untuk memekatkan kuah.

Apabila dah siap, boleh curahkan kuah ke atas kuetiau tadi. Makan dengan cili padi potong pun lazat.

Selamat mencuba dan menjamu selera.

Kredit: Nuraini Munawar

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN