Makan

Kuetiau Kari Chinese Style Ipoh Paling Sedap, Mudah & Berkuah Pekat

Share

Terasa nak makan kari yang sedap dan berkuah? Kalau anda sedang mencari Kuetiau Kari Chinese Style yang mudah disediakan di rumah, resipi ini memang wajib dicuba. Bahan-bahannya ringkas, cara penyediaannya tidak renyah, tetapi hasilnya cukup memuaskan dengan kuah kari yang pekat, berlemak dan penuh rasa. Selain menggunakan kuetiau, anda juga boleh menghidangkannya bersama mi atau bihun mengikut cita rasa masing-masing.

Bahan-bahan Kuetiau Kari Chinese Style

Bahan A (Kisar Halus)

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis
  • 1 batang serai – dititik

Bahan B

  • 4 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar cili kisar (ikut tahap kepedasan)
  • 1 kotak santan Kara
  • Fishball secukupnya
  • Fishcake secukupnya
  • Tofu kosong
  • 2 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Serbuk perasa (jika suka)

Bahan C (Hiasan)

  • Taugeh (tidak perlu dicelur)
  • Daun bawang dihiris

Cara Memasak Kuetiau Kari Chinese Style

  1. Panaskan minyak, kemudian tumis serai yang telah dititik sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan rempah kari bersama cili kisar yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga air kering sebanyak tiga kali bagi mendapatkan aroma kari yang lebih harum.
  4. Tuangkan air secukupnya, kemudian masukkan santan, kiub pati ayam, garam dan gula. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan fishball, fishcake dan tofu kosong. Biarkan kuah mendidih sehingga semua bahan masak dan kuah menjadi sebati.

6. Sediakan kuetiau di dalam mangkuk, kemudian curahkan kuah kari bersama isi-isinya.

7. Hiaskan dengan taugeh mentah dan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

Tips Menjadikan Kuah Kari Lebih Sedap

Untuk mendapatkan kuah yang lebih pekat dan beraroma, pastikan rempah kari ditumis sehingga benar-benar pecah minyak. Langkah ini akan menghasilkan rasa yang lebih mendalam serta warna kuah yang lebih cantik. Jika anda gemarkan rasa yang lebih pedas, tambahkan sedikit lagi cili kisar mengikut citarasa.

Selain itu, penggunaan santan berkualiti akan memberikan rasa lemak yang seimbang tanpa menenggelamkan aroma rempah. Fishball, fishcake dan tofu pula menyerap kuah kari dengan baik, menjadikan setiap suapan lebih lazat.

Cadangan Hidangan

Kuetiau Kari Chinese Style Ipoh ini bukan sahaja sesuai dinikmati bersama kuetiau, malah sangat sedap jika dipadankan dengan mi kuning atau bihun. Tambahkan sedikit sambal cili dan perahan limau kasturi jika anda sukakan rasa yang lebih segar dan pedas.

Resipi ini sesuai dijadikan menu makan tengah hari atau makan malam kerana penyediaannya mudah serta menggunakan bahan-bahan yang senang diperoleh. Walaupun ringkas, rasanya setanding hidangan di restoran.

Kredit resipi & foto: Dora Nurlaily KJ 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur