Suka makan kuetiau? Jom belajar buat kuetiau homemade ni! Lepas ni kalau tiba-tiba terasa nak makan kuetiau goreng tapi malas nak keluar beli dekat kedai, bolehlah buat sendiri di rumah.
Bila buat kuetiau homemade, bukan sahaja lebih bersih dan jimat, malah terjamin halalnya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Kak Yong Ima Shida ni — memang mudah, bersih serta berbaloi buat stok sendiri di rumah.
Cara Buat Kuetiau Homemade


Bahan-bahan:
- 2 3/4 cawan tepung gandum (340gm)
- 1 cawan tepung pulut (125gm)
- 1/2 cawan tepung beras (60gm)
- 1 biji putih telur
- 1 cawan air (250ml) — tambah 1-2 sudu besar jika perlu
- 1 sudu teh garam
- 1/2 cawan tepung ubi — untuk ditabur semasa proses mencanai agar tidak melekat
Cara Membuat Kuetiau Homemade:
- Satukan ketiga-tiga jenis tepung di dalam bekas besar.
- Masukkan garam, putih telur dan air sedikit demi sedikit sambil menguli. Jika doh terlalu keras, tambah 1-2 sudu makan air. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.


- Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Canai dan nipiskan doh menggunakan mesin mi atau pasta. Pastikan tepung sentiasa ditabur bagi mengelakkan doh melekat antara satu sama lain.


- Canai doh hingga nipis sebanyak dua kali (empunya resipi canai guna mata no. 5 sebanyak dua kali dan mata no. 4 sekali).


- Setelah doh nipis, potong doh menggunakan pemotong pasta (fettuccine) atau pemotong kuetiau.


- Didihkan air dan masukkan satu sudu makan minyak. Kemudian rebus kuetiau seketika — jangan terlalu lama.
- Apabila kuetiau timbul, itu tanda ia sudah masak. Segera angkat dan lalukan di bawah air mengalir bagi membuang lebihan kanji.


- Toskan kuetiau hingga kering dan gaul bersama sedikit minyak masak sebelum disimpan atau dimasak.


Tips Buat Kuetiau Homemade Supaya Elok & Tak Melekat
- Gunakan tepung ubi semasa mencanai supaya doh tidak melekat dan hasil kuetiau lebih licin.
- Jangan rebus terlalu lama — cukup sekadar kuetiau timbul.
- Pastikan kuetiau digaul dengan minyak selepas direbus supaya tidak melekat antara satu sama lain.
Selamat mencuba! Lepas ni bolehlah buat stok kuetiau homemade sendiri di rumah — lebih jimat, bersih dan puas hati!
Kredit resipi & foto: Kak Yong Ima Shida
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: