Kuetiau Goreng Sedap, Resipi Simple Tanpa Perlu Letak Garam & Gula

Share

Suka makan Kuetiau Goreng? Resipi Simple perkongsian saudari Mariana Zainal ini pastinya boleh anda cuba. Cukup mudah dan ringkas. Tak perlu menggunakan garam dan gula dalam masakan tapi rasanya tetap mantap! Jomlah cuba. Anda pasti sukakan rasanya.

 

RESIPI KUETIAU GORENG SIMPLE TANPA LETAK GARAM & GULA

BAHAN-BAHAN:

  • 2 paket kuetiau (lebih kurang 1kg) – basuh & toskan
  • Sedikit hirisan daging – boleh ganti dengan udang, sotong atau ayam
  • 2 peket bebola ikan – potong, goreng sekejap dan toskan
  • 3 keping tauhu – potong, goreng sekejap dan toskan
  • Taugeh
  • Daun kucai
  • Kicap masin secukupnya beli online disini
  • 1/2 botol sos cili – boleh lebihkan jika kurang rasa beli online disini
  • 3 sudu besar sos tiram beli online disini
  • 1 sudu besar sos ikan (optional) beli online disini
  • 2 biji telur

 

BAHAN KISAR HALUS:

 

CARA MEMASAK:

1.Masukkan bahan kisar ke dalam kuali tanpa minyak kerana minyak sudah dimasukkan semasa kisar bahan tadi. Masak hingga naik minyak dan cili kisar masak elok.  

2.Masukkan daging dan masak hingga daging lembut. Boleh guna daging batang pinang untuk menjimatkan masa.

3. Masukkan sos cili dan renjiskan kicap masin. Jumlahnya hingga agak-agak gelap sahaja.

4. Masukkan sos tiram dan sos ikan. Kacau rata.

5. Pecahkan telur. Kacau sekejap dan masukan bebola dan tauhu. Kacau rata.

6. Masukkan kuetiau. Gaul sebati. Jika warna kurang gelap dan kurang rasa, renjiskan lagi kicap masin. Sesuaikan ikut selera.

7. Akhir sekali masukkan taugeh dan daun kucai. Kacau sekejap dan terus tutup api. Boleh tabur daun sup dan cili merah jika suka.

8. Kuetiau Goreng Simple sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa

 

IKLAN